Khamis, Januari 05, 2006

AKSI SONSANG (SIC)

Ritual biasa pada hari Rabu malam Khamis. Mon-mon menyembunyikan alat kawalan jauh TV dari aku. Aku terpaksa layan drama jenayah paling lama bertahan di Malaysia, Gerak Khas. Seperti siri Power Ranger, formula plotnya boleh diramalkan. Isu dari akhbar Metro digunakan sebagai layar plot dan tiangnya adalah kesungguhan hero Gerak Khas mendapatkan maklumat dari informer untuk menumpaskan orang jahat. Orang jahat malam tadi adalah kumpulan Logam Hitam.

Tut... Tut... Tut... Tret... Tret... Tret

Ritual biasa pada hari Rabu malam Khamis. Seorang bapa yang tidak jumpa alat kawalan jauh TV mengirim SMS kepada aku.

"Mengeja SONGSANG pun SONSANG, lagi mahu berkhutbah."

Bapa itu memberi komen lintas langsung tentang amaran "Jangan tiru aksi sonsang (sic)ini" yang disiarkan setiap kali kumpulan jahat Logam Hitam beraksi.

Aku pun membalas.

"Kau boleh masuk pasukan Gerak Khas. Bahagian Polis Bahasa. Ha ha ha."

Bila habis sahaja Gerak Khas. Tukar ke TV3. Nora dalam siri Puteri sedang beraksi. Layan juga sebab aku tidak punya kawalan terhadap alat kawalan.

Tut... Tut... Tut... Tret... Tret... Tret

"Puteri tidak merangsang minda tapi dia halwa mata yang enak. Ha ha ha."

Ritual hari Rabu malam Khamis.

...................

Jangan tiru aksi riak songsang pemenang Anugerah Weblog Terbaik 2005 (AWET '05).





LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Laporan Penuh Gathering Geng Jurnal + Majlis Anugerah Weblog

...........
Menjawab Kawan-kawan. Extra rajinlah pulak sebab dah lama tak blog.

Ungsunghero,
Sama-samalah kita berhijrah.

Bukunota, Naga,Amyz,Jigo, Bluehikari, Bas, Rafthah, Op, Pak Bear, Spyz
Mungkin aku duduk di Blogspot ni. Berlama-lama. Tengok serasi tak.

Kaez,
Miss you too. Memang you tinggal nama je. Jangan nyanyi lagu "Aku menulis bukan kerana nama." Tulis la lagi.

Mo Tat,
Singgah la opis Tok. Ajak Tok keluar. Belanja Tok makan.

AJ,
Miss you too bro. Bila kau nak balik Malaya?

Kepompom,
Aku sedekahkan Al Fatihah pada arwah.

Mar,
Kalau angau, jumpa bomoh. Makan kemiyan 3 biji satu hari. Sembuhlah.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha ha ada ke dah arwah kepompom! ha ha ha ha ha alfatehah jugak (ini sajalah satu2 kematian dimana boleh digelakkan tanpa rasa guilty)

kaezrin should we bomb back this old man blog? maybe we should start chatting again in his weblog. bila dah kurang peminat, barulah dia nak encourage kita bomb blog dia. cheh.

-rafthah-

sinaganaga berkata...

Rimau,
Aku CHOP Nora Danish!
He he.

Tanpa Nama berkata...

aku pun tak dapat ramas control tv. dapat ramas henpon je. sesekali jeling skrin henpon, sesekali skrin tv.

lawak logam itam / besi itam

aku komen kat awek aku "amoi pegawai baru tu rambut dia berjambul."

sms aku balas lebih kurang "mana ada black metal panggil boss dia 'chif' macam citer pramlee ali baba."

P/s : usop patut tonton TERUJA, pengikut mak itam terjun lumpur lagi ganas hahahaha

-Basri

cik easy berkata...

Kepompom dalam tidur yg lena... bacakan doa tidur..bukan fatihah.. mungkin ada org tak kenal kepompom.. ahahahah kecuali org2 yg pernah bernaung di bawah lembayung rahmat sementaranya.. ahahahhahah

Korakora berkata...

naga, kalau kau chop, apa kata aku chap.

apa maksud chap.. sekira2nya lebih mulia sikit dari chop :)

easy, doa tidur utk org yg nak tidur tapi takut tak bangun2. untuk kepompom, terus doa arwah lah. sebab kebiasaannya kalau dah sampai bertahun2, dr cadangkan euthanasia saja :))

Tanpa Nama berkata...

aku jadi polis bahasa kau blog kau pun dah tak cukup tangan..
kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Rafthah,
kau memang dabomb. Cantik menarik kau memang dabomb.

Naga,
Aku suka Nora masa pakai topeng beruang dalam iklan Hotlink dulu.

Bas,
Paling best dalam kes Gerak Khas adalah orang jahat meninggalkan dompet & IC ditempat kejadian. Senang je kena tangkap. Bila la Usop nak belajar dari CSI?

Easy,
Semasa hayatnya kepompom amat baik. ambitious. Pengsan beberapa kali sebelum mati.

Buku Nota,
Mana yang betul chap? cup? chup? cop? cap?

Polis bahasa,
Kena saman ke ni? Kena ketuk ketampi ke ni? Kena bogel ke ni?

......Tok Rimau Yang Rajin.........

tuan tanah berkata...

lupa nak ucapkan tahniah pada tok.
Tahniah tok! Kongratulasi!

NORDIN ABD RASID berkata...

Peluk skit tok rimau. Huhu.. tahniah tok!

bean_beh berkata...

suka video atokr..inikah yg dinamakan belagak merendah diri? oh mereka menyangkal. ini mmg belagak nak mamposs..

ish3..

Amyz! berkata...

eh.. sebut pasal kepompom. aku rindu la ngan kepompom. abis tenggelam entri aku kat situ. ehehe.
btw, kat video tu tokR nampak muda laa.. ;-) ingatkan adik tokR..

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...