EXT. DAY. ROCKY BEACH. PULAU BATU HITAM.
PK Jalak menunggu dalam bot. PK Adnan mendahului regu empat kadet lain mendarat. Mereka berjalan tenang dengan muncung Styer masing-masing menghala ke tanah. Tiada ancaman yang jelas kecuali seorang tua berdiri tunggal di atas pulau kecil di bawah kibaran bendera versi Jolly Roger.
PK Adnan: Assalamulaikum. Pakcik buat apa di sini?
Tok Pin: Aku mengisytiharkan kemerdekaan Pulau Batu Hitam. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pegawai-pegawai kadet memandang sesama sendiri. Tersenyum tidak percaya apa yang mereka dengar.
PK Adnan: Pakcik. Mari ikut kami. Kami bawa pakcik pulang.
Tok Pin: Mahu pulang ke mana? Pulau ini adalah sebahagian daripada aku. Sebahagian daripada Kerajaan Laut. Kerajaan agung yang meliputi 70% bumi ini. Pulau ini milik aku. Kamu juga milik aku. 55% berat kamu datang dari air. Dan aku raja kerajaan laut yang agung.
Pegawai-pegawai kadet memandang sesama sendiri. Tersenyum tidak percaya apa yang mereka dengar.
PK Adnan: Mari ikut kami.
Tok Pin menyeluk ke dalam bag yang melekat di badannya. Dia mengeluarkan sesuatu.
Pegawai-pegawai kadet mengangkat dan mengacu Styer ke arah Tok Pin. Masing-masing resah.
Tok Pin mengeluarkan sebatang bugle. Dia tersengih menyindir. Kemudian dia meniup bugle itu.
Pegawai-pegawai kadet memandang sesama sendiri. Tersenyum tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar.
Bugle itu mendayu-dayu.
Dari permukaan air laut timbul sepuluh susuk lembaga manusia. Mereka bersenjata. Mereka dalam kedudukan posisi mengepung . Mereka kelihatan serius dengan misi mereka.
Jeng Jeng Jenggggggggg!
..............
Nota: Ini petikan lakon layar Filem Kontot TOK PIN DAN KERAJAAN LAUT. Tanpa bercerita lebih panjang, kalian tentu boleh mengagak tema cerita filem ini. Apa yang membuntukan aku sekarang adalah untuk kembangkan plot dan seterusnya mencari penyudah yang sempurna untuknya. Buntu amat! Berasap kepala.
Rabu, Jun 25, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
13 ulasan:
PK Adnan keluarkan gitar kapok kecik."Apahal plak, gua berkelah kat sini, apa." Katanya kepada 10 lembaga manusia.haha
jom, kite buat satey!!!
ha ha ha!!!
Lantas kadet-kadet itu dikepung oleh duyung-duyung jantan. Al-maklum, Tok Pin Raja Kerajaan Laut; maka komandonya mesti keluar dari laut kan?
Sebenarnya, wa nak yang 10 lembaga manusia tu duyung ghades yang cun2 timbul...
auuwwW~
alahai, deansham offer i watak isteri Tok Pin. ha ha ha. I jadi isteri dia,sungguh tak seswai!hi hi hi.
Kalau jadi duyung tu, hm boleh dipertimbangkan:p ha ha ha
Lalu PK Adnan pun meniup wisel dengan jari, dan para FBI yang menyamar menjadi ikan lumba-lumba mengeluarkan gelombang bunyi yang mampu memecahkan katarak mata Tok Pin dan kuncu-kuncunya. Ok tak?
nak tau sambungan?
tunggu 2 bulan lagi
PK Jalak yang masih di dalam bot tidak menunggu lama untuk lari meninggalkan rakan lain sedang terpinga pinga dikepung sekumpulan manusia yang keluar dari laut itu.
PK Adnan dan rakannya yang lain tidak mempunyai pilihan selain dari menyerah diri kepada komando TENTERA LAUT itu..
Mereka dijadikan TAHANAN PERANG oleh TOK PIN..
penamatnya..
PK adnan dalam lokap tahanan KERAJAAN LAUT..
PK Adnan : SIAL!!!KENAPA AKU BEGITU BODOH?BEGITU MUDAH KITA TERTIPU..MASIH LAGI KE AKU LAYAK MEMANGGIL DIRI SEBAGAI PEJUANG?
kesal kerana mereka menyerah kalah kepada gerombolan LELAKI BOGEL yangbersenjatakan senapang air..
terlalu awal mereka menyerah tanpa selidik terlebih dahulu kekuatan PIHAK LAWAN mereka..
pengajaran,jangan SERKAP JARANG..
nama pun KERAJAAN LAUT..
senjata mereka berasaskan AIR sahaja.
hahahahhahahaaa.......
soalan..."benda apakah bugle itu?
si tikus kampung,
tak warga siberlah lu kalau tak retir nak google bugle hahaha
Macam terompet kan.. Tok R kan..
pk adnan dan rakan2 ni navy malaysia ke singapore?
tok, target filem tahun ni berapa? Boleh dapat prof la ni macam.
ahtok,
Gua bikin filem bukan kerana pangkat. Gua saja main-main je.
pengkau,
Siam punya Navy.
dugong,
macam trumpet cuma pendek.
radiohed,
Susah mahu terangkan. Komplikated. wikipedia "Bugle".
garam,
gua bukan buat porno.
azie,
dah la cerita pendek. lagi mahu sambung2.
atiqah,
Absurd. Ini genre action reality.
liyana,
Sesuai la you jadi isteri Tok Pin yang nombor tiga. Seswai sangat.
rasso,
Hero mesti menang la.
buruuj,
kanibal la pulak. Ini nak rating U.
Juna,
pendek sangat.
seriously aku suka skrip ni... kalau keluar sure tok masuk isa!
Catat Ulasan