Khamis, Mac 04, 2010

BELI BUKU SALAH LORONG

Penyelenggara blook pertama di Malaysia (Jiwa Kacau), Basri Nor Mohd. bikin hal lagi. Kali ini dia menyelenggara blook Salah Lorong oleh Dugong Senyum.

Review dari gua:
Dugong adalah seorang lelaki biasa di Kuala Lumpur. Dia sayang isteri dan anak-anaknya. Pagi-pagi dia menempuh trafik untuk berkerja. Dia ada bos dan dia ada rakan sekerja.  Dia juga ada rakan-rakan bukan sekerja untuk sesi ngeteh. Tulisannya adalah wakil suara lelaki-lelaki biasa mencari rezeki di ibukota.

Apa yang tidak biasa adalah refleksi Dugong yang tajam terhadap kehidupan dan persekitaran. Apa yang tidak biasa adalah deria humor Dugong terhadap perkara-perkara yang kita ambil serius. Dan satu lagi, apa yang tidak biasa tentang Dugong adalah rasa cintanya terhadap makanan.

Membaca cerita Dugong tentang makanan akan membuat pembaca lapar.

Salah Lorong adalah buku komedi yang serius.

 Boleh beli DI SINI.
.........................................

Buku yang sempurna sebagai hadiah sesuai untuk harijadi tersayang, Siapa Kekah Bidan Sepiah pula boleh beli DI SINI.

1 ulasan:

dugongsenyum berkata...

Patutlah email aku menderu-deru masuk pesanan tempahan salah lorong, rupa2nya maharaja blog Tok Rimau sudah kasi promosi kat sini!

Terima kasih Tok Rimau. Terima kasih kepada semua2 yang tempah, insyaAllah buku akan dipos sesegera yg mungkin.

Para pembaca, jangan lupa beli Siapa Kekah Bidan Sepiah juga, best woooo

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin