Isnin, Januari 25, 2010

AKU BERKABUNG

Masa itu mungkin aku tingkatan 1. Mungkin juga 2. Yang pastinya bukan tingkatan 3.

Seorang raja telah mangkat dan semua satu negeri berkabung. Yang bukan Melayu memakai kain hitam di bahu. Yang Melayu pula memakai songkok dengan kain jalur putih lebar 2 inci melilit.

Zaman itu hanya pelajar tingkatan 3 ke atas boleh berseluar hijau panjang. Tingkatan 2 ke bawah masih disyaratkan berseluar pendek hijau.

Bayangkan ke sekolah dengan berseluar pendek tetapi bersongkok selama 7 hari. Combo yang adoyai!

Tapi itu sejarah lama. '80-an.

Hari ini seorang raja mangkat lagi. Satu negeri berkabung lagi. Yang baiknya pelajar-pelajar sekarang tidak berseluar pendek lagi. Hatta, pelajar sekolah rendah pun berseluar panjang.

Al Fatehah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Tok pakai songkong ye... eh songkok.. ;)

Tok Rimau berkata...

Typo.

Jimbo berkata...

gua tengok kecik besor kecik besor je Budak EC ni....

Amyz! berkata...

ekeke. comel apeee.. :-p

al-fatihah. :-(

Bukan Sepet berkata...

Allah berkati Johor...
Allah selamatkan sultan....

Al-fatehah.

rasso berkata...

semalam kat airport senai ramai jer orang pakai seluar pendek dan bersongkok.... batch tok dulu la tue...

Unknown berkata...

yang aku kecewa, ada pulak yang mewajibkan pakaian berkabung hingga nak didenda atau saman. apa hal pulak tu?

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Al-Fatihah..

Nizam - itu semua tak boleh pakai. Official word from the palace mengatakan xde tindakan apa2. Siapa2 yg dapat saman mcm tu boleh pegi buat aduan polis. Siapa2 yang kena tampar etc boleh buat aduan polis and saman.

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...