Isnin, November 27, 2006

BERGAMBAR DI TELUK DANGA

Aku berdiri terlalu hampir dengan subjek aku, Abon dan seorang minah. Peminatnya barangkali.

"Belakang sedikit. Saya mahu gambar kami dari kepala hingga kaki," arah minah itu kepada aku, seorang jurugambar bidan terjun yang kebetulan berdiri di kawasan itu.

"Mula-mula saya ambil gambar dada ke atas, medium close up. Sesuai untuk gambar kenangan sebegini. Kemudian gambar kaki pula. Boleh?" Aku memberi penerangan seperti seorang professional.

Minah itu mengangguk setuju.

Aku mengacu lensa kamera dan tekan punat kamera digital.

1. 2. 3. Klik.

Gambar Abon yang sedang tersengih dan peminatnya yang sedang tersenyum keluar di atas monitor LCD kamera. Medium close up.

Kemudian, aku mengacu lensa kamera ke bawah pula. Aku tekan punat kamera digital.

1. 2. 3. Klik.

Gambar sepasang kaki manusia keluar di atas monitor LCD kamera. Masih lagi medium close up.

"Woit!" Kata minah itu.

"Ha, Ha, Ha." Aku tergelak sendiri kerana aku buat lawak ambiguiti depan seorang pelawak dan peminatnya. Abon juga ketawa.

"Okay. Sekali lagi. Kali ini betul-betul," aku menyejukkan hati minah yang tidak nampak humor dalam jenaka aku.

6 ulasan:

Rie berkata...

mana gambarnya tok?? nak tengok jugakk..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

haha! aku tahu, tok jujur orangnya..

rasso berkata...

uhuhu..
nak tengok juga tok..

Tanpa Nama berkata...

share lah tok....kitaorang pon nak tenok jugak saiz kaki minah tuh....

Tok Rimau berkata...

Geng,
Aku cuma jurugambar sambilan bidan terjun. Minah tu bagi kamera dia untuk ambil gambar. Oleh itu, gambar itu dalam kamera dia.

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...