Perhatikan sajak yang aku bikin. Kedua-duanya mempunyai tajuk yang sama. Sajak A adalah berkenaan lelaki tua menasihati seorang wanita cantik supaya berhenti mencintainya. Sajak B pula dibangunkan dari runtuhan Sajak A. Jarak antara keduanya hampir satu tahun. Sajak B lebih mulia temanya kerana ia merupakan nasihat seorang lelaki kepada seorang wanita dalam pelarian akibat kitaran dendam.
A) BIDADARI BUTA
Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal
Kenapa hadir
ketika tatu ku
koyok di pinggang
ketika lesung pipit ku
kedut di kulit pipi
ketika mahkota ku
uban di junjung
Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal
...................
B) BIDADARI BUTA
Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal
Pandanglah ke cermin
lihatlah lesung pipit mu
calar di pipi
lihatlah tatu perang mu
parut di tubuh
Wahai bidadari
yang buta
bersayap selendang
sutera mahal
Senja ke malam
Mengejar kitaran kejam
sebingkis dendam
Chorus:
Wahai bidadari
Apa yang kau kejar
pasti menangkap mu
mendakap mu
Lepaskan dirimu
larilah bidadari
kembangkan sayapmu
dan terbang tinggi
Aku bagi kepada Din Cromox Sajak B untuk dilagukan sebagai lagu tema filem KIRI. Aku nak lagu country, dia bikin lagu rock ballad. Aku kena hormati karya dia. Aku terima.
Sebenarnya, mula-mula kami mahu bikin filem pendatang tanpa izin lemas dalam perjalanan ke Malaysia melalui jalan laut. Sebak ceritanya. Sayu ceritanya. Tetapi produksi terlalu mahal dan bahaya. Pelakon-pelakon kami tidak tahu berenang. Kami pun tiada duit banyak sangat. Kemudian, kami tukar arah untuk kembangkan Sajak B kepada sebuah lakon layar. Jadilah, KIRI.
Tajuk awalnya, Bidadari Buta. Tetapi, bidadari adalah makhluk syurga dan aku tidak mahu merendah-rendahkannya dengan fantasi aku. Kemudian, tukar jadi Dendam Semalam. Sepanjang pengambaran kami pakai tajuk ini. Macam Drama Minggu Ini pula. Tukar lagi jadi Khadam Dendam. Masih tidak puas hati. Tukar pula kepada Maaf Tangan Kiri. Akhir sekali kami tetapkan fikiran dan pilih KIRI sahaja. Ia punya banyak lapisan makna. Lagi pun kami dapat promosi percuma di tepi-tepi lebuh raya seluruh Malaysia.
Motorsikal, sila ikut KIRI.
Ikut KIRI jika tidak memotong.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
CANNES FILM FESTIVAL
Jumaat, Mac 16, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
17 ulasan:
ouh begitu ceritanye
mr G,
bawak balik bekas tapak kaki majid majidi, alejandro gonzalez innaritu dgn cate blanchett nanti kat cannes ok?
cerita immigrant lemas tu sgt menarik. saya tak bohong, saya ada idea nak tulis cerita immigrant. tapi tak tertulis tulis lagi. jadi kira pembohongan tak ni?
nak pakai crew atau pelakon tempelan percuma, khabarkan lah esok nanti.
Tahniah Tok R
owh...
Ada menyentuh tentang ber'haluan kiri' juga kah tok..?
tok, kalau kembang sangat meletup nanti (",) kidding ye.
btw congrats!!!!
baru kau tahu betapa susahnya bikin filim. kes pelakon tahu berenang tak tahu berenang pun kena amik kira.
apapun. tahniah.
Tahniah atas kemenangan tok!
Kemenangan? Alhamdulillah.
Hahahaha...
promosi percuma KIRI tu yang tak tahan... hahahahaha
hi salam singgah sebentar
Promosi percuma di jalanraya?
Silap haribulan JKR, PLUS dan PBT mintak komisen. Tok ada duit nak bayar diorang?
Gud...gud...very de gud
Tahniah..
saya tunggu 'KANAN'.
hi salam
saya tengok trailer Kiri tu .. pelakon nampak kaku .. munkin boleh tukar tajuk .. "Kaku" atau pun lagi best "Kaki ku kaku"
Catat Ulasan