Rabu, Jun 16, 2010

BOSAN TENGOK BOLA

 Gambar Hiasan: Dua belia sedang buat kolam renang depan laman rumah mereka.

Gua suka main bola tapi tonton bola adalah benda yang membosankan. Gua ngantuk. Gua punya rungutan sama dengan rungutan mak gua. Satu bola dikejar dua puluh dua pemain. Apa hal? Waktu main dalam 90 minit tetapi gol sebiji dua je. Penat tunggu.

Gua nak belajar rajin-rajin, main politik lebih kurang dan kahwin dengan anak raja. Dengan pengaruh yang gua ada, gua akan jadi presiden FIFA dalam masa 7 tahun. Cukup untuk gua rancang pembaharuan kepada sukan bola sepak yang membosankan.

Gua nak buat peraturan baru, setiap gol kira 3 poin. Tandukan dikira bonus poin +2. Kemudian, kalau ada gol sendiri, minus -4 poin. Pintu gol gua besarkan macam tiang ragbi. Akhir sekali, kalau ada yang sumbat gol dari bulatan tengah (yang entah apa fungsinya sekarang), kiraan gol mereka akan dikamilkan dy/dx ganda 20. Pengadil perlu buku sifir untuk kira jumlah sebenar.

Dengan cara ini, statistik bolasepak akan lebih menarik. Rakyat akan lebih bijak matematik. Gua yakin langkah ini lebih cerdik dari langkah menginggeriskan matematik suatu ketika dahulu. Dan gua haramkan alat tiupan vulvaziela. Bukan sebab bunyi alat tu macam langau tetapi sebab sebutan dia lucah pada gua. Itu sahaja.

Majulah sukan untuk negara.

16 ulasan:

Firol berkata...

itu jam reff bawak kalkulator

Nazri berkata...

tak minat bola itu satu art

Hajar B berkata...

kamir ke kamil tok?hehe

farwalis berkata...

memang rare

BuRuuj berkata...

wah,nanti peluang pekerjaan terbuka luas untuk mereka yang bijak matematik!

kene buat saringan la nampak gayanya.mereka yang terror maths saja layak menjadi pemain.

hmmm.....

Unknown berkata...

slalu bc je. kali ni nk komen. apa releven gambr dgn N3?

Tok Rimau berkata...

N3 dan gambar tak selari. Saja nak pancing orang macam HalogAmora tinggal komen. ahak!

NikZulkhairi berkata...

Lu punya idea memang bernas. Nanti kalau lu nak contest port presiden FIFA, you'll have my vote. Hehe..

ayobkelubi berkata...

vuvzela..celah mana lak vulvaziela?. lu ni tokkkkk..

oh ya, kalau lu presiden FIFA pastikan, tolong pastikan ada FIFA shorties.

mekasih.

elmaaniq berkata...

tang mana lucahnya vuvuzela?

kalau vulvaziela mungkin juga kalau berfantasikan ziela bakarin :)

Alan berkata...

kalau worldcup buat kat malaysia, ramai ramai pakat main kompang kat stadium

sinaganaga berkata...

kalau minum air kat tengah padang - nak tolak berapa pt?

landaklaut berkata...

tengok basketball game lagi bes ler tok.. huhuhu.

Hambali ® berkata...

lawan ref pun kena tolak markah tok .... tolak 2

Fontonk berkata...

vuvzela lucah?
mnmg ah. mcm bunyi g-string yg tersedut kedalam vagina. hahaha

u l t r a b a e berkata...

hajar b:

kita belajar kamir

tok belajar dulu2 kamil, tok kan orang tua..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...