Jumaat, November 21, 2008

JAMPI KASIHAN RINDU TANPA LADA HITAM

"Dulu, masa muda dulu, kalau Pak Long nak jumpa seseorang, Pak Long baca jampi Kasihan Rindu dan tepuk bantal tiga kali," cerita Pak Long.

"Mengarutlah Pak Long ni," kata aku penuh ragu.

"Menjadi. Sungguh mustajab. Kadang-kadang Pak Long terserempak dengan dia di pasar, kadang-kadang selisih jalan, dan kadang-kadang di majlis kenduri."

"Pak Long masih amalkan ke lagi ilmu tu?"

"Dah lama tak amal. Ada amalan yang lebih mustajab sekarang."

"Kongsi la Pak Long. Jangan simpan sorang."

"Ya lah. Pak Long bagitahu engkau."

"Apa dia Pak Long?"

"Sekarang kalau Pak Long nak jumpa seseorang, Pak Long call je dia buat apoinmen. Ha! Ha! Ha!"

"Hampeh."


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sembang Kosong dengan Tok Rimau

11 ulasan:

Yana Ismail berkata...

Tok, ajar sikit jampi tu...i nak jampi ni..mana tau i terjumpa org tu;)

rasso berkata...

aik! princess, tak yah berguru... ai dah pasang pendinding.... yu jangan.....

addyaholix berkata...

pak long tok memang kelako. sure pompuan suka hahaha!

azie berkata...

kih kih kih.


selallulah u guna jampi tu ye..patutlahhhhhhh...

rasso berkata...

tok,
saya selalu je maen tepuk-tepuk bantall.... tapi takde jampi lah... so guene?

Amyz! berkata...

peh ape kelas pakai jampi2 ni. cinta datang secara ikhlas oke..!!

BuRuuj berkata...

Dolu-dolu ade gak buat macam tue. tp ntahlah jd ke tak. skrg dah lama tak buat.

yg peliknyer skrg nie, sy pulak yg mcm dah dijampi. sampai termimpi-mimpi. camne pulak tue??

Nida Shaari berkata...

saya selalu doa lepas solat dan sebelum keluar rumah.

Tanpa Nama berkata...

tok rimau bukan ilmu penuh di dada ke??

Tanpa Nama berkata...

hahaha...kalau kedit habis tok?

bukan orang pinkish berkata...

dah buat appointment pun belum tentu dapat jumpe..

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...