"Engkau jangan main tuduh-tuduh sesuka hati engkau. Aku tidak ada pada malam itu. Aku ada alibi," kata syaitan mempertahankan diri. "Pada malam itu, seperti malam-malam Ramadhan yang lain, aku dipasung. Jangan engkau tuduh aku yang menghasut."
Mobius melihat sekeliling. Semua bukti menunding kepadanya. Dia kehabisan alasan.
Dia tidak boleh mempersalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri. Dosa malam itu adalah dosanya sendiri. Pada malam yang satu itu, dia kalah dengan nafsu.
Hanya rahmat Tuhan sahaja yang boleh menyelamatkan dia sekarang.
2 ulasan:
Selamat Berpuasa tok...
Tok, apa kata kita buat filem pasal Mobius pulak. kali ni tok direct.
Catat Ulasan