Aku hantar skrip filem ini awal tetapi tiada siapa yang peduli mahu menapisnya. Bukan kerja mereka. Sehari dua sebelum tayangan, mereka yang rapat dengan bos mula cuak. Bagaimana kalau cerita ini keterlaluan? Bagaimana kalau cerita ini menyindir bos? Bagaimana kalau cerita ini menyentuh isu sensitif? Siapa yang mesti pastikan bos tidak marah? Hah! Itu kerja mereka.
Sudah terlambat. Filem ini ditayangkan juga. Aku tidak peduli.
Salah satu nasihat Covey dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, Begin with the End In Mind. Ini buku teks wajib bagi pentadbir tetapi dari sudut amalannya, aku nampak falsafah mereka lebih kepada Begin with the Boss In Mind.
Apa yang bos kata adalah betul. Bos sentiasa betul. Letak tepi pengalaman, kajian, konsep dan creative brief yang dipersetujui awal dulu. Kalau bos kata tidak suka, tidak sukalah. Buat apa yang bos suka.
Aku duduk di tingkat dua menonton 800 pasang mata menonton filem pendek yang aku tulis. Sangat seru melihat reaksi penonton terhadap hasil kerja sendiri. Ada tempat ramai yang ketawa. Ada tempat sedikit yang ketawa. Di tempat yang aku fikirkan tidak ada jenaka pun, ada penonton ketawa. Ada tempat yang aku fikir lawak gila, tiada pula orang ketawa. Aku lihat lapisan-lapisan makna yang tersirat- ada yang dikutip dan ada yang tertinggal.
Kredit keluar. Perkataan akhir sekali adalah Tamat. Lampu dewan dinyalakan semula.
Bos? Bos tidak tunjuk tanda suka atau tanda benci. Mereka yang rapat dengan bos menarik nafas lega. Kira okay la tu. Aku? Aku biasa sahaja. Aku dah sedia seribu helah bela diri dalam saku.
Selasa, Mei 20, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
21 ulasan:
huhu. Ok la tu:)Excellent!
Good job Tok. Chayo2.
Princess rasa bos tak marah. 100% sure. Pandai2 la sedia helah bela diri kalau bos panggil nanti:p
Tok,
tanpa bos siapalah kita...
hahahahahaha!!!
persediaan seribu helah dalam saku tu aku suka tok....
bos sentiasa betul..aku suka tu..nanti aku cakap kat bos aku..
Liyana,
Bos kata okay.
Lah,
Bos juga yg luluskan duit, kan?
Tasik,
mesti ada plan B.
Radio,
Bersedialah utk naik gaji.
kecian bos... maybe dia tak kenal nabil.... maybe gak dia tak buka siaran astro...
....
"Siapa Nabil?" Seorang wanita penerima anugerah jasa bakti.
haha! al da best tok! amcm artikel saya ari tu ok x?
Lan,
next filem kita guna Ruminah Sidek. Diaorang pasti kenal.
Corleonne,
Diorang MMS je. Kecik bebeno. Tak boleh baca. Kau up la kat blog kau. Boleh kami baca.
He he!
aku lagi parah.....kena ketawa dek kengkawan. Ada ke patut diorag kata aku cam kayu, suruh diaorg berlakon nak tahu jadi kayu ke tak
salam tok,
gua dah post entri artikel tu kat blog gua, senang2 tgk la ya tok!:-)
dalam dunia seorang bos,ada dua je peraturan..
PERATURAN PERTAMA:
"bos sentiasa betul.."
PERATURAN KEDUA:
"rujuk peraturan pertama..."
gua pon nak jadi bos..
tapi takde kot pekerja yang nak gua sebagai bos..
pasal jarang gua betul..
selalu tak betul je..
hahaha.
Bos! Kalau tak suka, jangan pecat tok.
T-shirt itu nampak hensem.
one of the best things jd boss.. people wait for u..even for your simple facial expression....best gile...hehhe
guna the smartest helah bela diri..i'll pray for your sweet escape!!
ini satu lagi entri masuk bakul,harhar
p/s:kami mungkin balik JB pertengahan Jun. siapkan duit banyak-banyak untuk karaoke dan makan-makan okeh!
Tok,
Bos x luluskan duit kita lagi ke?? hehehehehehe...
tok, tak ada royalti ke??? Bila kita nak buat filem bigfoot???
Ed,
Tuan pengarah ahmad nisfu tengah claim dari producer. Sementara tu kau jual DVD cetak rompak utk tampung duit rokok.
Lah,
Bos belum luluskan lagi. So, kena la cari job lain. Mayfirst nak cari model baru utk iklan baru mereka. I heard.
azie,
No problem. U belanja boleh la. tak mau karaoke kotak okay. Nak karaoke betul punya.
head,
Kalau kena marah. Ngaku slah dan minta maaf je. Selesai. ha ha ah.
atiqah,
begitu juga pemakainya.
garam,
customer nak gitu. Customer lebih betul dari bos.
rasso,
orang tak kenal nabil pun njoy video tu. kira okay la.
tok,
Niaga DVD cetak rompak tarak untung, semua nak free aje......mana leh kaya
Catat Ulasan