Jika engkau belajar Bahasa Inggeris, antara benda yang engkau belajar paling awal adalah ucap selamat seperti good luck, good morning, good evening, happy holiday, dan sleep tight.
Mula-mula minuman sampai. Aku punya bandung soda. Dean pesan kathira, John pesan jus lobak dan David pesan lobak campur epal.
John kata, "Cheers!" dan kami hantuk-hantuk gelas sebagai tanda kekamian. Tugas pengambaran dokumentari yang kami bikin sekitar Universiti Selatan dan bandar Johor Bahru sudah separuh selesai. Dan berjalan dengan lancar.
Kemudian makanan datang. Aku punya nasi goreng puteri. Dean pesan nasi goreng selasih, John pesan ayam opor dan David pesan beriani gam.
David kata, "Bon Appetit!" dan kami mula menyuap makanan. Ke mulut sendiri.
Kenapa bila ada di antara kami minta diri untuk ke tandas, tiada ucap selamat seperti "Enjoy your toilet!" Kenapa?
.............
REBIU PENDEK: PEREMPUAN SIMPANAN
Hari ini aku dapat buku
Perempuan Simpanan yang aku bantu sunting. Kalau kau suka humor, baca separuh je buku ni. Kalau kau suka emo, baca separuh lagi. Tetapi, kalau kau suka hemor, baca semuanya. Sekian.