Isnin, Januari 31, 2011

LARI DARI BANJIR



Melayan rintik gendang hujan di bumbung, sambil minum kopi dan makan ubi kayu rebus. Teringat entri lama dalam blog mengenai banjir. Cerita ini dikutip ketika minum-minum bersama pegawai FELDA semasa ada projek kebajikan di FELDA dulu. Nikmatilah, siaran ulangan FELDA di bumi Permata.
.............



Lari Dari Banjir- Seperti yang diceritakan oleh Pengurus Felda yang hampir pencen

Terlalu banyak cerita untuk jadi pengajaran yang hilang ditelan telinga kerana ianya disampaikan secara lisan dan tiada usaha untuk merekodkannya. Mungkin weblog boleh membantu menyampaikan cerita-cerita ini kepada generasi akan datang.

Sebelum peneroka masuk rumah yang dibina oleh FELDA, pegawai-pegawai FELDA telah mula meneroka hutan dan paya bagi membuka dan membangunkan kawasan tersebut. Mereka berkawan dengan pembalak, orang asli dan mergastua. Pada zaman tanpa kelui dan telefon selular, hidup dihutan amatlah mencabar.

Suatu hari hujan turun dengan lebat sekali. Tiada tanda-tanda ianya akan berhenti dan sungai mula melimpah. 3 orang pekerja FELDA membuat keputusan untuk lari menuju ke gunung memandangkan air banjir mula merebak ke kawasan hutan tempat mereka bertugas. Dalam hujan mereka meredah hutan kerana keadaan amat terdesak. Salah seorang dari mereka menghidap lelah lalu rebah. Kawan yang seorang itu diziarahi malaikat dan dicabut nyawanya.

Dengan semangat setiakawan, 2 sahabat lagi mengendong mayat bersama mereka menuju ke tanah tinggi. Bila mereka dihalang parit, mereka terpaksa melontar mayat ke seberang sebelum mereka sendiri meloncat. Mulanya digendong tetapi bila tenaga telah hilang mayat terpaksa diseret. Mayat itu melambatkan lagi perlarian mereka dari bah yang meligan. Kederat manusia tidak terlawan cuaca yang buruk itu. Basah hujan lebat berjaya melunturkan kekuatan mereka. Setelah sekelian lama, mereka mengambil keputusan untuk mengikat mayat sahabat mereka itu dengan rotan pada pokok dengan harapan selapas banjir surut kelak, mayat itu akan disempurnakan.

Dengan hati yang penuh berat, mereka beredar menuju ke kawasan yang lebih selamat. Mereka ditakdirkan selamat dan membawa pulang cerita yang penuh sedih penuh kecemasan ini.

Namun begitu, mayat sahabat mereka tidak dijumpai selepas banjir. Hanya rotan sahaja yang memeluk pokok tinggal ditempat kejadian.

Sehingga sekarang tiada hari khas seperti hari pahlawan bagi pegawai FELDA yang membuka tanah hutan rizab bumiputera ini. Aku kira banyak lagi cerita-cerita pengorbanan yang dilakukan oleh FELDA yang tidak tertulis. Wallahua'lammissawab, ada soalan yang tidak terjawab.

last modified Jan 29, 2003 at 18:58

8 ulasan:

Tok Rimau berkata...

[ Komen Pembaca ]

cite klaka budak kampung...

hmm.. x dinafikan, memang banyak cerita sedih masa buka tanah rancangan felda ni. aku anak felda gak, Felda Kemahang 2, Tanah Merah, Kelantan. Satu cerita kelakar masa aku kecik-kecik dulu... Masa tu aku baru balik dari masjid ngan abah naik moto, lepas semayang Jumaat. Masa lalu tepi paya, aku nampak macam anak kancil tepi semak. aku ape lagi, terus suruh abah berenti, kebetulan gak member-member kaki lastik burung pun ade tak jauh, terus kitorang kejar anak kancil tu. Anak kancil tu lari masuk semak. Kitorang pun kepung laa.. Habis calar balar satu badan kena lalang ngan duri, last-last nampak la anak kancil tu tengah ketakutan.. sekali tengok, kesian pulak anak kancil tu. Nampak macam baru lahir jekk, tali pusat pun tak putus lagi. dua kali tengok pun kesian gak lagi. Tiga kali tengok, aku naik geli... apsal anak kancil ni bunyik semacam je? Hidung plak kembang semacam jekkk??.... eeee...!!! anak babi utan!!... ntah sape jerit tah. Aku tengok lagi sekali.. ye ke babi utan? nampak macam ye... tu la kali pertama aku tengok babi dr dekat... nasib baik tak pegang!!! Terus kitorang lari balik... kena marah ngan mak pulak tu sebab kain semayang dah koyak ngan baju habih kotor.... ceh!!

63423 | posted by anon:joe ikan on April 29, 2003 at 15:39

Tok Rimau berkata...

Kalau nak diikutkan memang banyak cerita-cerita menarik pasal FELDA ni baik yg telah menjadi sejarah maupun cerita semasa. Ceritanya banyak yg memaparkan kisah suka duka orang melayu tapi tak kurang juga cerita pasal kejayaan orang melayu yg duduk kat FELDA. Aku biasa dengar sebab ramai saudara mara aku kat FELDA di Jengka Pahang. Kat FELDA ni sepatutnya kawasan tempat buat duit, iyer la kawasan ni penduduk padat dan jauh dari bandar pulak so pepandailah sesiapa yg bijak berniaga dan ada business sense, boleh hidup senang.

Anyway, citer FELDA ni sangat menarik, macam Bukit Chagar series yang tok tulis tu, a food for thoughts.

52854 | posted by anon:nsalleh on February 4, 2003 at 19:41

Tok Rimau berkata...

inilah kali pertama aku dengar cerita pegawai felda bukak tanah rancangan.. masa bapak aku masuk.. semua dah siap.. sawit dah 2,3 tahun tanam.. rumah dah siap.. tapi hidup aje yg tak siap2.. taulah.. dapat elaun 100 lebih aje sebulan.. nak beli susu anak pun berbajet bagai.. tapi kesusahan menjadikan manusia kreatif.. antara kuih yg aku suka makan masa tu ialah kuih bingka (kuih bakar kot) kelapa sawit.. sedappp..
nak tak nak mak bapak terpaksa keje sambilan.. antaranya kerja pollen buah sawit.. orang panggil minah/mat pollen (lawan minah kilang).. ala.. kerja mendebungakan bunga jantan dgn bunga betina.. tak susah pun.. yg kelakarnya pergi kerja naik lori ramai2.. lori tanah tu.. ada org tempat aku plak rajin carik ikan kat paya.. bukan ikan nak buat makan.. tapi ikan perhiasan.. yg aku ingat depa panggil ikan setem (sebab kaler macam setem johor.. biru merah).. ikan tiger (belang2 cam tokrimau ).. ikan tu jual kat peraih cina kat teluk sengat (kampung pikor).. lepas tu ikan tu plak diekspot ke singapore.. memang ada hargalah ikan tu.. ada sekali bapak aku ikut depa carik kat hutan mana tah.. area2 desaru sana.. biasanya carik malam sebab senang nak tangkap (suluh torchlight mata ikan bersinar).. hari tu bapak aku balik awal.. rupa2nya depa jumpa beruang.. hahaha.. lari lintang pukang sampai tercabut kasut dlm selut.. kelakar kelakar..

dah.. dah.. macam jernel aku plak..

52491 | posted by anon:spyz on February 1, 2003 at 1:45

yup - terlalu ramai pahlawan terbilang yang tersembunyi dalam lipatan sejarah, nama2 mereka hilang, kerana nama2 sedikit tetapi kerana mereka itu org besar - lebih dilihat dan terlihat.

dan aku harap semakin ramai anak2 felda ini menulis weblog, dan cuba menuliskan kembali kisah2 perjuangan bangsa melayu yang lari ke hutan dan memajukan hutan kpd bumi yg subur. dan juga jangan lupa - mereka ini terus dipergunakan dan dieksploitasi.

52301 | posted by anon:nazmi on January 30, 2003 at 13:18

Subhanallah. Ikatan persahabatan yang murni antara 3 orang kawan. Alam semulajadi menyempurnakan jenazah tersebut bagi pihak 2 lagi rakan yang hidup.

Di persekitaran Daerah Segamat juga terdapat berbelas FELDA. Teringat masa sekolah dulu berbagai cerita yang di luar kemampuan akal untuk difikirkan disampaikan secara oleh anak-anak peneroka.

Arwah abah pernah dapat dan membuka tanah pinggiran. Memang siksa tanpa perhubungan dan pengangkutan ketika itu. Kalau tak kuat semangat mungkin tanah tu tak jadi milik kami.

Wallahu a'lam bis sawwab!

52295 | posted by anon:tOKSIK on January 30, 2003 at 12:29

Hambali ® berkata...

tok,
tolong tengokkan umah mentua kat segamat baru sama ye

Pokok berkata...

betul tu TOK.. ABah Saya bekas pegawai felda.. masih teringat masa abah kena pndah ke Lahad Datu Sabah, masa tu FELDA baru bukak penempatan kat sana. Gugusan Felda Sahabat namanya.. tadika pun tak ada.. lepas setahun baru ada sekolah. itu pun FELDA renovate stor baja jadi sekolah. tahun pertama sekolah belajar atas kerusi jer. saya antara generasi pertama sekolah Sahabat 16.tapi best sebab duduk tepi pantai. balik sekolah mandi laut. ni kisah benar ni tok.. tok buat lah satu movie pasal pegawai felda ni..

Pokok berkata...

toq.. sebak pulak baca catatan toq ni berulang-ulang.. kisah yang mayat pegawai hilang tu memmang kisah benar. baru jer call abah.. dia cakap kisah tu macam kisah lagenda bagi pegawai felda.

Tanpa Nama berkata...

............unsung hero.

Unknown berkata...

Macam pernah dengar cerita pegawai Felda tu...Memang mengharukan..

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...