Selasa, Mei 06, 2008

SIDANG VIDEO

Dari Blog Jonni:
Gua baru lepas mengawan dengan Lassie. Gua pun lepak di depan pagar jiran sebelah. Melepaskan lelah. Penat wooo. Sakit pinggang. Kemudian, gua terhidu jiran gua keluar. Sah, dia. 80% bau peluh. 10% bau nasi goreng. 10% bau nikotin. Dia dail henpon. Dia cakap sikit-sikit lepas tu dia point henpon tu kat gua. Kaget gua!

Gua jerit kuat-kuat, "Sial! Celaka! Lahabau! Lu nak rakam gua apahal pulak?!" Kawan-kawan gua pun join sama jerit. Bersahut-sahut. Dia lari masuk rumah semula.

Dari Blog Tok Rimau:
Liputan 3G cuma sampai luar pagar rumah aku sahaja. Dalam rumah tiada 3G. Isyarat biasa maxis pun dalam 1-2 bar sahaja.

Untuk mendapat laporan secara Video Call tentang acara Maskara dari Spyz, aku pun keluar dari pagar. 12 tengah malam tu. Atas skrin, aku nampak muka Spyz dan di belakangnya ada Cik Sal dan Cik Daun melambai-lambai. Jerit nama aku, "I love Tok Rimau." (Fitnah ni aku tambah biar sedap sikit cerita)

Bayu malam berpuput lembut mendinginkan. Aku rasa kesunyian, sedangkan kawan-kawan aku bersuka ria makan roti canai di Rumah Pena.

Untuk membuktikan, aku tidak keseorangan, aku pun menyuakan telefon ke arah anjing Jiran aku, Jonni. Spyz, aku ditemani oleh Jonni di luar pagar ini.

Jonni yang biasanya buat tidak peduli dengan aku jadi kaget. Dia menyalak-nyalak. Anjing-anjing dari pagar rumah Cina lain pun ikut menyalakkan aku. Bingit gila.

Aku terus lari masuk rumah, liputan 3G terputus. Video call pun terputus. Aku kira mereka masih berfoya-foya mabuk roti canai di Maskara.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Audio lagi Isyu oleh Ebiet G. Ade.
Lirik lagu Isyu oleh Ebiet G. Ade.

PUISI SEBARIS
Cerita aku ditangkap khalwat adalah fitnah untuk memburukkan imej aku. :-(

15 ulasan:

amyz! berkata...

Ohhh.. Kesunyian rupanya~ Kasihann..

diEla berkata...

tu la tok.. knp tak pergi?

rasso berkata...

ha ha ha...

ingat apa yang langsung di telepon genggam tu... tengah2 malam plak tu... ekekeke

Amiene Rev berkata...

Tok Rimau,

apa alamat address blog jonni? Bagaimana Jonny menaip di papan keyboard dengan jari-jarinya? Sungguh menakjubkan ini.

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Balik cepat la.

Diela,
tak duit la. jauh.

Rasso,
Takutttttt. takut kena gigit anjing.

Amiene,
Khayalan Tok je.

spyz berkata...

jonni tu ada 3 adik beradik kan???

john
jonni
jonathan

tararam pam pam pam pam
:-)

waterlily berkata...

Oh Spyz minat Big B ek? Ala tok, kenapa tidak menghadirkan diri. Di samping sibuk-sibuk mencari Si Qusnan saya tak pernah melupakan tok tau...hehe

Danielle_Corleone berkata...

haha. Tok artikel dah siap :P tunggu editor baca.

azie berkata...

tak pergi maskara rupanya...

Princess Liyana berkata...

Next time punya Maskara jangan miss ok?Kancil Clan pun nak pergi.Princess tak pernah pergi lg. Teringin juga.

pengkau berkata...

mana jonni tak kaget.
tok buat muka gay.

Tok Rimau berkata...

Liyana,
Baik. Saya yang menurut perintah.

Azie,
Utk melepaskan rindu, tok pakai maskara. ha h aha. Boleh gitu?

Danieele,
Wa demand muka depan! Cipta sejarah!

Lily,
Belum ada jodoh. Nak buat camna?

Spyz,
/aku tengah joget ni. Jangan berhenti berlagu.

FYI, semalam Joni gigit anak dia, Puppy, sampai mati. It's a dog eat dog world to control who becomes the top dog.

A t i Q a h berkata...

Ha ha ha. Malam tu pun, aku ditemani gonggongan anjing jiran rumah Mak Long.

Abdullah berkata...

Tok, lu kena fitnah khalwat ni ape citer? wa x dgr apa2 pun...

Danielle_Corleone berkata...

haha! muka tgh boleh tok? :P

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin