Rabu, Mei 07, 2008

EMAK ENGKAU!

Aku tahu kenapa engkau tidak sambut Hari Kekasih. Engkau jelaskan bahawa ia berasal dari keraian Kristian terhadap St. Valentine. Kau tidak mahu ikut orang kafir.

Untuk infotainmen engkau, Hari Ibu juga berasal dari festival orang kafir. Greek Kuno meraikan Cybele, ibu kepada dewa-dewa dan Roman Kuno pula meraikan dewa Juno, mak kepada Juventas, Mars dan Vulcan (Bukan kelab bola sepak, jenama cokelat atau sejenis motorsikal).

Nah! Kenapa engkau sambut Hari Ibu?


PUISI SEBARIS
Maaf, aku bukan pemaaf.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Webby Award 2008 Results.

19 ulasan:

xrajunax berkata...

aku tak pernah sambut hari ibu dan hari entah hapa2 lagi.

klau setakat nk mengenang ibu, tak payah tunggu hari ibu. ni ha. kalau awal bulan kocek tengah cun apa salah balik jenguk-jenguk org tua. bawakla apa-apa yg patut.

org yg menyambut hari ibu adalah org yg mengada-ngada dan ada udang di sebalik batu (seperti mahu mengendeng duit belanja bertunang dari org tua).haha

A t i Q a h berkata...

Kalau depan Mak, saya segan nak ucap. Kalau jauh, baru saya akan ucap, melalui telefon.

Nazri berkata...

Kalau aku nak ucap "selamat hari ibu kepada bakal ibu kepada anakku" boleh?

Tapi siapa bakal ibu kepada anak aku? (baca: Elyana)

Ngahahaha!

famia berkata...

alah, hari-hari pun hari ibu je.
kan tok.

selamat hari atuk! :p

Abdullah berkata...

If I correctly read your criticism of modern Muslim society (or more relevantly modern Malay Muslim society), I couldn't agree with u more... we celebrate lover's to celebrate the one we love.. we celebrate mother's day to celebrate the mother we love... apa salahnya kita buat open displays of our affection this way.. it's just that many so called 'fundamentalists'have subverted the meaning, and made connections to some incidental events in history...

As the hadith from our beloved prophet goes: "Innama al-a3maal binniyaat", which loosely translated means "Every action depends on our intent"...

This would mean that if your intent was to celebrate the saint (from Valentine's Day), then it is so... But if your intent was to show how much you love your wife, then it is so...

Wallahu 3alam...

Princess Liyana berkata...

Bagi Princess,
setiap hari adalah hari Ibu.
Tak perlu tunggu date tertentu nak sambut.
Love your mum:)
Respect her:)
Obey her:)
Hug her:)
MAMA I LOVE YOU...

azie berkata...

sejak bila i jadi sumber inspirasi?haha

Amiene Rev berkata...

Aha,

Barangkali dia tidak ada kekasih, oleh itu bisa bagaimana mahu dia menyambut hari kekasih tanpa seorang kekasih?

Oh, sedihnya.

Tetapi, semua orang ada ibu? Jadi bagaimana seseorang itu gak mahu menyambut Hari Ibu?

Lebih-lebih lagi kebanyakan manusia memiliki ibu jari tangan dan ibu jari kaki, juga, ibu negeri dan apa-apa ibu lagi.

Malah, jika dia sudah berkahwin, ada kebarangkalian juga dia akan mendapat ibu mertua.

Oleh itu, Hari Ibu wajar disambut!

Yea!

spyz berkata...

ni cerita asal usul hari eh?

HARI MAU??

rasso berkata...

oooo...

puisi sebaris tu sungguh mengancam...

salam dari Jakarta.

Tok Rimau berkata...

arjuna,
aku pun tak tau nak belikan mak apa. Mak macam tak perlu apa2.

atiqah,
tulis surat la kalau malu. Tinggalkan kat bawah bantal mak.

naz,
mula2 kau kena pikat bakal mak mentua kau dulu.

famia,
Hari Atok tahun ini jatuh pada 28/8/2008. Sila gantung bendera dgn gambar tok rimau di beranda.

Abdullah,
I couldn't agree more.

Liyana,
Jgn malas. rajin2 masak cuti ini. Biarkan mak rehat.

Azie,
kau ilham ku.

Amin,
mak aku gi KL. Rumah adik-adik aku. tak cool sambut kat JB katanya.

Spyz,
Aku suka gedung Hari-Hari. Hari hari mau.

Rasso,
Dia takkan maafkan aku kerana aku tak maafkan dia.

amirahsyuhada berkata...

alamak, aku masih lupa pos kad hari ibu tahun lepas..haha

tasikmerah berkata...

bila dah jadi ibu baru tau susah senangnya seorang ibu...

jadi tok senang tak tok??..

pengkau berkata...

jom sambut hari jumaat.
sayyidul ayyam.

serius xde kena mengena ngn greek kuno.

amyz! berkata...

Tok, kalau marah-marah ni nampak tak berapa hensem. Cuba Tok senyum.. manis je. ;-)

azie berkata...

tok,
stop flattering me,hakhakhak..

KiMiE berkata...

hari ibu nak sambut setahun sekali je?baik tak payah..elok talipon mak (yg dok jauh cam aku) tiap2 ari tanya kabar..ada duit lebih,pos hadiah..

kulalalalala. berkata...

gagagaggagagagaggagaXD
no comment bout diz.

Ed Ms berkata...

kalau setakat nak tunggu hari ibu baru bak ucapkan syg, baik tak payah.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin