Ahad, Mac 28, 2010

PENONTON DAPAT KEJUTAN BONUS

 Otama Chan bangga dengan lesung pipit

JOHOR BAHRU: Penonton yang hadir ke majlis tayangan filem pendek anjuran The Wonderspace mendapat kejutan bonus apabila penganjur mengeluarkan acara ekstrim berupa tarian ketuk kaki (Tap Dancing) yang dipersembahkan oleh Otama Chan, 11 tahun.

Mengikut agenda asal, penganjur majlis cuma menjanjikan tayangan filem pendek Pemburu Buaya Darat arahan Tok Rimau, Hangus arahan Dean Sham dan Aturan Mondok arahan Masaki Kobayashi untuk Sabtu 2.30 p.m. 27 Mac 2010 di Auditorium JOTIC, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Namun begitu, penganjur dengan murah hati, menambah persembahan khas berupa tarian ketuk kaki. Otama Chan adalah penari ketuk kaki professional diterbangkan dari Jepun. Beliau belajar menari sepanjang hayatnya untuk menguasai seni ketuk kaki. Beliau belajar dari ibunya, yang juga seorang penari professional.

Tidak cukup dengan tarian ketuk kaki, khalayak juga dipukau dengan dua filem pendek arahan Otama Chan bertajuk Bola dan Patung Hidup. Bola ditayangkan lengkap dengan sarikata Bahasa Melayu yang tunggang terbalik macam sarikata DVD cetak rompak Malaysia, sebuah penghargaan kepada industri perfileman tempatan.

Patung Hidup pula adalah filem stop-motion animation berkisar tentang  patung yang bertukar jadi kanak-kanak. Sebenarnya penulis hanya teka tajuk dan jalan cerita kerana tiada sarikata untuk filem ini. Difahamkan Otama Chan pernah memenangi sayembara filem kanak-kanak peringkat kebangsaan Jepun. Beliau belajar dari ayahnya, yang juga seorang pembikin filem.

“JOTIC ni sebelah mahkamah tu?pasal ape aku pegi tadi ada budak2 main biola jeee..dari jauh aku datang...bingit betul!!,” katanya seorang pengunjung bernama Julie yang gagal cari tempat kejadian yang tidak ditemui, di sini, semalam. 

Lebih memeranjatkan penonton adalah bila sebuah filem lama pra-911 bertajuk Sebening Subuh Di Johor Bahru arahan Masaki Kobayashi turut ditayangkan. Filem ini diterajui oleh mondok otai nombor satu kawasan selatan, Encik Jimbo Ulutiram. Penonton terkejut melihat Jimbo Ulutiram mendalami watak penuh bergaya sehingga sanggup berkorban menurunkan berat badan ke 70 kg.

Sebening Subuh Di Johor Bahru mengisahkan budak-budak scene punk Johor Bahru tidak pedulikan rayuan Jimbo yang sering pow duit kawan-kawan. Scene punk mengalami dekonstruksi di tangan pembikin filem ini yang turut memuatkan lagu latar tekno sepanjang perjalanan heronya. Difahamkan tiada pelakon lagak ngeri digunakan apabila Jimbo dibelasah oleh samseng kongsi gelap. Memang dia kena belasah betul-betul.

Jimbo dipetik sebagai berkata, "Lu tak percaya itu gua? Memang gua kurus dulu. Ek eley, lu memang tak percaya semua benda. Lu gak tak caya cinta. C.I.N.T.A."

Kedati pun (betul ke cara guna perkataan ini?), penganjur masih belum serik. Beberapa siri tayangan filem-filem DIY indie gerila apakejadah telah dirancang untuk masa depan. Kita tunggu apakah kejutan yang selanjutnya.

....
Jangan lupa baca laporan wartawan Harian Misteri.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'kendatipun' rasanya. haha

deeja berkata...

salam kenal,menarik blog nii

syed syahrul zarizi b syed abdullah berkata...

awek ni esok2 mesti meletop. baik book awal2 kalau nak ambik belakon

BuRuuj berkata...

bestnyer tok. selalu ade urusan time tok punyer program.

tok, kdg2 kerugian memberikan kepuasan!

amacam kaki?

kepollica berkata...

Toq. Aku sefamili merasa amat berpuas hati dengan usaha gigih Toq n kengkawan ais pesial ly pada sdr syed yang bersusah payah meng'organise'kan karya seni sinematografi kontot ini untuk tatapan umum. Satu usaha yang aku kira tahap angkasa walaupun khalayak yang hadir bertahap pasak bumi. Teruskan usaha korang tok dan juga kredit untuk bro masaki san dan anak wedoknya yang comei macam patung (anak wedok aku yang cakap muka dia macam patung), Otama Chan di atas kegigihannya datang ke Malaysia semata-mata untuk berkongsi karya indah yang rugi sesapa yang tak datang tengok. Juga kredit untuk Jimbo di atas keberhasilan anda memungut hasi yang tidak seberapa kutipannya itu... Apa boleh buat... orang malaya kurang menghargai seni... Madang nak free jer... Bravo! Buat lagi. Aku musti support.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...