Isnin, Mei 26, 2008

GUA BOSAN MASUK TV

Gua masuk TV beb! Habis dah kuota 15 minutes of fame yang Andy Warhol bagi kat gua. Jones perli, "Muka lu tidak cukup hensem untuk masuk TV. Muka lu lebih layak untuk radio. Naga lagi hensem."

Cheh! Misai Magnum P.I. tu dah tak musim gua cakap lu. Lagi pun, apa guna hensem kalau tak masuk TV?!

Op kutuk gua gak, "Setakat masuk TV jadi tukang pegang payung buat apa?!" Scene gua enter frame menunjukkan gua pakai kopiah dan pegang payung purple. Media memang penipu beb. Gua dipotray sebijik cam bomoh hujan untuk produksi. Biar gua cerita sikit. Gua pakai kopiah sebab kehendak watak.

Gua berlakon sebagai extra sebagai pakcik kampung. Apa! Watak extra je? Memang la extra je, takkan la gua nak buat semua kerja jadi hero, jadi heroin. Gua dah jadi penulis skrip, tukang pegang clap board, pembantu pengarah dan pemayung kamera, agar kamera tak kena demam panas. Seniman serba boleh tu. Tapi extra pun, watak gua la yang steal the show. Gua cakap lu.

Apasal Soljah lain tak komen. Diorang sabotaj gua ke? Tak. Gua tak SMS diorang suruh tengok cenel Prima Astro. Diorang bukan ada Astro. Gua tak mau menyusahkan diorang pergi ke mamak semata-mata nak tengok muka rakan kombat masuk TV.

Sebenarnya Apa Cerita Nabil ada interview gua tapi bab gua bercakap tak masuk final cut, gua cakap lu. Malaysia belum ready untuk mulut ikhlas gua. Gua syak satu perkara yang menyebabkan gua kena gam:

Q: Apa nasihat tuan kepada Nabil?
A: Jangan ambik job yang tiada kenabilan dari penerbit filem lawak-lawak bodoh.

Sensitif tu, nanti Nabil tidak dapat job pulak.

Lepas ni gua nak low profile. Jangan pujuk gua masuk TV ke, masuk radio ke, masuk video ke. Gua dah merajuk.



SIARAN ULANGAN
Nabil berlakon dalam filem pendek Mengait Bintang terbitan UTM. Apa Cerita Nabil Episod 4: Part 1 dan Part 2. (Siaran tergendala kerana hujan atas kuali Astro)

22 ulasan:

rasso berkata...

"Berhenti!"

Snap snap snap! (sony ericson jer tu! tak leh blah)


Tok, merajuk la plak.... ekekeke... (makin berusia makin merajuk... auuuwwwW~)

tasikmerah berkata...

tok walaupun aku tak pernah berjumpa kamu.... tapi naluri aku berkata... yang pegang payung itulah kamu... tepat sungguh naluriku... :)

merajuuuuuuukkkkkkkkk tu......

waterlily berkata...

Pegang payung jer...woooo..kalau saya pun merajukkkkkkkkkk!

A t i Q a h berkata...

saya juga kechiwa. penat2 tunggu youtube tu streaming. alih2 nampak tok pegang payung jeh. what an unsung hero...ahahahaha

headlightsandpavement berkata...

lor...gambar pegang payung pun ok pe...selamat die tak tunjuk gamba kaki kaki lu je beb...hehehe...

tak pe..next time lu mesti enterframe lebih skit..don't worry beb..keke

jia-yu!

Princess Liyana berkata...

Masukla jugak TVkan?uhuhu,walaupun pegang payung..
Janganla merajuk tok..tak bestla gni:)

PopNina berkata...

alahai merajuk pulak..

:p

Dhani berkata...

betul ke beb Ezam nak masuk UMNO? nak tahu betul ke tak, sila tengok BILIK gua kat sini: www.bilik.blogspot.com :)

artisticklytouch berkata...

TOK...Alah, tahu! kau merajuk2 manja katanya ha ha kau nampak hensem memegang payung dan clapboard tok...kau jangan risau, diaorang jeles sebab tak masuk TV ha ha

nUr@dDeEn berkata...

Tok, walopun sebagai extra tp masuk gak tivi. Ok la tu!

Tok Rimau berkata...

Deen,
Esok kalau gua pi Hollywood, baru mereka cari clip gua.

Art,
Jeles. Betul tu.

Dhani,
Politik kotor. Gi cuci tangan.

Pop,
Pujuk la.

Liyana,
Tak kira. Nak merajuk gak.

Head,
Sebenarnya depa takut nak tunjuk wa banyak2. Nanti nak bayar royalti banyak.

Tiqah,
Aku menulis bukan kerana nama.

Tasik,
Memadai la. Lepas gak rindu dendam kau.

Rasso,
Orang tua kalau merajuk, cepat muda. Kan?!

dugongsenyum berkata...

riak. taubatlah.




HAHAHA

ah tok berkata...

Kalau tokR dapat banyak pujian. Sepatutnya tok merajuk. Kalau dapat banyak kutukan. Usaha tangga kejayaan. bukan senang mau senag kan kan kan?

Steven Spielberg dulu pun start pakai kopiah dan pegang payung jg Xtra. Haha!

pipiyapong berkata...

gua dengar tajuk tiba tiba darah gua menyirap..

Danielle_Corleone berkata...

alamak! masuk TV majuk plak. hehehe! takpa nanti gua bukak stesen tv gua bagi tok satu siaran khas! ok? dulu gua pun penah masuk TV tok dalam rancangan MHI :P

republictheatre berkata...

tok rimau,
saya fazleena dari republic theatre prod. saya akan adakan satu event "screen & talk" di rumah pena insyaallah pertengahan june. kat sini kita berpeluang beri pendapat,diskusi dan berbincang tentang pengalaman menghasilkan short dan macam2 lagi. Saya mahu film ini dimuatkan dlm program ini. Sudi kah?

fazleens.sosblog.com

amyz! berkata...

Tok nampak hensem dengan baju merah.. Awwww... ;-)

radiohed berkata...

gua terpaksa kensel dating gua semata-mata nak tgk lu kat Astro.Pasal kat Mek D tak der Astro.

sinaganaga berkata...

Tapi lu takde bakat nak mengarah filemlah. Tooot toot sungguh. Ha ha.

saudagar gaRAM.. berkata...

masuk tv ke atau kuar tv tok??



ntah....

Tok Rimau berkata...

Garam,
Secara teknikal, imej disedut masuk ke dalam kamera dan duduk dalam tape. Kemudian ditangkap masuk ke komputer untuk suntingan. Dan disimpan dalam DVD. Lalu dimainkan. Terpancar di TV. gambar tu dalam TV. Meloncat keluar masuk mata. .... Ntah.

Naga,
Gua bukan tak boleh. Gua malas.

Radio,
dating? sejak bila ada orang suka kat lu? anyway tahniah.

Amyz,
Ishhh... jangan puji begitu. Merah pipi saya.

Fazleen,
Bisa diatur. tapi Tok tidak tahu jalan ke rumah Pena.

Don,
Baru aku nak riak, kau pun cerita mkau juga masuk Tv. can I have my moment of glory alone?! AiyaaaK. Ok. Sapa lagi dah masuk TV? Cerita. Cerita.

Pipi,
Sabar. Nanti gua sudah cukup poplasr gua bawak lu poplar sekali. Dgn band lu sekali. kalau lu ada kucing, bawak kucing lu sekali.

Tok,
Steven tu gua yang ajar dia.

Dugong,
Lu kawan sejati. Gua hampir masuk ke lembah hina, tapi lu ingatkan gua. Lu selamatkan gua. wa insaf.

republictheatre berkata...

tok,
mengait bintang durasinya berapa lama? insyaallah, flyersnya siap minggu depan. Kita akan buat dlm pertengahan june..

p/s : boleh bawa main cast dia sekali tak?? hehe (gelak gediks nih)

fazleens-

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin