Rabu, Mac 04, 2009

NOMBOR 5 PERSIARAN SATU

Aku, kalau ke Kuala Lumpur, jarang sangat melawat adik-adik aku. Mereka sibuk dan aku pun sibuk.

Yem kemalangan sekitar 4 pagi. Dia tidak sedar bila dia kemalangan dan bagaimana dia ke hospital. Doktor scan dia dan sahkan dia boleh keluar sekitar 9 pagi. Yem berkaki ayam, jeans dan bersinglet sahaja. Mukanya lebam. Badannya bercalar. Dia tidak boleh angkat tangan kiri. Dia tidak boleh diajak berbual sangat sebab kesan ubat masih kuat. Aku dan Unos ambil dia di Hospital Kuala Lumpur dan bayar kos rawatan. Aku telefon polis untuk tahu sama ada motor Yem ada di balai atau tidak. Tidak ada. Kami susur jalan pulang Yem dari tempat kerja ke rumahnya. Jumpa motor dia di kawasan Sentul. Kemudian, kami hantar Yem ke rumah Alang di Damansara. Alang boleh bagi rawatan selanjutnya. Mak, abah dan Ipah menyusul dari Johor. Selepas kerja, Hadi pun sampai rumah Alang malam itu.

Kami adik beradik berkumpul. Kami kutuk-kutuk Yem. Perlu ada orang hampir mati baru kami berhenti sibuk.

11 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Aduhai...

Semoga Yem cepat sembuh...Bukan hampir mati Tok..tapi tu sifat kekeluargaan barangkali..yang sibuk dengan hal-hal tersendiri..

Tapi Tok, secara umumnya..aku rasa rakyat negara Malaysia ni..memang ada elemen2 itu..bila ada musibah..baru bersatu..

Oh..motornya Tok dah bawa balik?

dugongsenyum berkata...

kes langgar lari ek?

Tok Rimau berkata...

Zara,
Motor tu patah kuncinya. Sorong ke bengkel sebelum dibawa pulang.

Dugong,
Bukan. Kes pitam kerana banyak sangat amik overtime atau kes langgar makhluk halus sebab tempat tu keras.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Siapa nama betul yem tok?

BuRuuj berkata...

tok, rasanyer, mmg dh jd adat, ada musibah baru mengunjung rumah sedare.tp itu kira ok jugak dia ada dtg..ada org tue, dh mati pun taknak blk...huh~entahlah...

mAma PinGu berkata...

aaa...cepat sembuh kat yem.

addyaholix berkata...

nanti nak ajak adik di damansara, shah alam dan nilai jumpa. aku juga selalu bagi alasan sibuk. pernah diorang mengomel dengan mak yang aku langsung tak pernah jenguk diorang. telefon pon payah.

tapi tak pasti "nanti" tu bila tok!

bakrihafizhisham berkata...

huish nasib baik nasib baik

Tok Rimau berkata...

Bak,
Kalau kau nampak Yem mesti kau amik gambar punya. Rambut gondrong. Singlet. Darah-darah. Mata lebam. Kaki ayam. Tangan calar. What a character.

Addy,
"Nanti" tunggu orang eksiden? Jgn gitu dong.

Mama,
Dia dah sembuh kot. Selamba je dia merempit dgn skuter dia.

Ruj,
Kalau Tok balik pun, orang tu bukan hidup balik. Amacam? Derhaka tak?

Black,
Nama betul dia Ibrahimovic.

Yana Ismail berkata...

Tok, yem handsome tak? ;P..

hehe smoga yem cpt smbuh..biasalah tu, smua org ada hal msg3. urusan sndr. bz. nak wat gane.

tentangseseorang berkata...

kita selalu mencari penyebab untuk melakukan sesuatu.

mungkin penyebab itu boleh dicipta seperti...
'mungkin ini kali terakhir aku ke KL'

ehehehe

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...