Selasa, November 14, 2006

MELAMBAI BENDERA

"Kelas Math dibatalkan. Ujian juga dibatalkan," umum Cikgu Zakaria.

"Yahuuuuuuuuu!" kelas kami meledak. Kami fikir kami boleh main bola lebih masa untuk P.J.

"P.J. pun batal juga." ujar Cikgu Zakaria seolah-olah boleh membaca fikiran kami. "Ini arahan dari atas. Kita ada rombongan khas."

Satu sekolah berkumpul di padang perhimpunan. Kami berbaris berdua-dua. Guru-guru kelas mengetuai kelas masing-masing. Kemudian, kami berkawad keluar dari kawasan sekolah. 3 km kami berkawad. Berpeluh ketiak masing-masing.

Kami sampai di jalan besar. Jalan yang JKR labelkan nombor satu. Jalan utama dari Johor Bahru ke Alor Setar. Inilah tulang belakang ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Kami beratur sepanjang jalan itu. Dibekalkan kepada kami bendera Malaysia atas kayu buluh.

Jam 9, tiada apa-apa. Jam 10, tiada apa-apa. Jam 11. Panas terik yang menyegat dan habuk keenderaan lalu lalang buat aku menyumpah-nyumpah. Berbakul-bakul. Kemudian aku dengar siren polis. Ayo! Polis nak tangkap aku?

Cikgu Zakaria pun menjerit, "Lambaikan bendera!" Kami pun melambaikan bendera macam nak tercabut tangan.

Mula-mula aku dengar siren polis melolong. Melintas beberapa motor polis trafik. Kereta polis pun lalu juga. Kemudian lalu beberapa kereta mewah dengan cermin hitam. Aku tidak nampak pemandu mahu pun penumpang.

Habis konvoi itu, lalu pula lori botol oren. Cikgu Zakaria pun menjerit, "Okay. Dah habis. Jom balik."

Kami pun berbaris pulang. Berdua-dua. Ketiak masing-masing jadi hangit. Aku lipat sapu tangan dan selit di antara tengkuk dan kolar baju aku. Cikgu Zakaria melucutkan tali lehernya. Simpan dalam saku kemeja.

Sampai di kelas, Cikgu Zakaria bertanya sinis, "Best tak rombongan khas kita?" Pertanyaan yang tidak perlu dijawab.

Entah siapa di dalam kereta-kereta itu. Aku pun tidak tahu. Sampai sekarang aku tidak tahu. Sungguh.

16 ulasan:

rozais al-anamy berkata...

salam,
lain kali tak payah suruh budak-budak tu lambai bendera, cukup tonggeng punggung macam kesatria dalam Braveheart buat tu ha. bukan orang besar tu nampak pun apa orang kecik-kecik buat. tak ada makna juga kalau sujud sekalipun, bukan?

Tok Rimau berkata...

Ada juga terfikir nak tonggeng tapi cikgu ZAKARIA itu cikgu disiplin. Mana-mana pi bawa rotan.

spyz berkata...

dude,
tahun bila?
kalau '85 (or is it '84), aku rasa aku ingat..
t*ngku m*hkota kawin sama z*rith s*fia!!
spjg jalan tebrau dekat spital.. ampehh..
tapi aku rasa aku masih simpan bendera johor tu..
haha..

Unknown berkata...

idup lg ke cikgu zakaria ni? isk....wa dah agak musti tok x tau sape dlm kete...sbb wa pun pernah kene gak dulu masa skolah...

Tok Rimau berkata...

Roz,
Lagi satu sebab aku tak tonggeng tunjuk bontot adalah lima huruf pertama nama Cikgu Zakaria. Bahaya untuk kesihatan bontot.

Spyz,
Bukan masa tengku-tengku kahwin. Aku pun tak tahu masa bila.Tapi aku memang angin satiu badan kalau orang menngunakan kanak-kanak sekolah untuk membodek orang besar2. Orang2 besar ni tak tau ke bebudak ni kena paksa? Lain la kalau suruh pi jalanraya tengok kereta berhias ke atau lori 8 tayar eksiden. Best gak.

Halo,
Tabik sama Cikgu Zakaria ni. Dia macam Jekel n Hyde. Sekejap kelakar macam nak gila buat aku ketawa mengalir air mata. Sekejap garang macam jin, buat aku menangis mengalir air hingus.

Unknown berkata...

"Awak kumpul murid2 kita sabtu ini utk meyambut *** di tepi jalan.. sekian.. sekian.. bla.. bla.."

"Maaf cikgu, saya tak dapat. orang rumah ajak teman ke spital la."

"fuhh.. selamat"

Kita harus fikir juga maki-makian dari anak murid kita.

Unknown berkata...

saya pernah lambai2 bendera gak masa Raja Muda negeri saya lalu. Tapi saya suke.. sebab dia buka cermin dan lambai balik... mengenangkan dia masih bujang, lagilah saya suke.. hehe :D

eh... sume budak mmg suke PJ ye.. emm..budak lelaki je kot.. :D

BooK berkata...

prlajar-pelajar menyokong kita!

fajar berkata...

kelakar je tok ni. heheh!

Tanpa Nama berkata...

teringat cikgu disiplin aku masa kat skolah rendah dulu.ada satu budak gatal tangan tulis nama dia ngan ayat tak senonoh kat salah satu dinding bangunan skolah.tak tau sape yg buat,dia debik kat blakang seme student yg kelas dia sama bangunan ngan dinding tu.termasuklah aku.sampai skang aku tak puas ati kat budak gatal tangan tu pasal ape bangunan tu jugak yg dia pilih.

ps: cikgu ngko ke yg menangis kat tv baru nih.nama sama jer.dia dah jadik wakil rakyat kat selangor kan? kan?

Pak Long berkata...

Off Topik sat:

Terima kasih Tok kerana singgah kat Kedai saya. Lama tak buka kerana hilang kunci. La nih dah buka semula. Mai la ..... ajak geng.

Terima kasih.

Rie berkata...

tok simpan lagi bendera tuh??

Pegawai Khalwat berkata...

Lama tak singgah rumah tok.

Lori oren tu tak singgah bagi air oren pda tok ka?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Rombongan tu wajib tu... Masuk dalam pekeliling tuh...

Hehehe..

Kemat berkata...

org dalam cermin gelap tu escort lori oren tu sebenarnya...

kingbinjai berkata...

kan ke bagus kala masa tu semua budak budak tu pegang senapang patah...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...