Isnin, November 10, 2008

MAGNUM OPUS

Aku tidak ada masa untuk layan TV atau wayang. Untuk catching up, aku tunggu DVD keluar dan layan marathon tonton masa cuti. Aku dapati ada perkembangan positif dalam program TV di Malaysia.

Upin dan Ipin- Animasi yang bermutu tinggi bukan sahaja dari sudut teknikal tetapi juga dari sudut komedi, perkembangan watak dan mesej yang hendak disampaikan.

Kami - Drama bersiri remaja bersifat cross-over. Pendekatan yang berbeza dan tidak berceramah tetapi berkesan. Semua watak-watak utama besifat anti-hero dengan flaw masing-masing. Aku suka Dunia Baru, tetapi aku lebih suka Kami. Lebih real berpijak di bumi nyata.

Projek aku mendatang. Coming soon, short Peluru Cinta arahan Dean Sham akan siap. Aku ada minor role. Ceritanya masih lagi acuan Flip Flop Cakarama, filem-filem tanpa orang baik yang jelas tanpa bersikap didaktik. Kalau engkau tidak faham konsep yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan maka engkau akan dapati cerita ini tidak punya nilai moral.

Cerita dalam proses development pula adalah:
Kerajaan Laut: Sebuah kajian herd mentality. Seorang ketua cult yang kharismatik dan eccentric mengubah polisi kumpualan mereka dari apolitical spiritual kepada militant confrontational.

Kawan Khayalan: Sebuah thriller psychology/slasher. Satu entiti semangat berbentuk kanak-kanak yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seorang manusia untuk bertindak.

Aku bukan penulis atau pembikin filem professional, maka tiada tekanan untuk menyiapkan mengikut deadline. Aku siapakan pada pukul siap.

10 ulasan:

azie berkata...

can't wait to watch peluru cinta

rasso berkata...

huh....

khusus ke umum... ermmmm

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Hmmmm... Semua cerita tu xde org baik eh?
That's quite an interesting concept...then again, what is the definition of 'orang baik'?

BuRuuj berkata...

hurm..lama tak singgah kat blog tok. sedikit sibuk.

so, skrg nie dah start tulis skrip ke, dah nak mula shooting? taknak amik sy sebagai pelakon ke? hik...hik...

test berkata...

konsep dan tema yg digunakan tu yang aku tunggu tok...
bila nak skrin ni...
buat je, perlu ke jadi pro nak buat cerita...

tasekM berkata...

siap pada pukul siap tu aku suka

:)

addyaholix berkata...

aku suka ayat-ayat tok.

nota : kenapa tak sign ROMLAH aku? haha

rudy bluehikari berkata...

"Tok, Phd dah siap belum tok? fokus kepada 3; a) pengajaran,
b) penyelidikan, c) perundingan.
UTM nak menuju RU.", NC UTM yang baharu.

Hahahahaahahahha!

Rajuna berkata...

soundtrack apa kot?

Amyz! berkata...

Suka Upin dan Ipin.

Betul. Betul. Betul.

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...