Ini ada spam yang aku terima dalam e-mel aku.
...........
Undilah saya untuk kawasan Johor Bahru, P160.
Janji manis saya:
1. Saya akan buat tiga lagi koridor pembangunan di kawasan Johor.
a) koridor Tampoi.
b) koridor jalan Wong Ah Fook
c) koridor Flat Bukit Chagar
2. Jika saya menang, saya akan memimpin secara Anarki Terpimpin.
3. DVD Skandal yang melibatkan saya boleh dimuatturun dari Youtube. Sila scan for virus sebelum menonton.
Yang Berkhidmat,
Datok Harimau
Lampiran:
1. Politik-politik Pembohongan Sistematik
2. Ibu Pejabat Parti Pundak
Isnin, Februari 25, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
15 ulasan:
aku tesalah baca tadi PUNDAK aku ingatkan PUND*K tadi
HAHA
sama dugong.haha.
Hahahaha.
Saya nak jalan2 bertar dengan baik di kawasan tuan bila tuan menang nanti.
Ha ha ha
gwe parti tidak mengundi, aka apa plak?
Janji-janji Dato' sangat menarik. Tapi malang, saya belum boleh memangkah. isk
Dugong,
Kau pandai berbahasa Tamil nampaknya.
Dollah,
Bila parti aku menang nanti, kau akan menangis. Masa itu, kau akan datang cari aku untuk tender projek lintah.
Amyz,
Aku dah turap jalan depan rumah engkau, sebelum pilihanraya lagi. Juga, aku pacak pondok tol sebelah reban ayam.
Rasso,
Aku nak upah engkau panjat tiang letrik untuk sangkut poster aku.
Atiqah,
Belum cukup umur, tidak perlu mengundi. Tapi engkau boleh tolong Tok jadi perayu undi. Tok kekurang perayu yang manis.
Haji,
Puncuk pimpinan belum luluskan lagi pencalonan kau, Ji!
Pssst! Tengah bergolak ni - ada calon suruh pucuk pimpinan gugurkan nama calon P berapa entah - Cameroon Highland!
Aaa... kau tak dengar cerita ke?
Pencalonan YB Yang Kita Suka yang lulus setakat hari ini - P189 Semporna.
Untuk pencalonan di P085 Pekan dgn P153 Sembrong - belum ada kelulusan lagi ni.
naga: dengar cerita calon cameron highland tu orang singapore. tu yg jadi isu tu.
tok,
saya dah leh pangkah,tapi bukan kat jb la..kalau jb, mesti saya undi tok..konpem.
mat jan,
calon kat cameron tuh dah cite asal usul dia..de lah gak bau2 bacang ngan melesia..ok la kot..
Hummmmm... tok nak jadi calon ke? Hahhaha, parti apa? Ahahahah, samada parti buku, atau parti sukaria?
YB naga,
Aku dah rasuah Presiden secukupnya untuk kelulusan segera.
YB Mat Jan,
Kita boleh bagi IC kpd pengundi, kepada calon apatah lagi. Mudah je.
Azie,
Kalau you duduk jauh dari JB, sila gunakan undi pos.
Azhar,
Dengan hormatnya Tok menjemput kau ke parti tupperware. Datang bawak duit tau.
Hail party Pundak candidates, hey whats up?
hahahahah saya akan memangkah atuk dengan lima kali pangkah di tempat yang sesuai
tok ini permintaan saya..
1. kebebasan utk diadakan lebih byk gig secara terbuka dan hingga lewat malam.
2.adakan penyelesaian yang lebih berkesan keatas sesuatu issue bukan sekadar hangat-hangat tahi hayam.
2.Gesa PBT supaya jgn bazir duit asyik tanam pokok yang tiap 3 bulan mati.
3. bila dah turap jalan dlm masa 3 tahun tak leh korek tanam kabel.
4.harap adakan grant utk beli kamera baru.
YB Johor,
Nampaknya saya tidak boleh la panjat tiang untuk kempen kamu.
Saya sudah siap sedia dengan kempen di P221-Limbang. Manifesto dan janji-janji politik saya sudah memenuhi keperluan pengundi. Tapi sekarang ini saya perlukan sebuah heli untuk kerja jentera kempen di sana. Bagi memujuk penduduk di Long Napir sana.
alahai~
Pucuk pimpinan masih belum beri sebarang maklumbalas perihal pemohonan saya itu.
Catat Ulasan