Pulang dari kerja, aku dapati ada lebih kurang 20 cina berkumpul depan rumah aku. Muka masing-masing ketat macam tidak puas hati mula nak berentap. Aku turun kereta dan berkata, "Apa hal?"
Mereka tidak endahkan aku. Jiran sebelah aku, yang aku selalu lupa nama dia, sedang ditenangkan oleh seorang lain. Aku tidak tahu nama dia kerana aku panggil dia dengan nama universal untuk Cina, Tauke. Tauke itu bertekak dengan seorang apek dalam bahasa Cina. Bahasa mandarin ke atau kantonis ke, aku pun tidak tahu beza. Jiran-jiran Cina lain cuma berdiri tengok. Cuma kadang-kadang tangan tauke menunjuk kepada aku. Nampaknya, secara tidak langsung aku terlibat dalam pergaduhan itu.
Tiba-tiba tauke bercakap dengan aku. Dia pun tidak tahu nama aku. Dia panggil aku dengan nama universal seorang Melayu.
"Encik, betul tak dia ada bawa anjing dia datang gate?"
"Ada. Beberapa kali," jawab aku.
Memang apek tu kalau bawa anjing dia jalan-jalan makan angin, mesti nak berhenti depan pagar jiran sebelah aku. Anjing jantan kalau bertemu anjing jantan lain yang tidak dikenali, mereka akan buat perangai. Macam anjing dengan anjing. Menyalak-nyalak. Aku nak tidur pun tidak senang.
"Ya CCTV pun ada rakam. Dia mahu anjing dia gaduh-gaduh sama anjing saya," tegas tauke.
Rupanya anjing tauke dah mark apek yang selalu acah dia bila dia dalam pagar. Sabit la, bila lepas dari pagar dan nampak orang tu, terus dia gigit. Apek itu pun pukul anjing itu sampai patah kaki. Itu yang jadi gaduh jiran sama jiran.
"Okay la Soli," kata yang tertuduh. Yang ini aku faham sebab macam bunyi orang putih.
Rupanya tadi dia tidak mengaku salah. Bila aku sudah jadi saksi, dia tidak dapat elak lagi. Terus dia minta maaf. Kemudian, mereka pun bersurai. Tetapi muka masing-masing masih ketat macam urusan tidak selesai. Tingallah aku dengan tauke.
"Wa malu la. Wa duduk lama kat sini tak pernah gaduh, sekarang sudah gaduh. Mahu bawak gengster lagi. Wa tak mau la bawak gengster, kawan wa lagi banyak. Mesti dia kalah punya. Kalau nak gaduh juga, one on one la." Masih tidak puas hati walaupun dia sudah maafkan apek tu.
Kemudian tauke tepuk bahu aku, "Jiran-jiran lain semua tak mahu jadi saksi. Thank you la lu ada cakap tadi. Baru semua percaya sama wa. Dia pun ngaku salah."
Aku tiba-tiba teringat wayang, Young and Dangerous. Part 1 sampai Part 4. Alamak. Apa kes yang aku sudah libatkan diri ini?! Plot makin menebal.
Khamis, Mac 05, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
17 ulasan:
first
Jadi, siapa hero dalam cerita ini?
Tok dah boleh mengarang skrip baru.. "Muda & Bahaya.. Satu Interpretasi"..kekeke
Apa kes yang aku sudah libatkan diri ini?! Plot makin menebal.
jawapannyer...supaya tok boleh menulis lg cerita masyarakat dlm blog tok..;)
Tok mesti muka cam inesen je masa tu.
Filem "Muda & Bahaya" 2009
Tok = Andrew Lau - director
Cast
Tauke = Ho-Nam - good guy
Apek = Ugly Kwan - bad guy
Jiran-jiran lain = triad's member
Coming soon
pergh Tok...
dah jadi saksi berkaliber..=)
lain kali boleh ajak Tok jadi saksi di mana2 ni..=)
MJ,
Tahniah.
Black,
Anjing tu hero.
Neo,
Jiran sepakat membawa berkat ala Felda di bumi permata.
Ruj,
CNY depan dapat limau lagi banyak.
Tiqah,
Tok muka gengster. Dah pegang kunci stereng dah nak libas.
Krul,
Tua dan Bahaya. ha ha ha.
Zara,
Tok nak jadi saksi nikah kamu nanti.
young&dangerous=muda&bahaya..senang2 jadi marabahaya je.lagi sesuai.anjing ko mara pagarku,bahaya!
Wah... hang kena bubuh tatoo penuh tangan la Tok, baru Chan Hon Nam.
ha, tulah
berani tak bertempat,ahaha
p/s: apa kes mat jan cop tempat first tu?
kau idola aku tok. kau hero untuk semua. aku yakin ramai gadis-gadis genit gebu yang akan gila-gilakan kau tok. haha!
last..
alamak, dah last ker? Second last boleh?
abis lah tok rimau...
nak tunggulah yang kedua,
kot lepas nih gaduh pasal siapa
lai sepet,
tok boleh jadi saksi lagi.
ha ha ha
tok,
gua nak chicken..gengster taiwan...hehehe
Catat Ulasan