1) Ramai di antara pembeli buku adalah mereka yang telah membaca blog Tok Rimau atau
2) Pembeli buku yang belum pernah baca blog perlu diyakinkan. Mereka perlu dimaklumkan apa itu blog. Kenapa buku AKB begitu begini.
3) Tidak semua orang faham apa yang ingin aku sampaikan. Itu pasal filem-filem rehatkan minda seperti Prof. Razak masih laku. Nota mental: Lain kali tulis di kulit buku, "Buku ini tidak sesuai dijadikan buku teks."
4) Ada pasaran untuk buku blog kerana ada beberapa pembeli yang memberi komen, "Buku macam inilah yang aku cari."
5) Ada orang yang membeli buku kerana menyokong langkah membukukan blog. Bukan kerana tulisan aku atau Naga.
6) Pembeli yang suka dan berpuas hati ada mengirim e-mel dan menulis komen tetapi pembeli yang tidak puas hati masih belum memberi komen.
7) Ada orang bayar duit beratus-ratus tetapi tidak mahukan buku. Langsung. Mungkin orang ini kaya dan selalu pergi haji balik hari.
8) Aku masih belum balik modal tetapi aku tidak serik dan merancang untuk menulis buku blog lagi.
9) Ada orang datang kepada aku mahu aku tulis mengenai pengalaman dia dalam buku blog aku yang akan datang.
10) Aku tidak boleh kaya dengan menjual buku. Aku tidak boleh pergi haji balik hari.
Sesiapa yang belum beli AYAH KITA BOS. Sila BELI.
25 ulasan:
Aku belajar satu:
Size 7 suku x 5 setengah = tidak menjimatkan kos penerbitan. Oleh kerana itu, kepada yang mahu menghasilkan buku dalam jumlah cetak yang sedikit - beralih kepada saiz 7 x 5 saja.
Aku cuma mahu berkongsi pengalaman. Dan khidmat nasihat yang satu ini adalah percuma.
tumpang belajar
Petikan
"1) Ramai di antara pembeli buku adalah mereka yang telah membaca blog Tok Rimau atau Tok Rimau. Mereka mungkin sudah baca entri kami tetapi masih mahu membacanya dalam bentuk buku."
....sepatutnya blog Tok Rimau atau Sinaganaga kan?
Apapun, nasihat berguna...
saya juga nak ikut jejak langkah tok & naga..tulis buku mgkin tak boelh jadikan kita kaya..tp saya hanya kepingin makan roti sekaya kat obersea..
Dah beli..dan tengah baca
aku dah lama khatam AKB. tapi kalau sekali sekala aku buka balik, membaca ala santai di hadapan tv, pasti suami menegur, "hai, tak habis-habis lagi membaca buku tu ke...???".
agaknya sebab dia tak pernah tengok aku bertekun dengan buku-buku dia, kot.
ye lah, buku dia umur 4 tahun dah. buku AKB baru nak masuk 2 bulan. heh.
lagipun, buku AKB sebenarnya buku berfikir yang menyantaikan. aku (dan ramai lagi!) memang suka suka suka buku-buku macanggitu. Syabas Tok & Abg Naga... serta juga rakan-rakan lain!!!
saya berpuashati pada buku itu dan menyokong usaha kalian. teruskan berjalan..
"adoi! tersandung pula"
Fakta-fakta yang tersebut berdasarkan kaji selidik atau pendapat individu-individu yang tok rimau jumpa?
Statistik tu penting kalau nak terbit fakta!
aku belajar satu. jugak:
kau jgn btau org. nanti org pinjam buku tu.
dah khatam dari kulit ke kulit. namun masih tergeletak di kepala katil. belum dialih ke rak buku.
menurut ceriteara, tok ku pulau manis (sheikh abdul malik)pergi mekah dua kali sehari. pasal ada tok arab yg nak kenal durian. jadi, tok ku pulang sekejap ambik durian di kebunnya. wallahhu'allam.
pelajaran saya;
buatla review buku (blook) yang kita baca.
kepuasan 1:
apabila ada org kasi komen kat entry kita (tq kawan-kawan)
kepuasan 2:
tuan penulis beri komen kat entri kita (tq tok rimau, tq en naga)
kepuasan 3:
apabila ada link blog kita kat blog penulis (tq en. naga)
kepuasan 4:
tq, tq, tq, tq
tok,
saya adalah pembeli yang suka dan berpuas hati tapi tidak menulis komen :)
Tok,
Berniaga ni bukan mudah nak untung. Nak pula orang seni macam kita ni. Aku buat teater tak pernahnya untung. Rugi lagi adala.... (kalau di kira kos minyak dan ration).
Nak untung berniagalah barang-barang purba macam Sadiq Sigaraga.
Psss.... bak kata Muharam, "kata untung meniaga, kanda orang jujur! Lihat! Mas, intan, berlian!"
Kalau nak kaya tulislah buku "Rahsia Jutawan Blog Kini Terbongkar". Nak kaya lagi, buat seminar sehari dengan bayaran RM950.00 sekepala.
buku adalah bukti seseorang manusia pernah hidup.
aku dah beli, dah baca, dah rulis review! ko bacalah kalau hendak.
aku nak jumpa naga kat tupai2 utk jongkang2, tapi taktahu bila?
bila lagi buku baru keluar?
buat haji mana boleh balik hari
:P
Tok,
hari ini memang tak boleh kaya. Esok lusa siapa tahu? Peringkat awal begitulah, bersusah-susah. Yang penting pengalaman.
Naga,
satu lagi kelebihan buku saiz kecil ialah - benri. Ala-ala saiz novel & buku manga jepun.
6) Pembeli yang suka dan berpuas hati ada mengirim e-mel dan menulis komen tetapi pembeli yang tidak puas hati masih belum memberi komen.
saya adalah pembeli yg suka & berpuas hati. errr tak kirim emel dan baru nak komen la ni.
Razak Mohaideen buat shooting semalam kat tempat aku. Ada van VW yang lama, tatau apa cita lak pasni. Anyway jimat bajet dia, guna student UiTM aka pelajar sendiri as crew produksi. Lagi untung David Teoh itu.
p/s : lokasi yang sama utk 7 perhentian.
kat kedai kat mana ada jual buku ini? kat terengganu ada tak jual?
saya beli sebab teruja dgn iklan berkobar-kobar di blog tok, naga n mj...
salam.tumpang promo buku Kole KAcang kat web tok rimau.p la kat web saya,semoga pasni ramai yang tau kuih ni.
Tok, kayun pelan-pelan. Profit over kepuasan. Sendri buat, sendiri tau perit jerit dia. tu yang seronok kan.
Tok,
saya dah beli untuk dijadikan bahan ujikaji di makmal sendiri...
Catat Ulasan