Jumaat, Mei 02, 2008

API DALAM DADA

Ringgggggggggggggggg! Tiba-tiba suasana jadi sangat bingit. Aku pun telefon bahagian keselamatan.

"Bahagian keselamatan. Boleh saya bantu?"

"Penggera kecemasan berbunyi depan pejabat saya."

"Nanti jam 2.30 petang saya hantar orang."

"Kenapa tidak sekarang? Kalau ada api betul bagaimana?"

"Sekarang pukul 1.00. Waktu makan. Semua orang pergi makan pada waktu makan."

"Mmm. Okay la kalau begitu. Saya pun nak pergi makan. Bye."

"Bye."

Aku pun letak telefon.

..................
PUISI SEBARIS
Bara dalam dada ini perlu minyak. Bukan air.

...............
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Nabil mempromosi Blook Sol-jah
2. Behance: Creative portfolio and projects.

14 ulasan:

dugongsenyum berkata...

Wow! Tajuk entri.

Lily Abdullah berkata...

Tok panas ke?

Yana Ismail berkata...

I pun nak g makanla:p
Kalau disimbah minyak bukan lagi membara ke?:). Carila air..

izzati fuad berkata...

he..tok mahu minyak ape? saya boleh carikan.. XD

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Tok, bilik lu terbakar ke?

rasso berkata...

tok simbah ngan pasir...

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Hampir sama dgn ayat engkau ek?!

Lily,
Masalahnya unggun api dah jadi bara je. Tok mahu api besar.

Liyana,
kalau ada petrol lagi baik.

Ijat,
Minyak angin boleh?

Abdullah,
Alarm Tkt 2. Tapi false alarm je. Selalu sangat. Kalau betul2 ada api, mampus kita.

Rasso,
tak mahu. Aku nak api. Bukan kerana aku majusi, tetapi kerana aku tak suka dingin salji.

tasekM berkata...

mungkin waktu makan kebakaran takkan berlaku... api pun pergi makan..

pengkao berkata...

penggera tak pandai berpura-pura.

hipotesis liar: tok=api

A t i Q a h berkata...

Jangan lambat dimatikan api tu. Nanti terbakar satu bangunan. Hangus.

Tok Rimau berkata...

Tasik,
Api kalau mula menjilat, habis rentung.

Pengkau,
Menarik hipotesis engkau.

Atiqah,
Tok akan lari mentyorok ditoilet sambil bershower jika bangunan terbakar.

Husni,
dah gomen tu gomen la. Dari bawah sampai la kat atas.

Yana Ismail berkata...

Nanti Princess tolong carikan petrol:p

Masy berkata...

urut dada dgn minyak angin dah la tok hehehe

Tanpa Nama berkata...

gagagaggagagaagagagXD

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...