Tujuh tahun aku berblog. Kalau aku bersalin dulu, sudah masuk darjah satu anak aku. Dalam masa tujuh tahun itu, aku lihat blogger datang dan pergi. Aku kaji trend antara isi blog dan avatar (image profile). Avatar adalah wakil visual kepada tuan punya diri. Berikut adalah psikoanalisis personaliti blogger berdasarkan avatarnya.
5 Petua mengenal personaliti blogger melalui avatar:
1. Gambar Diri Sendiri Sedang Posing Maut
+ve: Keyakinan diri yang tinggi. Salah tidak apa, yang penting jawab dengan konfiden. Untung-untung ada orang terpikat.
-ve: Ego nak mampus. Riak ya Rabbi. Hairan dengan kebolehan diri sendiri.
2. Gambar Bunga / Objek Mati
+ve: Seorang yang anggun budi pekerti. Rendah diri.
-ve: Kurang yakin dengan diri sendiri. Siapa la aku ini.
3. Gambar Kartun
+ve: Blogger ini mempunyai deria humor yang tinggi.
-ve: Tidak rasa puas dengan zaman kanak-kanaknya. Mahu hidup seribu tahun lagi. Tua kutuk tak sedar diri.
4. Gambar Diri Sendiri Tanpa Nampak Muka
+ve: Mahu dikenali kerana hasil kerjanya, bukan rupanya. Tidak suka glamer.
-ve: Muka memang tidak ada pakej. Yakin dan percaya bahawa dunia ini syurga untuk orang cantik sahaja.
5. Gambar Bersama Pakwe/Makwe
+ve: Rasa disayangi. Pendiding dari dingorat oleh blogger lain.
-ve: Terlalu bergantung kepada orang tersayang. Macam la dia sorang ada pacar. Kalau orang tersayang cabut lari, blogger ini akan delete blog.
Rabu, Jun 04, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
34 ulasan:
3 -ve & 4 -ve...ha ha ha!
1. Gambar Diri Sendiri Sedang Posing Maut
+ve: Keyakinan diri yang tinggi. Salah tidak apa, yang penting jawab dengan konfiden. Untung-untung ada orang terpikat.
-ve: Ego nak mampus. Riak ya Rabbi. Hairan dengan kebolehan diri sendiri.
Ini Tok Rimau nyer personaliti..
Hi Hi Hi
Bukan Bidadari,
Gambar binatang
+ve: Suka kepada haiwan. Mahu personaliti haiwan itu ada padanya.
-ve: Tidak percaya kepada manusia. Serta, badan berbulu. ha ha ha.
Azzam,
Tidak ada imej.
+ve: Percaya isi dengan kulit, isi lebih penting.
-ve: Buta IT. Tidak reti set avatar.
Kalo i kan... mata saja;
1. yakin diri chantek bukan pada susuk badan tapi mata hati.. auuww...
2. tak suke glam glam nie... biasalah... nanti kene kejar peminat... kene kenyit mata kat kafe... susah... tak koser...
3. arghhh... malas nak riak....
Psssst! Avatar aku gambar naga katun main gitar tapi kat penjuru sebelah kiri ada gambar sarjan combat sedang posing maut(tatau le gambar aku kena dak) - kau nak kelaskan macamana ni?
Gambar Diri Sendiri yang diconteng
+Ve:Nampak ganas dan macho.
-VE:Belum nampak lagi keburukannya.
kui kui kui.
errrrr
Rasso,
Ya. Kecantikan adalah milik setiap insan. Tok syak kau ada krisis gender dengan mengguna avatar mata erra fazira tu. Baik kau jumpa kaunselor.
Hulk,
Kau menconteng arang di muka sendiri.
Naga,
Kat bucu kiri tu bukan avatar. Itu imej banner. Teruskan belajar HTML tu. Masih belum terlambat. Naga boleh!
Ikan yu,
Aku tahu kau speechless.
Tajuk sebiji lagu Mila,best:)
Setuju,mereka yang posing maut mempunyai keyakinan diri yang tinggi:)
hehe,tok kan sygkan haiwan. Nama pun Tok Rimau.ehehe..sayang harimau la ek?
Er...
Kartun -
-ve; Tak puas hati dgn zaman kanak2?
Rasanya avatar kartun tuh menunjukkan ownernya nampak muda, lebih muda, jadi muda = awet muda. Serius. Haha..
aku cuma tak puas hati gambar perut washboard kau tu!
kalau betul perut kau camtu, nescaya hari-hari kau pakai baju tak kancing butang, hahahaha!
gambar perut camner lak?
avatar tu bknke cite katun budak kecik kepala botak kt tv9?
tok rimau, sekali sekali jenguk lah blog saya yer.. Saya budak baru belajar dalam dunia blog nie...
Xanda,
banyakkan makan buah kedondong.
merapu,
itu juga. teruskan menonton. jap lagi kluar iklan Ding Dang yg kau suka.
amer,
Perut. Gaya. Keunggulan. Prestij. ha ha ha. Dan jangan lupa. Sexy. Owh behave!
dean,
aku pakai baju nampak pusat lately.
deen,
Tok iyakan je. teruslah hidup dlm dunia kartun kau tu.
liyana,
pakai crown lagi la. Royal tu. sapa sayang rimau angkat tangan!
gua apa cerita ni tok?
masuk kategori mana ni?
tok, kalau gambar alam? bulan? bintang? matahari? pantai?
em..kalau yang suka tukar-tukar avatar?
:)
Saya sokong tok.
Hidup Tok Rimau.
ps: tok dah jadik ahli pakar ramal tilik.
Oh ya avatar pertama saya bukan bunga.
" Keyboard not found. Press any key to continue"
Itulah fist avatar saya. Apa makne tu hehehe...
kahkahkah.
+ve naga?
+ve tok?
dua dua ada gaya penulisan yang +ve.
tak.aku tak suka kumpulan ve.
tok suka?
psst..semut seksi tak? ramping tuh..awww
Laa..gua tak buat apa pun. Gua minum air je. Salah ke minum air..?? Ni gua ni nak letak yang mana satu ni..??
Ya! Aku sokong "syurga untuk orang HENSEM sahaja." HAHAHAHA
haha! kalo macam saya xda avatar mcm na pulak tu? hahaha!
saya tahu saya konfiden!
dun judge the book by the cover.hehe..
Kalau gambar tutup muka?
6 packs tuuuuuu!
Tok,
Kalau gambar x posing tp gambar muka dengan senyuman hensem nak mampos cam mana pulak?
Black,
Perut ketak itu bermaksud penulis adalah simbol seks. Ha ha ha.
Penyu,
Judge a book by how many people quoted from it.
Ahtok,
Jangan berlama duduk dalam bakul yang kau angkat tu.
Dan,
Tiada avatar. Tiada pendirian.
Pipi,
Lu memang tidak ada kamera. Guna je la mana-mana gambar yg orang lain petik.
Semut,
Kau memang hebat tapi ingat, kerana gula semut binasa sakit kencing manis.
Lily,
Dulu pc kau selalu rosak. Sekarang dah okay. Kan?
Tiqah,
Kau masih tercari-cari jatidiri kau.
Buruj,
Engkau tidak berpijak di bumi nyata. Keep reaching for the stars but feet on the ground.
Garam,
Engkau terpengaruh dgn kapitalis yang menjual regu dan piala yang terseberapa itu.
Hahahahaha.. Kejinya!!
Kalau tak letak gambar?
saya tau,
kalau avatar orang sdg tidur.
+ve:jati diri yg kuat,mungkin pemimpin yang berjiwa rakyat.juga seorang bapa mertua yang hebat.
-ve:tak cukup tidur??
eh eh.minyak dah naik.
psst...tok boleh delete komen ini jika dirasakan tidak sesuai.amin..
gua tak tau lak..gua masuk kategori apa..:)
hep
gambar tunjuk perot yang nyata bkn sendiri punya apa pulak??
Woo. Melompat dari satu blog ke blog yang lain, terjumpa yang ni. Aku suka. Ketinggalan nampaknya aku.
Ha, avatar saya ni apakah?
Catat Ulasan