Isnin, November 26, 2007

SOYA DAN SATE

Petua murah rezeki: Jika membeli tiga bungkus air soya dan 30 cucuk sate, pastikan bungkusan air soya dijinjing sebelah kiri dan bungkusan sate pula dijinjing sebelah kanan.

Aku belajar pelajaran yang amat mahal semalam. Di pasar malam, aku letak kedua-dua bungkusan di tangan kiri. Tangan kanan? Aku belek DVD-DVD cetak rompak.

Kemudian aku terus meronda. Dari pangkal pasar malam sampai ke hujung, dan patah balik ke pangkal.

Sebelum masuk kereta untuk pulang, aku dapati air soya sudah berkurangan. Misteri nusantara betul. Asap dari gerai tahu bakar membuat suasana bagai berkabus, menambah misteri kepada nusantara.

Rupanya tiada misteri pun. Cuma lidi-lidi sate sudah mencucuk dan membocorkan plastik air soya. Hmmm... Aku telah menyiram jalanraya sepanjang pasar malam dengan air soya.

Alahai! Terimalah takdir bahawa air soya itu bukan rezeki aku.

.......................
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Sol-Jah kulup. Hi hi hi. Gambar Ehsan: MagMyPic.

2. How to Command Respect: Don’t play or fidget with your mobile phone when someone’s talking to you. It shows avoidance... MORE TIPS.

3. Ingat janji kita untuk berkencan di Rumah Pena, 1 Disember 2007 sempena Malam Perempuan-Perempuan Naik Tocang.

12 ulasan:

rasso berkata...

Silap teknikal nampaknya tok... ngape beli soya bungkus yang bungkusnya nipis?!!.. tak beli soya Yoes ker.. Season ker...

Housemet saya bilang (Ayares)... Soya Jagung jenama Season sedap hinggakan di Taman U nie... hanya kedai mamak Ayub jer yang ada jual... lain-lain tempat tak jumpe lagi...

Pa'chik berkata...

hak hak...
air tebu pun kena buat macam tu jugak tok... ekeek...

test berkata...

rezeki tanah disirami air soya.

irdhi_hayati berkata...

dh mmg x der rezeki lah tu :)

DeanSham berkata...

air soya tu mungkin tak berapa elok agaknya.

Tuhan nak tolong tok, supaya tak minum air soya basi bila balik rumah. Kalau tak mungkin sakit perut!

rezeki jalan agaknya malam tu dapat air soya.

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Tok suka soya + cincau.

Pakcik,
Kalau beli otak-otak pun kena hati-hati.

Seniman,
Nak masuk mulut lagikan terjatuh, inikan baru jinjing.

Yati,
Rezeki lain yang dapat. Rezeki pelajaran yang mahal.

Dean,
Balik rumah buat air oren sendiri.

ayobkelubi berkata...

gambar tok macam veteran vietnam. the last tour of duty from nam.errr,sedap nama tu buleh bikin judul filem!.hehehe

blackpurple @ jowopinter berkata...

Sebab itu juga kempen kitar / guna semula menggalakkan kita bawa bekas sendiri. Bawa Tupperware bekas air atau mangkuk Toyogo, misaknya. He he he!

en_me berkata...

siraman air soya.. wakaka

Fotokahwin.com berkata...

itulah orang tamak selalu rugi... yg tersirat disebalik nak murah rezeki.
heheheh -didiz-

A t i Q a h berkata...

soya dalam cawan kan ade..
makan sate perasa soya x?

tini berkata...

lain kali baca bismillah dulu tok...heeeeeeeee...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...