Isnin, Februari 06, 2006

BIMBINGAN IBUBAPA

Aku beritahu kepada Sarahmon, filem Rock yang kami tonton itu mengambarkan gaya hidup orang zaman 80-an. Masa aku muda-muda dulu. Tiba-tiba keluar babak burung belatuk mematuk pokok. Sarahmon bertanya, "Masa itu (80-an) ada burung begitu?"

Aku jawab, "Burung belatuk itu sekarang pun ada tapi kat kampung-kampung." Kasihan orang bandar, tidak kenal burung belatuk. Masa aku balik kampung dulu, burung belatuk patuk dinding rumah. Aku pun bertanya pada embah, "Siapa la yang bertukang malam-malam buta ni?"

Mat Jan pula menceritakan pada aku, dia bertanya kepada ayahnya semasa menonton filem P. Ramlee (hitam putih), "Kenapa orang zaman dulu kulit kelabu?" Memanglah amat perlu rating Parental Guidance dalam semua filem agaknya.

9 ulasan:

sinaganaga berkata...

Rimau,
Kalau kau abah akulah. Dan kita menonton Memoirs of a Geisha bersama-sama. Aku akan tanya, “Abah! Kenapa orang tua tu bukakan baju perempuan tu? Perempuan tu anak dia ek? Lelaki tua tu abah dia ek? Abah dia bukakan baju dia sebab abah dia nak mandikan dia ek?”

Tanpa Nama berkata...

awek aku cakap, murid dia bertanya "Ustazah... bersetubuh tu macam mana?"

kalau abang adalah ustaz, apa abang jawab?

masalahnya aku ni bukan ustaz, tapi... er er... takpelah

-Basri

Pegawai Khalwat berkata...

Abah rimau, abah rimau!

Jom tengok Fearless! Pastu kita tengok Buli Balik, pastu Shopaholics, pastu yang tu, pastu yang ni........

(Adegan abah rimau melempang aku dicensor kerana 18SG)

Tanpa Nama berkata...

utk kes ni, patut taruk rating apa? PG-5?

Tanpa Nama berkata...

burung belatok tuh tak nampak real la... (mmg tak real pun)

Korakora berkata...

tok menulis:

Mat Jan pula menceritakan pada aku, dia bertanya kepada ayahnya semasa menonton filem P. Ramlee (hitam putih), "Kenapa orang zaman dulu kulit kelabu?"

aku pernah terbaca ayat yang lebih kurang sama di blog sera. cuma sera bertanya kepada arwah ibunya.

dan aku semasa kecil pun beranggapan. zaman dulu tak ada warna-warni.

aku rasa semua manusia beranggapan itu. menonton televisyen dan menerima seratus peratus apa yg ditonjolkan.

mereka akan malas berfikir apa yang ditonjolkan. sekiranya mereka rajin pun, mereka akan mengkhayalkan apa sebenarnya ada di balik tonjolan (bakat besar mat jan kata) itu.

Tanpa Nama berkata...

Tok, kalau tak silap, burung belatuk malam malam masuk tidur.
Shif siang dia dah habis letih bertukang.

Shif malam pulak, yang bertukang memalam buta tu, kalau bukan pencuri atau gaduh laki bini, pastinya tuh Burung Tukang (nightjar).

Ampuuun Tok.

Tanpa Nama berkata...

tu namenye burung belatok 'SOKDENG' edisi siasat.. NT7...ngaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

tu namenye burung belatok 'SKODENG' edisi siasat.. NT7...ngaaaaaa

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...