Isnin, Januari 09, 2006

MENANTI KELAHIRAN MU

Rembas hujan turun berderai-derai entah sejak bila. Kain baju di jemuran rindukan bahang matahari. Kami anak beranak bergelimpangan di depan TV bersama-sama bantal dan kusyen.

Apabila aku sedar dari lenaku, aku dapati tiga perempuan kembung tidur di keliling aku. Yang pertama adalah awek cun yang mengorat aku, sarat sembilan bulan mengandung. Yang dua lagi adalah Sarahmon dan Sabrinamon, masing-masing dengan bantal di dalam baju mereka. Ahhh... manisnya detik ini.

Aku mencapai bantal lantas memasukkannya ke dalam baju aku. Kemudiannya aku menyambung tidur sambil didakap dingin musim tengkujuh. Aku rindukan orang yang tidak pernah aku jumpa.

17 ulasan:

sinaganaga berkata...

Aku doakan kau dapat anak lelaki.

Tanpa Nama berkata...

aku pun.

-basri

bean_beh berkata...

anak harimau di panggil lelaki jugak kah?

oh-ya..anak harimau jadian barangkali..

:)

Tanpa Nama berkata...

tok saya harap baby girl. someone like you it's best to be surrounded by girls. ha ha.

saya rindu pada akak cun tuh sebenarnya

-rafthah-

Tok Rimau berkata...

Kalian doakanlah. Tok nak sampaikan satu lagu yang dipopularkan oleh Hail & Uji (agaknya). Terimalah:

" Lelaki perempuan, kita terima sahaja, kunia dari Tuhan.. itu yang utama."

Oitt tepuklah sikit orang dah nyanyi ni.

........Tok R...

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah, aku jugak doakan tok dpt anak laki.

Mar berkata...

So sweet...

Tanpa Nama berkata...

Laki perempuan sama saja Tok.
yang penting..saya doakan Tok dikaruniai anak yang dapat menyejukkan jiwa orang tuanya :)

Salam

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

sy doakan anak & ibunya sihat, insya'Allah. lelaki @ perempuan, masing2 rezeki dr Tuhan :)

-CikMaz-

Tanpa Nama berkata...

saya doakan yang baik2 jee untuk tok.. :)

Korakora berkata...

Kalau dalam Gathering Geng Jurnal ada Anugerah Oscar, maka yang menerima Best Animated Feature ialah Tok Rimau.
Keputusan penuh Anugerah Oscar di http://bukunota.blogspot.com

Sila naikkan hits Bukunota untuk menaikkan ego aku. Ego aku, kesenangan anda!

Long live Super Ego!!!

Korakora berkata...

aku sms kau masa banjir. kau tak jawab. aku ingat kau dah ditransfer ke dewan umno.. ops.. balai rakyat berhampiran. kadang2 aku tersasul antara dewan umno dan balai rakyat.. dan kadang2 aku tersasul juga antara sekolah dan ibu pejabat umno lantaran banyak sangat umno buat program kat situ. :))

puisi pendek aku:

kau sedang di ambang
aku berkira-kira mengetuk pintu
kala kau melangkah bendul itu
adakah kau terlanggar bendul?

Tanpa Nama berkata...

selamat mendidik ahli baru menjadi orang berguna...

mo tat

kaezrin berkata...

how abt kembar sepasang?

abdullahjones berkata...

Aku rindukan orang yang tidak pernah aku jumpa.

aku suka ayat tu.

Ayah berkata...

Tok,

Kalau pompuan jugak, pinjam kat aku buleh?

Tanpa Nama berkata...

dah lahir ke org yg tok tak pernah jumpa itu? rudy bluehikari

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...