Khamis, Januari 28, 2010

BAJET FILEM

Kawan aku baru dapat tahu tentang hobi aku membikin filem. Sebenarnya bukan filem pun, video sahaja. Tapi definisi filem itu longgar. Senang kata bikin wayang. Lebih selamat definisi ini.

"Aku ada cerita baik. Apa kata kita bikin filem berdasarkan cerita aku."
"Ada duit semua boleh jadi."
"Berapa kos bikin filem?"
"Kalau kau ada RM5, kita bikin filem RM5. Kalau kau ada RM5 juta, kita bikin filem RM5 juta."

Kalau aku dapat RM1 untuk setiap orang yang pitch cerita kepada aku, jutawan dah aku.

3 ulasan:

Bukan Sepet berkata...

apa pasal bila sebut rm 5 aku ingat sudin dalam bujang lapok?

nak pilem aper lima ringgit tok? beli cincin batu aja dah 10 ringgit...

tapi sebab atuk "santa claus" - boleh lah kut.

test berkata...

ada btol jugak...

ada barang, semua blh jalan...
janji ada makan...
itu pun perlu duit...

patungcendana berkata...

tak reti aku nak komen...:-)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...