Khamis, September 23, 2010

TAKTIK CONMAN


Fatin mendapat panggilan telefon dari Ms Ng, MBF Cards. Ms Ng menuntut Fatin melunaskan hutang kredit kad RM8500. Kali terakhir, kad tersebut dibelanjakan adalah di Jakarta, Indonesia. Ms Ng menyatakan butir nombor kredit kad, nombor kad pengenalan dan alamat Fatin di Lot 261, Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

Fatin naik marah. Dia tidak punya kredit kad MBF. Dia juga tidak pernah jejak kaki di Indonesia. Passport pun dia tidak ada. Dan dia tidak tinggal di Kota Kinabalu. Fatin bermastautin di Johor Bahru.

Ms Ng memberi nombor telefon Pusat Aduan Pemalsuan Kad Kredit, Bank Negara kepada Fatin. Ms Ng menggalakkan Fatin membuat aduan. Fatin segera menelefon. Pegawai Bank Negara menanyakan butir-butir kes serta butir-butir akaun sebenar Fatin.

Fatin rasa tidak sedap hati mendedahkan maklumat sulit melalui telefon. Dia segera meletak telefon. Dia segera bergegas ke Balai Polis berdekatan dan pusat MBF. Saya menjadi drebar Fatin untuk ke Balai Polis dan MBF. Ya, watak saya kecil sahaja dalam episod ini. Hi hi hi.

Menurut Polis yang mengambil laporan, dalam minggu ini sahaja sudah ada 4 kes yang sama. Salah seorang mangsa penipuan bagai terpukau dan menyerahkan RM10 000 walaupun dia tidak pernah ada kad kredit. MBF juga membuat penjelasan Ms Ng tidak bekerja untuk mereka dan tiada orang membuat kad kredit menggunakan nama Fatin.

Nasib baik Fatin cepat sedar walaupun ketika itu emosinya bercampur baur panik dan marah. Nasib baik dia tidak menyerahkan butir-butir akaun yang membolehkan "pegawai bank negara" menyedut duit dari akaunnya.

Apa pun, untuk tujuan keselamatan. Fatin bukan nama sebenar mangsa yang hampir tertewas. Dan kawan-kawan semua hati-hatilah. Sekian laporan saya.

4 ulasan:

Shafiq Mustapa berkata...

memang tinggi betul social engineering conman ni.

Lan Rambai berkata...

aku masih tak paham macamana dorang boleh sedut uwang kalau setakat ada no akaun sahaja? Adakah pegawai bank turut terlibat? Kalau setakat nombor akaun.. tak perlu susah payah telefon mintak dari kita pun sepatutnya dah boleh disedut dah kalau kerja orang bank sendiri.

hyer greveieor berkata...

tragis storyboard nih..

dugongsenyum berkata...

"Mmm... Cik Fatin, boleh double confirmkan username dan password?"

habislah lepas tu...

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...