Sabtu, November 15, 2008

ANAI-ANAI


Klik gambar untuk besarkan.

Untuk menanam racun anti-anai, lubang 1 kaki dalam mesti digerudi berhampiran dengan dinding. Lubang-lubang itu 2 kaki jaraknya antara satu sama lain. Kemudian, racun yang telah dibancuh akan disuntik ke dalam lubang itu. Untuk rumah sesaiz rumah aku, mungkin ambil masa 3-4 jam kerja ni.

Malangnya pekerja Pest Control membanting tulang hampir sehari suntuk  Mereka tergerudi saluran paip air. Tiba-tiba, ada air pancut depan rumah aku.

Jadi satu kerja pula mereka cuba mengganti paip yang bocor bawah tanah tu. Kerja plumbing yang dibuat oleh Pest Controller ni yang lama.

7 ulasan:

dugongsenyum berkata...

Aduhai tok... rumah baru dah kena anai-anai? Developer punya sijil dah expired ka?

Akunya pintu dapur dah ranap dah, sebelum raya itu hari aku ganti.

Kaktiny berkata...

sudah jatuh ditimpa tangga tul.. tak pepasal paip plak bocor.. mmg diorang ni RAJIN nak buat overtime carik part time kot tok.. pasai tu diorang pi bocorkan paip plak.. kahkahkah...

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Dah xpired dah warranty. Biasanya Developer bayar rm70-100 per rumah kepada pest controller. Depat sembur ala kadar je.

Tukar pintu besi la. patah gigi anai2.

Kaktiny,
kalau depa tak dapat repair air pancut tu, tok suruh korek lubang buat swimming pool terus.

saudagar gaRAM.. berkata...

itu namanya MULTI FUNCTION..

kat kampung gua ada sorang pakcik..
kedai dia..

kedai gunting rambut..
cum kedai jual topup..
cum kedai jual rokok..
cum gelanggang dam haji..
cum parlimen sepenuh masa..
cum kedai jual mercun masa raya..

kalo malam plak anak dia meniaga jual burger depan kedai dia..

Unknown berkata...

ada pakai diesel kotor dan ada tanam ikan jerung saiz kecik bawah umah...kekeke

Yana Ismail berkata...

hihihi..jangan afimon sibuk nak mandi air pancut kt dpn umah tu sudah;p

Tanpa Nama berkata...

haha.. tu la syok sangat tembuk lubang, sekali tersalah lubang. mesti anai² tuh tgh tergelakan pest controller tu.haha..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...