Khamis, November 25, 2010

PENGURUSAN TAMAN YANG MAMPAN

San Anselmo's Creek Park Movie Night

Kebanyakan taman ditutup pukul 7 malam. Ini adalah satu pembaziran sumber.

Apa yang rakyat perlu adalah taman yang dibuka hingga jam 12 tengah malam. Kalau rakyat boleh bayar untuk main futsal, snooker dan gym bagi keselesaan riadah malam, maka rakyat juga tidak kedekut bayar untuk riadah di taman di waktu malam.

Untuk bayaran yang berbaloi, pengurusan taman malam perlu menyediakan kawalan keselamatan yang cukup bagi mencegah jenayah dan maksiat. Taman juga perlu menyediakan alat senaman, litar jogging, taman kanak-kanak, gelanggang takraw, bola keranjang dan amphiteater (sekadar menyebut beberapa pasarana). Bayaran masuk ini boleh digunakan untuk urusan pembinaan dan penyelenggaraan taman.

Kalau taman buka siang sahaja, tidak sempat rakyat pergi memandangkan kita kerja bertungkus lumus pada waktu siang. Lagi pun cuaca Malaysia terlalu panas untuk riadah terhad di waktu siang.

Kredit: Yusri Hashim, tukang komplen bebas.

2 ulasan:

Pokok berkata...

yup.. betul tu toqremaww.. kebanyakan taman rekreasi tidak dipulihara dan dipelihara dgn baik.. dah elok nanti kena upah guard,takut nanti ramai plak yang romen2..
ops.. saya budak baru belajar pegang galah..

Zafira berkata...

Cool. Jitu. Padu.

Pascaskrip: Berdoa agar pelaksanaannya mampu direalisasikan. :)

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...