Selasa, Jun 22, 2010

NASI LEMAK

Nasi lemak yang sempurna mesti dibungkus dengan daun pisang dan suratkhabar jawi. Di dalamnya ada timun, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis dan sambal tumis. Tetapi budak-budak memang tidak tahan pedas. Afimon kalau makan nasi lemak, dia makan nasi lemak kosong dengan putih telur sahaja.

Afimon, kalau makan telur rebus macam jin makan telur lahapnya. Dia boleh makan 10 kalau tidak dilarang. Yang payahnya aku la yang kena habiskan kuning telur itu. Kadang-kadang aku catu telur sebab aku tidak tahan makan kuning telur banyak-banyak. Aku kupaskan dua biji je.

"Nak telur lagi."
"Habis."
"Tak pe la. Afi makan nasi dengan ikan je."

Afimon ambil seekor ikan bilis dan letak di pinggir pinggan. Sayu juga tengok seekor ikan bilis di pinggir pinggan. Hati mana tak hiba.

Aku kupaskan dua biji telur lagi dan aku telan kuningnya. Aku akan banyak kentut hari ini. Kentut-kentut aku adalah kentut kasih sayang.

9 ulasan:

adie berkata...

adeh. anak abah punyer pasal,abah kena kolestrol tinggi pun takpe.hehe

. berkata...

aku nak abah yang macam ni jua.

Shuhada Shah berkata...

Itulah kasih sayang seorang ayah. Ayah yang baik saja.

jo berkata...

kentut kasih sayang tu tok. wangi sikit la kot agaknya...

Kemat berkata...

entri terbaik sempena hari bapa

Verdict berkata...

kentut tu sure tak busuk sb kentut kaseh sayang.
untung afimon dapat abah macam ni.
hariu hari pon mau makan nasi lemak sama telur putih.

Amyz! berkata...

Selamat hari bapa.. :-)

Adam Ruslan berkata...

Kuota permakanan telur adalah 2 biji sehari je seorang, terutamanya untuk kanak-kanak.

Tapi mujur kuning telur abah dia yang makan, so ok la.

Firol berkata...

sekor je tok...perghhhh haru

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...