Khamis, April 29, 2010
ADA APA DENGAN NAMA
Nasib Wan Iqbal berubah semenjak Wan Amir meninggal dunia. Siapa sangka, Wan Amir telah menamakan dia sebagai pewaris tunggal hartanya yang bernilai hampir 100 juta ringgit. Sekelip mata, Wan Iqbal menjadi jutawan.
Kini Wan Iqbal memiliki dua buah rumah agam. Satu diberi nama Villa Mega dan satu lagi Teratak Bidadari. Di Teratak Bidadari dia membela dua ekor kuda lumba Arab, seekor diberi nama Killjoy dan seekor lagi Pure Pistol. Petang-petang, setelah penat berenang di kolam renang saiz olimpik, Wan Iqbal akan menunggang Killjoy keliling estet tebunya.
Kebelakangan ini, selalu orang kampung yang ke bandar nampak Bento di hadapan restoran De Jiringa. Wan Iqbal tidak makan di warung lagi. Langsung tidak kena jika Bento, nama manja kereta Bentley Mulsanne yang juga diwarisi dari Wan Iqbal dari Wan Amir, parkir depan warung roti canai Nik Seman. Tetapi buat masa ini yang memandu Bento adalah Pak Jali. Wan Iqbal belum ada lesen.
Turut diwarisi adalah Hubris dan Semjaza tetapi Wan Iqbal tidak suka dengan nama mereka lalu di tukar kepada Toto dan Joni. Baru bunyi moden sikit. Kedua-dua toyol itu di ajar makan burger dan kentang goreng. Mereka nampak kurang gembira dengan diet baru itu tetapi Wan Iqbal yakin iklan-iklan di TV akan memujuk mereka tentang betapa sedapnya makanan itu.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The "Supernatural" Book of Monsters, Spirits, Demons, and Ghouls
If the Devil Had a Wife: A True Texas Tale
Selasa, April 27, 2010
SEJARAH MASA HADAPAN
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Mesin masa memang makan tenaga elektrik yang banyak. Sebaik sahaja kamu sampai ke satu tempat, bersegeralah caj semula mesin masa kamu untuk perjalanan seterusnya.
Jika kamu ke masa lampau, mungkin ada sedikit masalah kerana bekalan elektrik terhad atau tiada langsung. Maka, bawalah punca bekalan tenaga secukupnya. Bateri misalnya.
Saya lebih suka ke masa hadapan kerana bekalan elektrik mudah didapati. Tiada persediaan awal yang membebankan. Tetapi, jangan buat silap penalaan seperti saya.
Saya berada di masa hadapan yang gelap. Bukan sahaja di sini tiada punca elektrik, langsung tidak ada apa-apa wujud pun di sini. Sesiapa yang jumpa mayat saya, sila bawa pulang ke 20.10.2010 untuk disemadikan di kubur Mahmoodiah, Johor Bahru. Lagi pun itu tarikh yang baik untuk mati.
Pengembara Masa,
(tandatangan)
Tarikh: 31 April 2020
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Best Time Travel Stories of the 20th Century: Stories by Arthur C. Clarke, Jack Finney, Joe Haldeman, Ursula K. Le Guin,
Traveler: A Science Fiction Novel of Time Travel

AWANG
Tuan-tuan yang dihormati sekalian.
Patik Awang. Nama patik pendek sahaja. Patik tidak dibenarkan menggunakan nama ibu bapa patik. Itu perintah Sultan.
Berdirinya patik di hadapan kalian semua, bukanlah sebagai pendekar, panglima atau menteri perang. Wakil Sultan pun bukan. Sebenarnya, patik adalah seorang banduan yang sudah 8 tahun dipenjara.
Patik dipenjara kerana membunuh ibu bapa patik. Patik dipenjara kerana membunuh adik beradik patik. Patik juga membunuh jiran-jiran patik. Patik juga membunuh orang yang patik tidak kenali ketika mereka sedang membeli belah di pasar. Patik tidak mengira, tetapi mengikut kata hakim patik telah membunuh 153 orang dalam satu hari. Dan mencederakan 30 yang lain.
Hakim mendapati patik seorang yang baran, kepala angin dan cenderung untuk mengamuk. Ini semua diluar kawalan patik, maka sebaiknya patik dipenjara bagi mengelakkan ramai orang mati.
Sepatutnya hukuman patik adalah sepanjang hayat. Tetapi hari ini, hari di mana raja kalian mengisytiharkan perang ke atas negeri patik, Sultan telah mengarahkan agar patik dibebaskan. Patik diberi persalinan lengkap dan dititahkan untuk berdiri di depan pintu kota ini dan menunggu kalian datang.
Selamat datang patik ucapkan kepada kalian. Boleh kita mula sekarang?
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Of Bersekers, Swords and Vampires: A Saberhagen Retrospective (Berserkers)

Isnin, April 26, 2010
RAHSIA KAPTEN MALAM
Pagi ini Syafizan membuat kerja di makmal sambil bersiul-siul gembira. Sedang Syafizan mengelap balang berisi spesimen obor-obor berbisa, dia terdengar pintu makmal toksik dihempas. Syafizan menoleh ke arah pintu. Pakciknya, Dr. Azalan, melangkah masuk sambil menjinjing beg kotak aluminium. Dr. Azalan lewat 45 minit pagi ini.
Dr. Azalan berhenti di depan pintu. Dia menoleh ke arah Syafizan.
"Syafizan, mari sini."
"Baik Doktor."
Kalau ditempat kerja, memang Syafizan panggil Dr. Azalan sebagai doktor. Tidak professionallah kalau dia memanggil bosnya Pak Long.
Syafizan duduk mengadap Dr. Azalan di meja. Dr. Azalan macam tidak bermaya. Mata putihnya kelihatan merah dan kulit sekeliling mata itu jelas lebam. Bibirnya pula kering dan pecah. Sah, malam tadi bukan malam biasa bagi Dr. Azalan. Suaranya lemah. Lemah sangat.
"Saya anggap awak macam anak saya sendiri. Awaklah orang yang paling saya percayai."
"Saya pun anggap Doktor macam ayah saya sendiri. Banyak saya terhutang budi dengan Doktor."
"Saya ada rahsia mahu beritahu kepada awak."
"Ya, Doktor?"
"Saya adalah sang adiwira, Kapten Malam."
"Biar betul ni. Jangan gurau camtu dengan saya Doktor."
Muka Dr. Azalan terus serius. Tiada tanda-tanda dia sedang bergurau. Dari lubang hidungnya darah mula mengalir. Percakapan mula bertambah perlahan.
"Syafizan. Saya ada rahsia lagi mahu beritahu awak. Saya akan mati bila-bila masa sahaja. Saya telah disuntik dengan racun TOX-24."
"Apa yang doktor kata ni?"
"Malam tadi saya bertempur dengan Ninja Kobra, saintis gila bertopeng yang membuat eksperimen secara rawak ke atas orang-orang awam yang ditemuinya."
"Astaga! Doktor tiada penawar untuk TOX-24?"
"Saya cuma ada rumusannya tetapi penawarnya belum siap lagi. Saya akan mati Syafizan."
"Tapi..."
"Awak tidak perlu cakap apa lagi. Dengar sahaja. Dalam beg ini ada kostum Kapten Malam. Saya wariskan kepada awak. Awaklah harapan kepada kesinambungan perjuangan Kapten Ma..."
Dr. Azalan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia mati dalam keadaan duduk dengan kepalanya terbaring atas beg aluminium berisi kostum Kapten Malam. Darah keluar dari hidungnya, mulutnya, matanya dan liang-liang kecil lain di tubuhnya. Itulah penangan bisa TOX-24. Syafizan duduk terpegun. Perlahan-lahan airmatanya berlinangan. Mentor yang dia sayang telah pergi.
Sebagai Ninja Kobra, Syafizan pernah beberapa kali bertempur dengan Kapten Malam. Selalunya dia kalah dan melarikan diri kerana Kapten Malam adalah pakar dalam ilmu pertahanan diri. Malam tadi, Kapten Malam terpijak tompokan minyak lantas tergelincir. Kesempatan itu digunakan untuk mencucuk Kapten Malam dengan TOX-24. Syafizan langsung tidak menyangka bahawa musuh ketatnya adalah Dr. Azalan, Pak Longnya sendiri. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
......
P.S.
Tiada kena mengena dengan Kick-Ass (2010). Aku lebih terinspirasi dengan Unbreakable (2000) dan Watchmen (2009).
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Psychology of Superheroes: An Unauthorized Exploration (Psychology of Popular Culture series)
Superheroes and Philosophy: Truth, Justice, and the Socratic Way (Popular Culture and Philosophy)
Jumaat, April 23, 2010
JESSICA MENGGODA
Harris kenal Elmaniq sebagai seorang mamak yang rajin berniaga. Entah macam mana, suatu hari, Yahoo Messenger Elmaniq kena godam. Kini Elmaniq mengaku dirinya sebagai Jessica seorang penggoda.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Last Song
Eclipse (The Twilight Saga)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Last Song
Eclipse (The Twilight Saga)
Khamis, April 22, 2010
PRESTASI FILEM MALAYSIA 2009
Dari 28 filem, gua cuma tonton 10. Paling gua suka dari 10 ni, Geng dan paling gua tak suka, Sifu dan Tongga. Kira-kira ini berdasarkan statistik dari laman Finas: TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2009
*Tidak melalui Syarat Wajib Tayang P.S. Kalau ada yang nak audit, silakan. Gua add math gagal masa SPM. Lawatan sambil belajar: Avatar (Two-Disc Blu-ray/DVD Combo) [Blu-ray] The Blind Side |
Rabu, April 21, 2010
ON VACATION
I AM ON VACATION
Lawatan sambil belajar
The Girl with the Dragon Tattoo (Vintage)
The Girl Who Kicked the Hornet's Nest
Lawatan sambil belajar
The Girl with the Dragon Tattoo (Vintage)
The Girl Who Kicked the Hornet's Nest
Ahad, April 18, 2010
ETIKA KEWARTAWANAN
Merujuk kepada artikel Metro tentang satu blogger:
Pesanan penaja:
The Big Short: Inside the Doomsday Machine
"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.Blogger tersebut sudah membuat kenyataan umum di blog beliau bahawa suratkhabar telah misquote dia. Beliau dengan jelas mengaku bahawa beliau bukan pelopor dan beliau agak tertekan dengan teguran yang dibuat oleh blogger lain tentang isu ini. Sekarang bola dalam court wartawan yang menulis artikel. Wartawan itu, jika dia berpegang kepada etika kewartawanan, patut mengakui ralat dan memohon maaf.
"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.
Pesanan penaja:
The Big Short: Inside the Doomsday Machine
Jumaat, April 16, 2010
SEMIOTIK AIR KOTAK
Afimon sedang menghirup air kotak. Atas kotak itu ada paten tompok-tompok hitam putih lembu Eropah.
Aku tanya, "Air perasa apa tu?"
Dia jawab, "Perasa lembu."
Nasib baik tidak paten harimau belang atas kotak tu.
Khamis, April 15, 2010
GUA BLOGGER MISKIN JE
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger:
"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.
"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.
Bila gua mula menulis blog pada 2001, dah ramai juga yang menulis blog peribadi pada masa itu. Tidak seorang pun dari mereka mengaku sebagai pelopor.
Rabu, April 14, 2010
CITRA PUISI
Program Penghayatan Citra Puisi
Masa: 3-5 p.m.
Tarikh: 17 April 2010
Tempat: DBP Wilayah Selatan. Larkin Perdana. JB. Johor
Penganjur: DBP Wilayah Selatan dan Persatuan Seni Budaya
Masa: 3-5 p.m.
Tarikh: 17 April 2010
Tempat: DBP Wilayah Selatan. Larkin Perdana. JB. Johor
Penganjur: DBP Wilayah Selatan dan Persatuan Seni Budaya
POHON KASIH TANPA PERMIT
Arahan semboyan dari Sindiket Sol-jah agar semua ahlinya bersiap sedia dengan tulisan untuk buku antologi cerita-cerita ringkas. Kelam kabut aku menulis:
......
Ajan dan Rima terjumpa benih ideologi terdampar di tepi pantai Laut Cina Selatan. Seminggu mereka menyembunyikan benih itu dan selama seminggu juga hidup mereka dihantui rasa takut. Takut dengan pihak berkuasa dengan topi keledar hitam.
Di Kuala Lumpur Baru, tempat mereka tinggal dan mencari nafkah, pohon ideologi adalah pohon terkawal. Sesiapa yang menyimpannya perlu membeli permit dan setiap bulan perlu membayar cukai ideologi yang amat mahal. Dan Ajan dan Rima orang miskin yang tidak mampu.
Pada hari ke lapan, Ajan dan Rima masuk ke dalam hutan dan menanam benih ideologi itu di sana. Maka, tumbuhlah pohon ideologi di dalam liar hutan dibelai angin dan disiram hujan. Dalam suasana tanpa baja, pohon itu tumbuh perlahan tapi tabah. Dahan-dahannya bercambah dan daun-daunnya menghijau.
Sebulan sekali Ajan dan Rima datang melawat pohon ideologi yang mereka tanam. Ajan gemar memakan buahnya. Manis macam buah rambutan madu tetapi keringnya seperti buah berangan goreng pasir. Rima pula gemar memetik bunganya. Kelopaknya merah darah berangkai tiga sebesar tapak tangan. Dan wanginya bagai harum rerumput kesejatan embun antara waktu subuh dan awal pagi.
Dalam masa dua tahun, pohon itu sudah menjadi lebih tinggi dari pokok-pokok lain di dalam hutan. Ini membuat Ajan dan Rima khuatir kerana jika pihak berkuasa dengan topi keledar hitam mendapat tahu, mereka akan dihukum penjara. Maksimum 11 tahun jika didapati bersalah. Lantas, mereka berdua mengambil keputusan untuk menebang pohon ideologi itu.
Malang tidak berbau. Pokok itu tumbang menimpa Ajan dan Rima. Maka, matilah mereka berdua di tempat kejadian sebagai korban pohon ideologi tanpa permit.

Isnin, April 12, 2010
ORANG JAHAT TERBAIK
Aku dan dia berbicara tentang syaitan dan wali. Dan tentang kejahatan dan kebaikan. Aku terinspirasi dengan wacana itu, lantas aku tweet, "lebih baik jadi orang jahat yang baik, dari jadi orang baik yang jahat."
Sekonyong-konyong ada orang retweet ayat itu. Aku menjadi bangga.
"Lihat, ada orang retweet aku."
"Of course, we'll never know how simple minded people can be."
"Jahat!" aku balas.
"Well," katanya, "lebih baik jadi jahat yg baik. Ha! Ha! Ha!"
Terkena aku dengan kata-kata aku sendiri.
Sabtu, April 10, 2010
LIMA BENDA BODOH YANG GUA TAK BUAT
Lima benda bodoh yang gua tak buat.
1. Pakai overall jeans macam petani Amerika Syarikat.
2. Membiarkan seluar kaki panjang hingga ke bawah tumit kasut. Masuk tandas habis kena najis seluar tu.
3. Pakai seluar londeh bagi menayangkan boxer berjenama.
4. Membiarkan sejemput rambut panjang macam ada ekor tikus.
5. Pakai seluar londeh hingga menayangkan cleavage bontot. Gua teringin ambil kemuncup dan selitkan di situ.
Setiap zaman ada busana gilanya. Ini giliran mereka. Tapi gua pernah gila pakai nike pump high cut gi bandar. Besar siak kasut tu. Rasa macam kaki transformer.

Jumaat, April 09, 2010
LIMA BENDA BODOH
5 Benda Bodoh Yang Pernah Gua Buat
1. Menari breakdance dalam dorm. Nasib baik tak patah tangan.
2. Pakai baju hawaii gi bandar.
3. Pakai seluar hawaii buat main bola.
4. Pakai baju snoopy ketat. macam pakai baju adik sendiri.
5. Pakai seluar bootcut. Ketat atas, labuh bawah.
Tapi syukorlah gua tak terpengaruh pakai baju windbreaker dan gantung CD kat leher.

Khamis, April 08, 2010
STOK CERITA UNTUK FILEM PENDEK
Jimbo dah mabuk bikin filem. Dia nak quit jadi ahli muzik katanya.
"Jom bikin filem," ajak Jimbo.
"Bila?"
"Esok."
"Gila."
Aku pun bongkar fail, tengok stok cerita ada yang boleh shoot:-
"Nanti on the way ke lokasi kita fikirkan la nak shoot cerita apa," ujar Jimbo.
Gerila betul Jimbo ni.
"Jom. Kita gi masuk hutan Mersing, buat dokumentari pasal bigfoot," kata aku.
"Tak mahu la. Bukan aku takut tapi dalam hutan nak makan apa? Tak jumpa nasi sehari, aku pengsan."
"Jom bikin filem," ajak Jimbo.
"Bila?"
"Esok."
"Gila."
Aku pun bongkar fail, tengok stok cerita ada yang boleh shoot:-
- Menjinak Nafsu - Prequel kepada seorang gila di Pontian. Tidak boleh shoot sebab belum jumpa bakat yang boleh menjiwai watak seorang guru yang memotong nafsunya demi keselamatan anaknya. Ngeri psiko cerita ni.
- Cincin Suasa - Cinta perlu pengorbanan yang lebih dari itu. Ini sebuah magnum opus. Aku tidak boleh shoot dengan kamera henpon je. Aku perlu crane untuk gerakkan kamera.
- Mata Maut - Tragedi pengkhianatan. Prequel kepada pertualangan Si Bongkok Tanjung Puteri. Ini sebuah filem aksi persilatan purbawara. Aku tak fikir Jimbo yang anti-fitness tu sudah bersedia. Lagi pun aku tidak tulis habis lagi skripnya.
- Kerajaan Laut - Kisah pengikut kepada orang gila. Kena bina kapal untuk filem ni. Mana mahu cari kos?
- Kesumat - Kisah dendam seorang kakak yang dituntut sampai ke akar umbi. Baru siap separuh je draf pertama.
- The Gift - Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sebuah drama kemaafan derita zaman Jepun. Masaki dah balik Tokyo. Mana nak cari pelakon?
- Rahsia - Kisah seorang adiwira dan musuh ketatnya bertembung dalam falsafah metodologi kehidupan. Perghhhh! Sebenarnya tak mula tulis pun lagi.
"Nanti on the way ke lokasi kita fikirkan la nak shoot cerita apa," ujar Jimbo.
Gerila betul Jimbo ni.
"Jom. Kita gi masuk hutan Mersing, buat dokumentari pasal bigfoot," kata aku.
"Tak mahu la. Bukan aku takut tapi dalam hutan nak makan apa? Tak jumpa nasi sehari, aku pengsan."
Khamis, April 01, 2010
TIADA CARA SALAH BIKIN FILEM
Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.
"Gua ada idea gila." Mmm... apa lagi yang baru? Bukan semua idea Jimbo gila ke?
"Apa?"
"Gua dah tolong Masaki buat cerita. Sekarang amacam kalau kita paksa Masaki bikin filem kita?"
Sebenarnya, Jimbo bukan bantu bikin filem Masaki tetapi filem Otama, anak Masaki. Masaki cuma pembantu pengarah merangkap jurukamera untuk anak dia. Cerita mengisahkan makhluk asing mendarat di Malaysia. Filem ini bakal masuk festival filem kanak-kanak peringkat sekolah kebangsaan Jepun.
Sepatutnya gua pun berlakon tetapi produksi tak cukup bajet beli aluminium foil untuk balut badan gua jadi alien. Jimbo seorang je jadi alien. Dia pakai kostum aluminium foil. Dah macam orang pakai cawat besi dan bra besi lagaknya. Dia berdiri belakang kapal angkasa alumium juga. Nampak macam gerai roti canai pun ada.
Gua datang lokasi menyibuk. Buat-buat muka merajuk tidak dapat berlakon. Sebenarnya gua syukor.
Gua datang bawa skrip The Gift yang gua bikin malam tadi secara terkial-kial. Kalau produksi boleh luang satu hari di kawasan Desaru, memang boleh bikin filem ni. The Gift adalah sebuah filem seni kemanusiaan lima bintang tentang memohon kemaafan dosa silam zaman perang dunia kedua dahulu. Bangga gua dapat bikin skrip sebegitu dalam masa 24 jam.
Jimbo bagitahu gua, filem alien tidak siap shooting lagi. Anggaran satu hari siap, tapi dah masuk 3 hari tak siap-siap lagi. Memang susah dan makan masa nak buat sci-fi. Nak bikin 'gerai roti canai' je ambil masa 3 jam. Dalam film final tak sampai 1 minit pun babak 'gerai roti canai' terhempas.
Maka, gua koyak-koyak je skrip The Gift tanda protes.
Esoknya.
Trut! Trut! Trut! Bunyi telefon gua. Nama Jimbo keluar di paparan.
"Produksi alien stop hari ni. Pelakon kanak-kanak yang diperlukan pergi sekolah. Boleh shoot malam je. Jom shoot filem kita pulak."
"Nak pakai kamera siapa?"
"Kamera HD Masaki la."
"Ada disk space cukup ke?"
"Ada."
Gua tanya macam-macam. Bagi macam-macam alasan. Sebenarnya gua macam keberatan. The Gift tu perlu persediaan lokasi, kostum period dan latihan pelakon. Buat ala bidan terjun je memang tidak jadi.
Tetapi, gua datang juga ke rumah Jimbo.
Otama sedang tidur. Masaki pulak sedang sidai baju. Jimbo sedang goreng spagetti. Timmy, tukang kebun Jimbo, sedang layan Facebook. Dasar!
Bateri kamera HD Masaki dah kong. Belum caj. Tetapi boleh guna kamera gua yang LD (lo-definition). Ada 50% hayat bateri sebab gua tak caj. Itu pun nasib baik ada mini DV tape extra baki dari projek video pengantin.
Sekarang ada waktu dari 11pagi sampai 7 petang. Pelakon available Masaki, Otama, Jimbo, Timmy dan gua. Minta pula macam-macam. Nak filem fight. Nak filem samurai. Nak filem hardcore punk. Gua mesti buat cerita baru segera. Recce lokasi segera. Shoot. Memang kelam kabut hidup gua. Lu ingat bidan je terjun, sutradara filem pun boleh terjun juga.
Tetapi Tuhan maha kuasa. Ilham turun dari langit. Turun cerita Pemandu Pelencong. Shoot lokasi bawah jambatan. 2 jam kemudian bateri kong. Singgah makan tengah hari kat warung sambil caj bateri kat soket dinding warung. Kemudian balik lokasi. Sambung shoot lagi.
Pendekkan cerita, 24 jam pra-produksi, produksi, pasca-produksi. Dah boleh tayang dah sekarang. PM Razak pun tak sepantas gua dalam bab bikin filem segera ni. Mutu? Kita tunggu dan tengok orang bakar panggung ke tak.
Seronok tu memang seronok tetapi letih juga bikin projek begini. Kalau kapal angkasa alien boleh keluarkan roti canai masa ni, sedap gak layan.
Langgan:
Catatan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...