Rabu, November 28, 2007

ENGKAU PERLU PIL BIRU

Mungkinkah cinta itu satu penyakit mental? Kita lihat bukti-bukti yang mengaitkan cinta dengan penyakit mental.

mania: buaian mood yang abnormal, senyum sendirian, kembung semangat berlebihan, pembelian hadiah yang mahal, bil telefon meningkat.

depressi: tangisan, cemburu buta, tidak boleh tidur, tidak boleh fokus, tugasan yang tidak sempurna, menjeruk rasa.

obsessive compulsive disorder: asyik periksa friendster, asyik periksa blog untuk kemaskini terbaru, layan lagu-lagu jiwang, bersolek lebih dari biasa sebelum pertemuan.

Menurut Tallis (2005), cinta lelaki lebih berahi berbanding cinta wanita. Wanita memilih pasangan berdasarkan peningkatan status dan kestabilan kewangan. Manakala lelaki pula lebih berkompaskan nafsu. Lelaki mahukan yang seksi dan cantik. Jadinya wanita lebih rasional dan praktikal. Itu kata Tallis la. Bukan aku.

Ustaz ada pesan, nafsu lelaki satu dan nafsu wanita sembilan. Kemungkinan saiz nafsu yang satu itu lebih besar dari sembilan nafsu terkumpul. Agaknya.

Apa pun, setiap penyakit ada ubatnya. Menurut Ibnu Sina (Doktor Iran, 10 masihi) seeloknya orang yang sedang sakit putus cinta itu menyibukkan dirinya dengan urusan yang berat. Beliau mencadangkan pergi memburu. Pergilah memanah rusa, harimau atau pelanduk.

Hmmm.

........
P.S.
Ingat janji temu kita? Jumpa di Rumah Pena untuk Maskara. Pakai blusher pekat okay.

22 ulasan:

Amyz! berkata...

Boleh saya masuk senarai temujanji Tok?

Mat Jan berkata...

"Wanita memilih pasangan berdasarkan peningkatan status dan kestabilan kewangan."

Nafsu le tuuu... memadang kedudukan dan harta.

Cinta lelaki suci. Tidak memandang harta dan status.

Ron97 berkata...

sabit tulah hang tak kawin kawin matjan
hahaha

DeanSham berkata...

saya pun mengisi masa dengan memburu tok,

memburu rindu heh..heh..

tumismenumis berkata...

Masih terpikir lagi ni, apa hubungannya Pil Biru tu dengan penyakit chenta ni.

leez berkata...

ya, mungkin cinta itu satu penyakit mental...dan pil biru itu ubatnya..kehkehkeh

cinta lelaki lebih berahi - cinta wanita pun boleh lebih berahi tapi tengok pasangannya dulu kalau hunk gitu, boleh dukung2, no problemo..heheh

nafsu lelaki satu tapi akal mereka sembilan, tu yg takut tu dan pada pandangan saya, pada zaman skrg, lelaki pun memandang status dan harta selain brain, seksi dan cantik.

teringin juga nak hadiri malam maskara tapi tak mungkin boleh. :|

Chika Chika berkata...

putus cinta.
ikot saranan ibnu sina.
pegi memburu tokrimau

dugongsenyum berkata...

Tok,
Naik KL jangan lupa bawak panah ye, lepas maskara kita pi memburu napuh sama kijang.

dugongsenyum berkata...

Mat Jan,
"Cinta lelaki suci. Tidak memandang harta dan status."

Lelaki lebih memandang bakat. Tumpuan kepada bakat yeah!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Nafsu lelaki satu dan nafsu wanita sembilan.

Akal lelaki sembilan akal perempaun satu.

Itu kata orang bijak pandailah.

jiGOMorrison berkata...

Panah harimau? Wo!!

Is that an invitation?

rasso berkata...

Nafsu itu seperti kuda...

kata tok guru arab saya... :p

sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...

Erti CINTA kepada Sinaganaga: Boobs, dude! Boobs!

MatJan,
Boobs bukan nafsu - boobs ialah klinikal. Kan MatJan, kan, kan, kan?

HA HA.

saudagar gaRAM.. berkata...

Pil biru?
sakit chenta?

apa kena mengenanya tok?

Oh ya...
dalam filem Matrix,Neo kena memilih antara pil biru dan merah..

tu kira neo pun ada masalah chenta juga ya kot..

musafir berkata...

Tok!! Tak takut kena buru? Tapi buru rimau buat apa, yer tak?

Aqil Dot Com berkata...

hmm korang tak pernah tengok citer matrix ker?

"Wanita memilih pasangan berdasarkan peningkatan status dan kestabilan kewangan."

<-- ayat yang buat aku terfikir macam mana ah mat-mat rempit boleh dapat awek2 yang cun giler. Agaknya iut utk GADIS , bukan WANITA.

Tanpa Nama berkata...

saya nak bercinta~

u l t r a b a e berkata...

tok,
i'm back...

garam,
camne la leh tepikir pil merah/biru neo tu? cam bes je ada pemikiran camtu..oh neo..

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Sila ambil nombor di kauter dan datang bila nombor dipanggil kelak. Ahak.

MJ,
Mengejar nafsu untuk lelaki seperti melabur untuk jangka masa pendek.

Ron,
Dia tengah kumpul duit tu.

Dean,
Pergi memburu jangan lupa membawa senapang.

Mazudi,
Cinta itu sakit maka perlulah ubat. Makan 3 kali sehari okay.

Leez,
Hendak seribu daya. maskara berikutnya pada bulan Februari. Kumpul duit dari sekarang.

Chika Baby,
Kalau memanah Tokrimau, jangan guna panah yang tajam. Sakit oii. Have mercy!

Dugong,
Nice meeting you dude. Kadang-kadang lelaki pun ada bakat besar. Ahak.

Jigo,
Damn, you read my mind again. That's the reason why I wore that helmet.

Black,
1 atau 9? Kuantiti tak penting. Kualiti lagi penting.

Rasso,
Nafsu seperti harimau.

Garam,
Pil biru dan merah dalam Matrix sebenarnya berasal dari babak Alice in the wonderland kalau tak salah saya.

Naga,
Boobs adalah segempal daging berlemak. Secara biologinya.

Musafir,
Kulit rimau elok buat permaidani hias lantai.

Aqil,
Minah rempit mahu orang yang boleh hantar mereka pi kerja laju.

Zara,
kita serupa.

Bae,
Rumah saya besttttttt.

the artist and i berkata...

Cinta lelaki suci. Tidak memandang harta dan status.

tudia aih mat jannnnn!!!.. hahaha..

leez berkata...

hah, easy for you to say, I'm not local..fyi :)

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...