Selasa, Mac 27, 2007

IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG

Aku jadi kasihan. Kasihan kerana dia tidak faham kenapa Kiri terpilih untuk Sebutan Kehormat. Aku pun tidak boleh salahkan mereka itu, aku sendiri tidak sangka Kiri boleh terpilih. Al-maklum, karya-karya lain dari mereka yang terlibat secara langsung dengan industri filem atau sepupu sepipitnya. Filem kami pula miskin dari segi cahaya dan bunyi.

Masa parti anugerah tu, aku sempatlah bertanya kepada hakim yang hadir - di mana betulnya Kiri ini sebagai sebuah filem?

Ini aku senaraikan sebahagiannya.:
1. Kata Yasmin, skrip dan cerita filem KIRI bagus. Aku seorang penulis dahulu sebelum aku seorang pembikin filem. Oleh itu pendekatan KIRI adalah berat kepada pacuan plot, dan bukan kekaguman visual. Emosi kami adalah dendam peribadi dan sejarah kami pula berlapis perjuangan nasionalis dan kekeliruan matlamat. Bukannya aku tidak mahu buat visual yang mengemparkan tetapi wang dan alatan yang kami ada tidak mampu memenuhkan kehendak itu. Pun begitu, visual kami yang sederhana itu mampu ditunggang oleh subteks Kiri yang agak "ambitious." Miyamoto menyelamatkan Nintendo dengan Mario, sebuah revolusi watak dalam industri video game. Dia bukan seorang programmer, tetapi minatnya lebih kepada bercerita. Kalian nampak keselarian di situ?

2. Gaya perfileman KIRI menyerupai filem pengarah yang ternama. Empat nama telah disebut. Dua darinya aku tidak kenal. Pun begitu, ini berlaku secara kebetulan. Mungkin di bawah sedar hasil dari menonton terlalu banyak dvd. Baiknya B, mahupun yang A. Semuanya belasah. Walau pun kami tidak pergi sekolah filem, kami menonton filem seperti membaca buku.

3. Dari 10 finalis, hanya KIRI yang "edgy." Filem-filem lain terlalu bersabar dalam bercerita. KIRI pula sebuah filem jantan yang kasar, lengkap dengan pistol dan darah memercik. Satu titik hitam dalam laut putih, pasti amat jelas. Berbanding dengan yang lain, KIRI punya potensi lebih untuk jadi cult flick.

4. Sedang filem lain bersungguh-sungguh untuk menjadi karya seni. Kiri meniti sempadan antara seni dan "crap." Kami ada tragedi dan kami juga ada komedi. Afendi tanya, "Ini filem kelakar atau filem serius?" Yasmin mencelah berkata, "Lantaklah. It doesn't matter." Ini mengingatkan aku kepada bengkel mereka yang menyeru kepada filem sukahati bapak sendiri. Itulah yang kami buat. Filem suka hati bapak.

5. Aku tidak berniat merendahkan filem-filem lain. Mereka tidak kalah. Cuma, kemenangan mereka tertangguh. Kebarangkalian, jika BMW tukar hakim, senang-senang filem lain boleh menang. Pun begitu, yang paling aku pasti KIRI mempunyai "leading lady" yang paling "hot!" Awek yang paling cun! Punya la cun, boleh gerhana semua lakonan kayu dan kesilapan nahu dalam filem itu sendiri. Ha ha ha.


Tentang undian seribu lebih hingga mendapatkan People's Choice itu, aku tidak terperanjat. Aku datang dari komuniti Universiti Selatan. Krew kami adalah warga kampus dan KIRI mendapat sokongan penuh. Mengikut wikipedia terdapat 25K hingga 90K pelajar berada dalam universiti ini. Lagi pun Tok Rimau adalah jenama Internet yang agak lama. 6 tahun berhabitat di Internet. Ramai kawannya yang membantu. Terimakasih semua. Setakat 1 ribu undi itu belum lagi sebuah refleksi kepada potensi sebenar KIRI mengumpul undi.

Apa pun, apa yang berlaku dalam sidang hakim tidaklah ketahuan semua. Aku nak cerita semua pun, macam tidak habis-habis angkuh, riak dan takabur. Dunia je ni. Cukuplah had sini. Dosa aku pun dah cukup banyak.

12 ulasan:

ayobkelubi berkata...

hahaha.

biasalah tu tok,jika menang,memang ada orang mempersoalkan kewajaran kemenangan tu macam kemenangan yasmin ahmad tu jugaklah.

mereka tak faham.

tujuan BMW buat adalah untuk mencari/mengali/membuat bakat baru dalam dunia seluloid ini.

walaupun KIRI nampak macam kayu/batu/papan/cawan stryofoam tapi jenama penulis dan KIRI tu sendiri sudah kuat.

buat orang tertanya/mencari mana KIRInya dalam filem KIRI ini?.

itu dah jadi satu point yang bagus kan?.

teruskan usaha tok.teruskan.

lepas nie buat filem pendek SPACE UTM pulak nak?. hehehehe

Tok Rimau berkata...

Ya, betul Yob.

Mereka semua adalah majalah dengan kulit glossy.

Kiri hanya zine underground fotokopi.

spyz berkata...

:-D

rasso berkata...

ya tok! setuju banget..

sari penting kerna ada awek cun yang sudi menerima borang kosong untuk di isi.. tapi saya semacam enggan menerima...

Maju terus maju!

Pa'chik berkata...

tok, tak pasti pulak tok r tau tidak berita ni, blogger pak teh yang pernah ngomen di blog tok ni meninggal 11 mac lalu.

info kat sini

sama-sama la kita berdo'a agar roh beliau dicucuri rahmat Allah. Amin

Tok Rimau berkata...

Al Fatihah.

Saya pernah ditanya oleh Pak Teh tentang membukukan blog, via telefon. Jika sudah jadi bukunya, saya ingin membeli.

Saya menyesal tidak rapat dengannya. Sekarang sudah terlambat.

Pa'chik berkata...

al-marhum ada tagged tok tentang 6 kepelikan tu.. kalu rajin buat la.. hehe... buleh jugak kami tau.

Tanpa Nama berkata...

naper tok? ade orang tak puas ati ke KIRI menang? biasalah,kita tidak mampu memuaskan hati seme pihak. hanya orang yg faham adat pertandingan je layak utk bertanding.

Tok Rimau berkata...

Memang la menang itu seronok, tapi it's not the end of the world jika tidak menang. Yang penting, kau gembira dgn filem kau. Menang tu bonus.

Tanpa Nama berkata...

Tok,
Tau tak cerita pasal Lukman Haqim yang Bijaksana dengan anaknya? Mula-mula dia naik keldai anak dia tarik orang kata tak betul, anak dia tunggang keldai dia tarik orang kata tak betul, dua-dua naik keldai orang tegur tak betul, dua-dua pikul keldai pun orang kata tak betul. Apa saja kita buat memang akan ada orang tak puas hati. So buatlah apa yang kita sendiri fikir betul.

Unknown berkata...

personally, im not a fan of KIRI. Dah tengok , and dah vote for it, but NOT a fan of it.

But then again , Im an MTV generation, i just looked at the visual and stuff, and missed ur subtle hints , on such as the scene where the gurl served the coffe using the left hand.

The acting kind of sucks though, *for like maybe 20 years, do u have to show a zombie face for ur dad's death ALL THE TIME*

im not a fan of Kiri, but somehow, im quite excited waiting for th sequel *assuming there's one.

Tok Rimau berkata...

Haji,
Biasa la tu.


Lan,
Thanks for the vote. Acting kayu tapi ikhlas.

Thanks for the honest comment. I really appreciate it.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...