Khamis, November 22, 2007

SOTONG GORENG TEPUNG TERAKHIR

Restoran Bintang di tepi Selat Tebrau menjadi saksi. Meja mereka penuh dengan lauk. Ikan tiga rasa. Lala masak sambal. Sotong goreng tepung. Udang goreng mentega. Kailan goreng. Dan laici satu jag. Tetapi itu dua jam yang lepas. Sekarang makanan-makanan itu sudah hampir habis.

Pah suruh Juju habiskan sotong goreng tepung yang terakhir. "Mak I bilang, kalau you habiskan lauk last ni, you akan dapat suami soleh."

Juju pun tersenyum. Dia ambil sotong goreng terakhir tu dan sumbat dalam mulutnya.

"Agaknya, suami soleh akan dapat isteri gemuk," kata Juju sambil mengunyah sotong goreng tepung. "Apa tidaknya, kerja dia asyik menghabiskan sisa makanan."

Meja mereka riuh dengan derai ketawa. Comel betul bila mereka ketawa. Sungguh.


............

This is no street magic, this is Vector Magic.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. 250 Public Speaking Tips

2. The Best of 2007 According to Esquire.

3. Books of The Year 2007

14 ulasan:

Unknown berkata...

~udang goreng mentega~sedapnyee..huhu

jiGOMorrison berkata...

Aku rasa, aku salah seorang suami yang soleh. Ha ha ha!! ((((Echo. Fade till end.))))

dugongsenyum berkata...

Aku pun tumpang ketawa sama kah kah kah kah kah

rasso berkata...

jatuh chenta lah tue...

sebab ada frasa 'comel'

blackpurple @ jowopinter berkata...

Perkataan 'gemuk' itu lebih sopan kalau disebut montel. He he he!

tumismenumis berkata...

kalau aku yang selalu kena habiskan sisa makanan wife aku, itu kira wife yang solehah jugak laa eek...
Abis aku?

astig berkata...

Kenapa harus juju? Sikit hampir dengan nama saya...
Saya juga montel... bakal dapat suami soleh ka?

Tanpa Nama berkata...

wehhhhhhhh sotong goreng tepung best giler tauuuuuuuuuu

musafir berkata...

Oo..sekarang dah lain eh?T Dulu mak I bilang, siapa makan sotong goreng yang terakhir akan jadi cikgu!!

tini berkata...

hahahahah...nasib ar..lagipun kan suami soleh tak suka membazir..heheh

Chika Chika berkata...

mmm..
btol jugak kan..

Tok Rimau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tok Rimau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tok Rimau berkata...

Zara,
Yup. Hingga menjilat jari.

Jigo,
Kau bukan sahaja Soleh, kau tahap mithali. Cayang uchuk!

Dugong,
Jangan ketawa kuat sangat. Perut kau bergoyang nanti.

Rasso,
Bercinta biar satu. Berkawan biar seribu.

Black,
Gadis-gadis sekarang memang kurang sopan. Mereka jujur bila bercakap. Tak perlu jaga hati dgn berbohong.

Mazudi,
Kau? Kau kuat makan dan gelojoh.

Jaja,
Begitulah cakap orang tua-tua. Maknanya kita tak ada jodoh. Ha ha ha. Tok kurang soleh.

Amirah,
Kau lapar ke Amirah?

Musafir,
Mak aku bilang, makan makanan terakhir dan jadi kenyang. Ha ha ha. Lain negara lain versi kot.

Tini,
Pembaziran amalan setan. Makan berlebihan pun amalan setan.

Chikadior,
Puasa itu lebih afdal.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...