Minyak ular adalah ubat tradisi untuk sakit sendi. Pun begitu, perkataan "Snake Oil" dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud yang menghina. Ia merujuk kepada sesuatu yang palsu dan tidak berkesan tetapi dijaja-jaja sebagai penyelesai masalah. Contoh ayat: Minyak ular tidak boleh menyelesaikan krisis minyak kita.
Sweden menetapkan visi 2020 mereka adalah melepaskan diri dari pergantungan kepada minyak fossil melalui pengunaan tenaga alternatif. Mereka sudah ada kereta dan kereta api yang bergerak menggunakan gas dari tahi lembu. Bagi lembu makan julap dan harga bahan mentah untuk gas pasti terkawal.
Mereka negara maju kata engkau. Mereka boleh la. Mimpi kita, 2020 baru kita maju.
Di Brazil, negara membangun, 9 dari 10 kereta menggunakan alkahol dari tebu. Kereta gasahol pertama mereka berada di jalanraya pada 1978. Justeru, bila harga minyak naik mencecah US$140 per tong pun mereka boleh bersamba.
Kita? Mana perancangan dan tindakan Putrajaya untuk membebaskan kita dari pergantungan ke atas minyak fossil? Mana? Bising-bising pasal minyak dan ekonomi pun tidak guna. Semua menemu jalan buntu. Minyak ular tidak boleh menyelesaikan krisis minyak kita.
Jumaat, Jun 13, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
31 ulasan:
waa..
komen pertama-
hmm,
no komen.
entahnya. poyo: ada angkasawan (walaupun orang lain cakap cuma space tourist). poyo beli submarine mahal-mahal. poyo itu dan poyo ini. bila la nak merasa isi minyak kete dalam ladang kelapa sawit dari pokok kelapa sawit?
agreed...poyo...
Pakai minyak gamat tak buleh ka? Takpun pakai minyak senyonyong.
Orang minyak? Hoh!
SETUJU!..hm..poyo je kan:p
..susah nak menidakkan. setuju juga~! ..
p/s : hai tok!
sebab kerajaan kita ni alpa, asyiknya nak mengaut untung..tulah yang payah..rakyat gak yang tertindas.
bilalah agaknya myk dari daun pokok jarak akan memasuki pasaran?kajian dh dpt platinum award, tp nape xde pelaksanaan lg?
Agak2, kalau la minyak kelapa sawit ganti minyak petrol, harga minyak sawit naik ke tak? Ada rebat tak? =p
aku isi tank ngn air mineral skang ni. mahal sgt minyak. tp negara keluar minyak. pastu banding ngn negara tak keluar minyak. pandai betul buat perbandingan.
eh, emo pulak.
sal,
Kereta kau cam unta. minum air dah boleh jalan.
cray,
Kelapa sawit belkang rumah je. Kau boleh perah sendiri.
buruj,
minyak dari daun senduduk boleh tak?
amirah,
dunia ni syurga utk org kaya.
lapan,
Hi! Lama tak nampak.
liyana,
Poyo tu apa?
deen,
Jangan . nanti pupus gamat.
lah,
beli motor harley la. Bergaya sikit.
vivi,
angkasawan tu balik bagi kelas motivasi je. hampeh.
Kasut,
You are the first to arrive. You win free air.
Mahu tahu apa itu poyo, tanye Sir Abdullah:)haha. dia yang start ckp:p
kereta kat brazil tak mabuk ke tok minum alkohol?
hak hak hak!
mana perginya teknologi kereta solar kita yang UTM perkenalkan tu ye... Kenapa tak diaplikasikan di Malaysia ye... Tok tak yah jawab tok..
ahtok,
Tok teringat kawan tok lumba basikal solar sambil buat penerangan tentang kebaikan basikal solar. Sebenarnya hampeh. Basikal solar dia tak effisyen.
jan,
kalau dah biasa tak mabuk. ha ha ha.
liyana,
nanti tok tanya dia.
Yes, Minyak ular takkan selesaikan segalanya. wlaupun ular tu besar macam anaconda.
Tapi "ular-ular" di atas sudah minum hasil minyak kita.
Err..minyak jugak tok.
ps: Tukar avatar lagi ye tok? (Jangan jawab, retorik) :)
Tanya jangan tak tanya Sir. Ni nak tanya tok plak. Tok ada pakai minyak pengasihke?:p. Hahaha.
itu semua gazet je tok.
haha..angka sawan.
sangat berjasa pada kita kan?
impaknya kita semua dapat sama kan?
kan?
tok darl,
confirm screen & talk akan dibuat pada 27th june 2008 jumaat malam di rumah pena..harap director and tok boleh dtg..fazleenz bagi flyersnya nanti kay..thanks!! :)
minyak senyonyong leh wat sapu kat bahu tunangan orang yang terdedah...
wah.rajin sungguh tok mencari faktas.sini ada satu fakta penting.
orang-orang malaya naik angin sekejap je.sesudah di'minyak ularkan'mereka akan tetap menyokong orang yang sama.cuma perlu dirasuah baju serta tiket konsert percuma.
jap.jap.aku nak tengok konsert Ning boleh tak tok?
Kalau pakai minyak lintah tapa.. agak-agak kereta aku boleh willi 43 - 47 degree tak?
Popularkan balik enjin wap aaa
minyak lintah pon seswai..byk sekarang org tgh bela..huhu!
salam, pengurusan perlu betul...tak sepatutnya harga minyak di negara kita naik macam ni..
dulu kecoh pasal nak guna biodiesel sebagai alternatif,lo ni senyap jer.ape hal?
bukan kah sudah diheboh2kan akan penggunaan minyak sawit? mana tindakan lanjutnya? huh.
Minyak sawit tu kan makanan, makanan mana boleh jadi bahan bakar, menghina makanan tu namanya.
tak pernah dengar lak ader minyak ular
Tok, senduduk tue medicinal plant laa..kalau nk ubati ulcer perut boleh laa..
Pakcik Dug,
owh..gitu yeh. huhu.
Catat Ulasan