Selasa, Mei 30, 2006

TIDUR

Aku ambil kertas keras yang panjangnya senjengkal. Lebarnya seinci. Aku tuliskan dengan marker, "TOILET PASS."

Ada satu "TOILET PASS" sahaja yang aku sangkutkan di dinding. Maksudnya hanya seorang sahaja yang boleh keluar ke tandas dalam satu-satu masa. Anak murid aku kalau dibiarkan tanpa kawalan mahu mereka keluar berbondong-bondong ke tandas. Entah apa yang digotong royongkan, aku pun tidak mengerti.

Murid aku hantar SMS,

Kata orang, untuk berjaya perlu usaha.
Untuk usaha, perlu cita-cita.
Untuk cita-cita, perlu mimpi.
Untuk mimpi, perlu tidur.
Justeru, tidurlah jika mahu berjaya.

Aku pastikan mereka duduk dalam kelompok 5 orang keliling meja macam kanak-kanak tadika. Jika seorang terlena, semua ditolak satu markah. Dalam banyak masa, aku lihat mereka mengurut-ngurut tengkuk kawan sebelah untuk mengelak kawan itu dari tertidur.

Kelas sebelah. Cikgunya melaporkan kepada aku, seorang muridnya lewat masuk duduk peperiksaan. 15 minit lagi masa hendak tamat, baru dia muncul. Lapornya, dia tertidur dalam tandas. Khabarnya dia bertugas 24 jam sehari sebelumnya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Zine JURING percuma dari Juara JURING 2.

21 ulasan:

sinaganaga berkata...

Untuk murid yang tertidur di dalam tandas itu - beri dia peluang untuk duduki peperiksaan sekali lagi! :)

Pegawai Khalwat berkata...

Budak-budak ni perlu di ajar cara berimaginasi dari bermimpi.

Hah... Naga terer bab tu. Dia selalu nampak bounce.

Psss... jangan ajar bab bounce pada budak-budak tu, sebab tak ramai yang sihat lagi.

Lan Rambai berkata...

Baru ari ni aku tau.. tok rimau cikgu rupanya. SMS murid tu dihantar oleh seorang murid yang berjaya.. maka kawan-kawannya ikut nasihat dia.. tidur sejenak sebelum periksa ekekeke

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kena pasang CCTV di tandas juga nampaknya ni... :D

kingbinjai berkata...

aku suka yang sms tu hahahahaha

Rie berkata...

"perlu tidur. Justeru, tidurlah jika mahu berjaya."

berjaya dapat urutan rakan2. best. haha

psstt.. wanita atau lelaki.

Keluarga Zulkarnain berkata...

Hahahha..:)

ontahsapo berkata...

nanti cuba buat peperiksaan dlm tandas, mungkin lebih ramai yg akan cemerlang...

artisticklytouch berkata...

Aku pernah sengaja-sengaja buat mengantuk supaya cikgu akan datang urut-urut belakang leher....aduh bestnya...

Sayuti berkata...

saya dulu dengan selambanya tidur dalam kelas. kalau cikgunya garang, saya tidur dibilik sakit. sekolah menengah, bukan sekolah rendah.

tapi, idea Tok Rimau memang menarik.

Tanpa Nama berkata...

budak2 sekarang...

anyway ur idea is good! mmg kene kawal diaorg nih.

HS berkata...

Ingatkan budak kecik aja yang suka pergi tandas ramai ramai tanpa mengira waktu. Rupanya budak besar pun macam 2 x 5 :D

BooK berkata...

tok:
budak besar. kadang-kadang. pegi toilet. siap naik kete tu.
:P
those were the days~

Sir Mute Key Chicks berkata...

mesti cita-cita budak tu ialah menjadi seorang penjaga tandas yang terpelajar barangkali

rasso berkata...

aku pernah tido dalam tandas sekejap oleh sebab kemengantukkan yang melampau sangat... tika tu aku sedang bekerja di sebuah kilang... mungkin akibat terlalu banyak wat OT hinggakan tido terabai...

aku rasa mana2 tempat pun sama tidak kira sekolah atau sebaliknya...

Unknown berkata...

tok rimau, cikgu beso!

cerebrator berkata...

wahduh...aku rasa ni kali pertama... aku dengar...
org tertidur dlm tandas.....

sengaja ataupon tidak....

OP Zaharin berkata...

kusyuk membuang gamaknya.

dugongsenyum berkata...

aku pernah tido kat tandas opis, qada kerja 24 jam hehehehe

tandas bersih memang aaa boleh buat tido, kalau jamban di kampung memang janggal bunyinya.

Tanpa Nama berkata...

toK! awat lama x update nih? buzy betui ka?

hazman berkata...

kena hadkan masa ke tandas ni...boleh ngelakkan dari ada yg tertidor dalam tandas lagi

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...