Jumaat, November 02, 2007

PANCAROBA

Pada 1923, pendaki gunung Inggeris, George Leigh Mallory, ditanya oleh The New York Times kenapa dia mahu mendaki Gunung Everest, dan jawabnya, "Kerana ia ada di situ." Kata-kata ini dalam versi Inggerisnya, "Because it's there" menjadi terkenal.

Mallory ingin sekali menakluki Everest. Dia ingin sekali mengalahkan Everest dan membuktikan dia boleh. Mallory hilang di Everest setahun kemudian.

Kadang-kadang tidak masuk akal kenapa manusia mahu membuktikan kejuaraannya. Seboleh-bolehnya mahu jadi nombor satu. Dalam kamusnya tidak ada perkataan "menyerah kalah." BUkan sedikit orang yang cedera, kudung dan mati mendaki Everest.

Walaupun aku ini bukan lebai, tetapi ada juga sirah yang aku ingat. Muhammad pernah membiarkan Aishah menang ketika berlumba lari. Mungkin sirah ini tidak berapa releven dengan kes gunung tadi, tetapi itulah yang lebih baik, kalian tahu kalian boleh menang tetapi kalian mengalah.

Memang benarlah kadang-kadang kita punya saku penuh dengan muslihat. Dalam lengan baju ada daun-daun terup yang masih belum digunakan. Kita boleh menang. Usaha tanpa jemu itu bagus tetapi apa erti kepuasan jika yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Adakah trofi yang direbutkan atau ego yang diraikan?

Pada 1999, 75 tahun kemudian, mayat George Mallory ditemui di Everest. Dan anaknya, John Mallory memperkecilkan usaha ayahnya, "pada saya, satu-satunya cara untuk ke puncak adalah pulang dalam keadaan hidup. Kerja ini separuh siap jika engkau tidak pulang ke bawah."


...........
Dan Tuhan lebih mengetahui.
...........


KATA-KATA HIKMAT
"Win as if you were used to, lose as if you enjoyed it for a change."- Ralph Waldo Emerson

“Courage is as often the outcome of despair as of hope; in the one case we have nothing to lose, in the other, everything to gain”- Diane de Pointiers quotes

"Kalahkan diri sendiri dahulu sebelum mengalahkan orang lain." - Tok Rimau

13 ulasan:

bluecherry @ fai berkata...

Tok, setuju bangat.. he he

"To be great is to be misunderstood " - Ralph Waldo Emerson, writer.

sinaganaga berkata...

>>Adakah trofi yang direbutkan atau ego yang diraikan?

Kau patut tanya diri kau semasa screening Kiri di rumah PENA satu ketika dahulu. Aku rasa.

rasso berkata...

hohoho...

bukan mengalah... tapi terima seadanya...

ayobkelubi berkata...

mendalam sungguh.mendalam tapi kalau kalah dulu,menang kemudian lagi bertuah.

bak kata orang putih,sweet victory.

blackpurple @ jowopinter berkata...

"Kalah jadi abu, menang jadi arang". Lebih baik seri.

[macam tak relevan pulak komen ini]

Pa'chik berkata...

biarlah kami kalah, teruk pun takpe, asal tetamu gembira...-skuad bola melaya

nurulazreenazlan berkata...

kalah jadi abu, menang jadi arang.

sudahnya dua-dua pun hangus.

tapi hidup tanpa api ada makna ke?

Tok Rimau berkata...

Blue,
I don't uderstand myself. Thus, to me, I am the greatest. Ahak!

Naga,
Kat rumah PENA tu, aku sengaja yang ex dgn engkau. Pengkritik No 1 aku. Tapi tak apa. Kritikan membina. Ahak!

Rasso,
Siapa kita mahu melawan takdir.

Ayob,
bak kata papa rock, Sweet Charity. Ahak!

Black,
Seri itu = Win-win atau Lose-lose?

Pakcik,
Kalah dengan cermelang. Menang dengan teruk.

Nurul,
Nak main api kena berani terbakar.

DeanSham berkata...

Lost the battle, but certainly won the War.

Nazri berkata...

:(

Tok Rimau berkata...

Dean,
Exactly. Bila jiwa kita besar, kita tidak mungkin akan kalah.

Naz,
La Tahzan.

sinaganaga berkata...

>>>Bila jiwa kita besar, kita tidak mungkin akan kalah.

Tapi, jiwa kau kecik dan lohe!

spyz berkata...

menang

kemudian

riak,

jika

kau

layak

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...