Selasa, Mei 27, 2008

TAG: MESIN MASA

Sebenarnya aku bahagia berada pada usia ini. Aku hargai ketenteraman dan kebijaksanaan yang aku ada. Tersepuh dari pahit getir dan masam manis pengalaman yang ditepuh. Biar pun dimamah usia, masih ramai yang sayangkan aku. Malah ada yang gilakan aku. Ha! Ha! Ha!

Pun begitu, Cik Daun meletakkan syarat tidak mahu berkawan dengan aku kalau aku tidak layan tag The Age That I Wish To Go Back To. Rapuh betul setia kawan Cik Daun ni. Siap ada pra-syarat.

Layan! Buat penalaan mesin masa ke usia 12 tahun. Aku telah dilanggar sipi oleh sebuah keenderaan tentera berat 2 tan. Salah aku. Sebenarnya, secara teknikal, aku yang langgar sisi kederaan itu. Aku yang merempuh sisi keenderaan yang sedang bergerak itu.

Aku jeling Kherol dihujung mata. Dia leka di garisan. Aku pun berlari dan sep dia. Kena! Aku khayal main belon acah (Galah Panjang) sehingga aku berlari terlajak ke jalanraya tanpa melihat kiri dan kanan. Aku nak kata macam ayam tetapi setahu aku mata ayam memang sebelah kiri dan kanan kepala. Semua species burung begitu, kecuali burung hantu yang mata ke depan macam manusia.

Prakkk! Tayar kenderaan tentera langgar kaki aku. Bunyi sahaja lebih tapi tidak sakit. Sungguh. Aku tidak nangis pun. Aku jatuh. Aku cuba bangun tetapi aku rasa bumi tenggelam. Aku jatuh lagi. Aku raba jalanraya. Okay je. Tak ada rosak. Kherol dokong aku naik basikal dan boncengkan aku pulang.

Apa pun, kaki kiri aku patah. Dua bulan bersimen. Jika aku boleh kembali ke masa itu, aku akan mengelak kenderaan tentera itu. Dan team aku boleh sorak menang. Kalau kaki aku tidak patah, mungkin aku dah jadi wakil Malaysia dalam Olimpik musim panas. dalam sukan belon acah.


Lain-lain cerita:
Emila wish to go back to the age of 7 to live that precious moments again .
Rizal wish to go back to the age of 7 - 7 super wonders of my world .
Mangosteenskin wish to back to age 7 to chase back Macik Piut's geese and dogs. haha!
cikdaun wish to back to Age 12 - to stronger and Age 22 - to correct my path
Tok Rimau wish to go back to Age 12 - to avoid an accident

...........
Aku tag lima blogga ini:
:: Lan Rasso ::
:: Liyana ::
:: Radio::
:: Azie ::
::Nina Pop::

Instructions :Title: The Age That I Wish To Go Back To
Requirement: Write about the one age that you wish to go back to and why?
Tag Mode: 5 bloggers
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bantu Amir senaraikan 50 Buku Malaysia Yang Kamu Mesti Baca

16 ulasan:

::sYieQo:: berkata...

tok, xtau pulak dlm sukan olimpik ada game belon acah...belon acah tu panggilan dari negeri mana?

dugongsenyum berkata...

olimpik musim sejuk lagi best, boleh main luncur ais haha

madulebah berkata...

ha ha ha.. saya tak jawab pun lagi tag cik daun itu walaupun dia ugut tak mau kawan dengan saya..

ye la.. kalau dia sungguh-sungguh tak mau kawan, nanti bersanding sapa nak kapit dia..

tasikmerah berkata...

tok,
aku pun sama mcm nida, blom jawab tag cik daun...

kalau dia tak nak kawan aku... sape nk main kompang dia kawin nanti... :)

nUr@dDeEn berkata...

Haha..
Macam inkredibel hulk la plak
Mujur tak terbalik kenderaan tentera!

Tok Rimau berkata...

Deen,
tapi tok gi sekolah tak pakai tongkak. dgn kaki bersimen jalan berdengkut.

tasik,
kalau daun tak kawan tok, sapa nak silat depan pengantin nanti?!

madu,
kalau dia tak kawan kita, kita tak kawan dia balik.

dug,
skill olimpik musim sejuk yg tok ada cuma skill minum abc. tok dah berlatih banyak kali dah.

syiq,
belon acah adalah dari Johor. kalau kau tau lagi senang tok kelentong. 1923-1998 - Juara Belon Acah dunia adalah Nigeria.

BuRuuj berkata...

tok, hebat jugak ek tok nie. langgar trak askar cume patah kaki jer..musykil..musykil...

amyz! berkata...

Uihh. Ingatkan Tok kebal.. :-)

famia berkata...

huish.ngeri.

(tak terbayang gaya kaki dah patah)

artisticklytouch berkata...

wah, terlebey suda!

rasso berkata...

gwe akan jawab setelah selesai pindah rumah... uhuhuhu~

::n a s h i q a h:: berkata...

orang yang pernah patah kaki, jalan dia macam tempang sebelah kan? huhuhu

Tok Rimau berkata...

Iqah,
Itu jalan koboi namanya.

Rass,
Asyik pindah rumah je. Pakai blogger dah le.

Art,
Ye ye O je.

Famia,
Masa kena tak sakit pun. Sungguh. Dah kat rumah baru sakit.

Amyz,
Hari tu tok tak pakai susuk. Kebal hilang.

Buruj,
Trak pun satu, kenapa tak elak.

ah tok berkata...

masa lampau itu sejarah kan kan kan?

Princess Liyana berkata...

huhu. Nanti i jawab tag tu:)

cik daun berkata...

ok.. sekarang kite boleh kawan balik dengan awak..

eh.. pakat nak boikot aku ek? ahahaha.. buat la 'Kelab tak kawan dengan cikdaun lagi'...

:P

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin