Khamis, November 02, 2006

BASIKAL TUA

Basikal Tua


GTB pulang ke Penang, Malaysia, kampungnya. Dia tidak mahu terperangkap di universitasnya di Jogja, Indonesia. Lembaran di bandar universitas itu sunyi amat katanya. Dia tanya aku, mahu ole-ole yang bagaimana? Aku minta basikal kecil.

Aku sudah ada satu basikal kecil buatan Indonesia. Aku beli di Kota Kinabalu. Tetapi aku mahu lagi. Dasar memang tidak pernah puas. Pagi tadi bungkusan ole-ole itu sampai. Rakus aku membuka bungkusan itu.Aku dapat apa yang minta tetapi besi atas sepit udang roda depan basikal itu sudah terpatah.

Aku telefon GTB mengucapkan terimakasih dan Selamat Hari Raya. Aku sangat gembira kerana ada dua basikal. Tapikan, sebenarnya aku syak GTB cuba menunggang basikal itu sebelum mengirimnya kepada aku. Itu pasal besinya patah. Hi hi hi.

Aku kena buat panggilan lagi. Nak minta maaf dengan GTB kerana syak yang bukan-bukan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
GTB: Gigi Tak Bertatoo (Oasis Jiwa)

10 ulasan:

sinaganaga berkata...

Minta GAM kat OP. Kami beli banyak gam, hari itu!

kingbinjai berkata...

mula mula ingta gambar photoshop. lepas baca ... ha ha ha

Salina berkata...

hantar kedai basikal la tok. hahaha :p

Rie berkata...

tok apasal buka bungkusan rakus sangat. haha

Amyz! berkata...

kena repair kat kedai beskal~

Ku Keng berkata...

kalu ada tambahan TUA di Indon bermaksud, Sudah Di Pakai (2nd Hand).

Tanpa Nama berkata...

eeemm..."sepit udang". igt kg aku jer panggil gitu...

Amiene Rev berkata...

basikal aku dah lama pancit diulit ulam dan pegaga.

Tanpa Nama berkata...

Yer. Sepatutnya kena minta maap lagi sekali. Minta maap lepas raya ni rasanya lebih ikhlas la dari minta maap time raya.

kurau berkata...

kalau di malaysia, ada tak dijual basikal ini?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...