Khamis, Jun 05, 2008

AKU NAIK MINYAK

Seperti ada collective conciousness, semua rakyat menuju ke stesen minyak. Aku pun ikut sama.

Datang seorang tua yang bongkok bagai tanda soal tanpa titik. Dia menghampiri kereta aku lantas menghentak pangkal tongkatnya ke jalan raya. Jika tongkatnya itu tanda seruan, pastinya sudah pecah berderai titik tanda baca itu. Tapi tongkatnya bukan tanda baca, ianya adalah kayu sepanjang enam kaki yang penuh sakti.

Keluar asap berkepul. Dari asap berkepul keluar pula seekor kuda putih dewasa berdiri tegap bagai seekor kuda. Memang sah kuda pun.

"Mana kepaknya? Mana tanduknya?" tanya aku mengharapkan seekor unicorn bersayap.

"Ini mimpi genre realism, bukan fantasi," kata Pak Tua. "Engkau tidak perlu bayar cukai jalan dan beli petrol lagi. Esok lusa bila minyak naik lagi, engkau tidak perlu naik minyak kerana engkau tidak memerlukan minyak," seru Pak Tua menambah.

"Aku masih naik minyak. Esok lusa harga barang juga naik. Mereka bukan angkut barang guna kereta kuda. Dan gomen tidak bagi rebet untuk kuda," aku membalas.

Pak Tua masuk ke dalam asap. Kemudian asap itu hilang ditiup angin membawa Pak Tua bersamanya.

Aku nak buat apa dengan kuda ini? Aku bukan pandai tunggang kuda. Nak makan apa kuda ini? Kalau bagi lalang depan laman rumah aku, sakit perut pula dia nanti.

Pon! Ponnnnnnn! Orang belakang hon aku langsung mengejutkan aku dari lelap aku yang sebentar. Aku menguap. Kesat taik mata. Lap air liur basi. Kemudian, aku mengesot ke depan merapatkan baris. Selepas sebuah MPV dan sebuah Mercedes, giliran Kancil aku pula. Di belakang aku ada barisan kereta sekilometer jauh.

Seperti ada collective conciousness, semua bloggers blog pasal harga minyak. Aku pun ikut sama.

25 ulasan:

jagoan berkata...

bila nak bukak stesen minyak lambang harimau?


.

Amyz! berkata...

Nanti nak pergi kuliah, naik basikal saja..
Haha.

Sir Mute Key Chicks berkata...

dalam diam pakcik yg memimpin kita itu berkata...

"ops!terlebih suda"

lalu kau pun menyambut."wah!!"

dan dia akan terus tertidur

famia berkata...

biasala tok.
gezek je semua ni.

A t i Q a h berkata...

Saya tumpang kancil tok lah semester depan.

Yana Ismail berkata...

Kancil Clan tidak boleh bersuka ria lagi semester depan:p
Huhu,sama dgn tqah boleh?tumpang kancil Tok je:p

Pegawai Khalwat berkata...

Ya, aku juga berblog pasal minyak.

Tapi aku tak pula sampai berebut beli minyak 6 jam sebelum minyak naik.

Ya lah, kereta aku bukan sekali isi minyak tahan 3 tahun. Esok lusa kena isi jugak.

BuRuuj berkata...

ape lagi?? berbalik kepada amalan berkongsi kereta la..

manusia ganjil ikan yu berkata...

Nak cari spare part basikal murah2??
Tiada masa ke kedai2 basikal berhampiran anda?

call - 0123567894

Harga boleh dirunding

Nida Shaari berkata...

Lebih enak bermimpi di atas tilam empuk daripada bermimpi sambil duduk dalam kereta berbaris nak isi minyak.

Nampak gayanya saya kena cari orang yang nak berkongsi kereta dengan saya lah.

azie berkata...

erm...sem depan bolehkah merasa naik kancil tuh lagi?

Mie Amour berkata...

setuju ngan pegawai khalwat....xmau ah lumba2,sesak2 mcm mlm tadi...ahahhaa...mmg xkan thn lama pun..xphm knapa nak gi isi mnyak...tanda pringatan kut....ehehhehe..

Tok Rimau berkata...

Azie,
Boleh naik kereta Tok. Tok dah pasang meter.

Madu,
Hati-hati jangan terpilih org minyak jadi penumpang.

Yu,
Gua nak basikal chopper. Ada?

Buruj,
Jom naik terak beramai-ramai.

Pegawai,
Kalau kita tak ada proton, mungkin kita taklah taksub sangat dgn kereta. Patutnya gomen pilih industri bas atau lrt.

Liyana,
Bonet boleh muat utk orang comel.

Atiqah,
Kancil tok bukan teksi tunai. ha ha ha. Penumpang yang kena bayar kpd pemandu.

Famia,
Bulan Ogos naik lagi minyak. Panjang lagi cerita ni.

Semut,
Batalkan citrawarna. Membazir.

Amyz,
Bagus gak. Boleh lawan perut kempis tok ni.

Ahtok,
Tak mampu. Bisnes minyak angin boleh la.

astig berkata...

Haiz~ Cepat-cepat la berbaik dengan kuda-kuda kat taman yg dekat tu~

Tanpa Nama berkata...

la nie tengah top blog pasal minyak naik dan juga naik minyak.

Hazwan Faisal berkata...

jom semua, kita beli basikal...
aku dalam usaha nak promosikan beli basikal di seluruh Malaysia...
tengah kumpul duit nak beli untuk err, brape jumlah menteri sekarang, aku nak hadiahkan mereka seorang sebiji basikal, kan kata nak Ubah Cara Hidup...
"jom naik basikal"

Rajuna berkata...

aku patriotik!
tunduk
patuh
menurut
semua bagus
aku suka

hhmm..melayu kan? kan?

xanda_zatoichi berkata...

ada sesiapa yang nak jual kuda tak...?
Tapi tak mo kuda padi ler...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Nampak gaya, naik elartilah lepas ini....

Lily Abdullah berkata...

Tok,

Agak-agak kalau saya naik basikal roda tiga kat Malaya ni, ada orang pandang serong tak?

DeeN berkata...

Mujur aku tak terikut ke stesen minyak membawa basikal utk diisi minyaknya. Er.. lupa, basikal aku ada kat kampong! Heh!

Yana Ismail berkata...

Bonet?err.baek:)Asal boleh tumpang kancil tok:p

AL-BIMA SAKTI berkata...

salam tok rimau,

usah bermimpi lagi di siang hari
apa yang nyata sudah terbukti.

pun usah lagi naik minyak
sebab minyak dah pun naik banyak.

nanti kalau semua orang naik minyak
bukan aje kenderaan kena pakai minyak
silap-silap nanti orang pun kena minum minyak....barulah berminyak & tak cukup minyak... heh...heh...heh..

Danielle_Corleone berkata...

seronok rasanya saya berjalan kaki tadi. walau sedikit penat...

Tok Rimau berkata...

Dan,
Jgn dekat tok, kalau ketiak berpeluh selepas jalan kaki.

Rasa,
Mimpi aja yg Tok mampu kerana mimpi masih percuma.

Princess,
Kat bonet bayarnya cuma 5 sen.

Deen,
Kau rindu kampung atau rindu basikal? Atau kau rindu duit kau yg nilai tinggi dulu.

Lily,
Org tak pandang serong. Mereka pandang rendah.

Black,
LRT pun dah tenat.

Xanda,
Kuda kepang sekeping Rm100. Mahu?

Juna,
Hang Tuah macam kamu sudah hampir pupus.

Tasik,
Jgn bagi mereka beskal. Bagi mereka penyapu. Biar mereka terbang cam witch.

Penyu,
Sekejap je ni. Esok lusa tulis pasal AF semula.

Husni,
Nak guna minyak sawit ganti petrol, tercatu pulak minyak masak nanti.

Astig,
Nanti Tok request seekor dari equestrian.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...