Isnin, Februari 18, 2008

SESAT DI PANGKAL JALAN

"Kata kunci untuk projek buku yang berikutnya adalah AKHLAK," kata ketua projek. Enam penulis yang duduk mengelilingi meja persidangan menggaru kepala.

"Susah ni dude," kata penulis yang duduk di hujung sekali.

Apalah yang kalian harapkan sangat dari enam lelaki yang menelaah busana jeans dari gadis-gadis yang lalu lalang sambil menghayun pinggul di Jalan Bangsar 3.

Low cut
Boot cut
Sendat
Ketat

Tanda Jalan Bangsar 3 tingginya cuma separas pinggang lelaki dewasa. Lalu kereta kancil, tanda jalan itu sudah tidak kelihatan. Kecuali Bandar Melaka Bersejarah, tanda-tanda jalan memang setinggi itu sahaja, paras pinggang. Tidak hairanlah ramai orang sesat.

Di Bandar Melaka Bersejarah, tanda jalannya setinggi lapan kaki. Dari jauh sudah nampak. Memanglah kalian boleh sesat juga tetapi sekurang-kurangnya kalian tahu di mana kalian sesat.

"Kata kunci untuk projek buku yang berikutnya adalah AKHLAK," kata ketua projek. Enam penulis yang duduk mengelilingi meja persidangan menggaru kepala.
..............

INI BUKAN BUKU TEKS, OLEH ITU MESTI BELI
Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas
You Want A Gum Sol-Jah oleh Sinaganaga

14 ulasan:

elmi berkata...

aku pun garu kepala gak tok.

Azhar Ahmad berkata...

Bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan, ikutlah rentak gendang, hidup menjadi senang....

Aahhahahah, tahniah tok.... saya ni jerrr yang belum sempat dengan blook yang lama...

leez berkata...

- buku baru; akan datang!

- skinny jeans; uber sexy

- tanda jalan; tahun bila punya?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ahlak? Papan tanda? Isk! Membaca entri kadang-kadangpun boleh tersesat kalau tak faham tafsirannya. :D

Amyz! berkata...

Saya sudah tidak sesat lagi di sini. :-)

Tok Rimau berkata...

Elmi,
Pergi farmasi, cari ubat kutu.

Azhar,
Kau kerja sendirian. Mmg payah.

Leez,
Simpan elaun kamu untuk buku yg akan datang.

Jowo,
Kalau senang sangat, tidak boleh tok asingkan pembaca bergeliga dan kurang bergeliga. ha b ha h baa.

Amyz,
Tunjukkan aku jalan yang benar. Jalan Insaf.

Amyz! berkata...

Jalan Insaf dekat dengan Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Haha.

Ahsuez berkata...

oo.. itu aktiviti utama kau orang. bincang 10 minit. Perhati-perhati dekat 2 jam juga lah!

Unknown berkata...

macam menarik saja. kalau nak terlibat isi borang pencalonan mana?

A t i Q a h berkata...

wah..ada buku baru..hmm..

kak amyz, saya dah 3 tahun di sini pun tak perasan jalan insaf tu di mana.haha

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Nama jalan di Univ ni hanya utk hiasan. Tiada yg peduli.

Ahsuez,
Bagi la samurai main dgn kami. Sebenarnya, kami juga gi surau tapi tak baik riak dgn kebaikan.

Nizam,
mail Tok segera.

Atiqah,
Tok pun tak tau gak. Yang tok tahu Jalan Mati.

Chika Chika berkata...

tawaran tok tempoh hari agak menarik.

sinaganaga berkata...

Aku masih tergaru2 kepala. Akhlak? Susahnyeee...

dugongsenyum berkata...

Akhlak? aku cadangkan soundtracknya lagu The Reason oleh Hoobastank huhuhu

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...