Selasa, Jun 17, 2008
RASUAH
Di dalam masyarakat, rasuah disemai dalam majlis-majlis sosial. Maka tidak hairanlah rasuah berleluasa. Kita ambil contoh rasuah dalam majlis perkahwinan di Johor.
Pertamanya, engkau dapat lihat penanggah-penanggah mempamerkan duit kertas berlipat origami di dada mereka. Cantik je wang rasuah itu tersemat atas buah dada makcik-makcik. Perlahan-lahan semangat gotong royong mati ditikam dengan dengan semangat kapitalis
Keduanya, pemuda-pemuda yang datang rewang disogok dengan rokok rewang. Sudahlah menggalakkan korupsi, menggalakkan juga tabiat buruk yang boleh menyebabkan barah.
Akhir sekali, pengantin lelaki terpaksa membayar wang untuk melepasi beberapa lapisan hanya untuk duduk di atas pelamin. Ada pintu yang dipenuhi kanak-kanak. Ada pintu yang dipenuhi dewasa dari golongan sanak saudara. Tol yang paling mahal dijaga oleh mak andam. Bak kata orang putih, the king of has to bribe to get his bride.
Masyarakat memulakan institusi kekeluargaan dengan majlis yang dipenuhi dengan rasuah. Rasuah ini dihalalkan dengan alasan sedekah atau hadiah konon. Tetapi sebenarnya ikhlas yang menjauh. Nasib baik masa nak tidur, pengantin tidak perlu bagi rasuah lagi.
..........
JEMPUTAN KE MONODRAMA
Tajuk: JUAL UBAT
arahan dan lakonan Khalid salleh
20 & 21 Jun 2008 8.30 mlm
Tempat: DBP, Larkin Perdana Johor Bahru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
31 ulasan:
Amalan ini harus dihapuskan. Suruh pengantin pakai lencana, "Saya anti beri rasuah."
hahaha...
kalau saya ada jodoh ngan orang johor... amalan ni diganti dengan hibah... cewah! wkakaka...
rasuah dah jadi sebahagian budaya melayu sekarang hahaha
Nampaknya rasuah ada di mana - mana. Sangat melankolik. Haha.
hehehe..... wahh... pandailah Tok dapat camkan majlis perkahwinan sebagai satu medium rasuah...
Kenduri kampung saya ada cabutan bertuah untuk penanggah. Narita contohnya. Cabutan akan dibuat lewat lepas kenduri usai. Rasuah juga ya tok? Huhuhu.
mujur tidak diberi nombor.di setiap bawah kerusi.
semangat kapitalis memang dah sebati dalam budaya kita.
Tapi gua suka rokok rewang..nak-nak gudang garam yang original..:)
First time princess pergi wedding di JB. Terkezot jgak tgk tol tu. Siap makcik2 itu ajak join jaga tol. Kesian pengantin L, nak bertemu isteri tercinta pun kena bayar duit:). Nasib baik di N9 tiada amalan tu.
itu sebenarnya deposit semua tu, hahaha
er duit becek/salam cangkuk/salam berisi rasuah jugak ke?
kalau macam tu aku taknak salam tuan rumah.buat2 tak nampak suaaa...haha
saya anti BERI rasuah..
TERIMA SAHAJA DIBENARKAN..
itu tanda orang JOHOR kaya..
nak mendapatkan yang sudah memang HAKNYA pun dia sanggup BAYAR..
hahahahaaaa.....
tok,masa nak tido pon kena rasuah jugak kot..
tapi bukan wang ringgit jadi TARUHAN..
bagi saya, ia adalah suatu highlight/jenaka utk majlis itu..tambah meriah suasana.. tak perlu letak duit byk2..syarat aje..
kalau yg majlis ada panggil DJ, lagi byk games para jemputan boleh sertai dan menang hadiah..suatu perbezaan..
Leez,
Bagus idea kau. Kita buat cabutan bertuah.
Husni,
Berpeluh mak andam kipas diri sendiri kalau bagi dia pantun 6 kerat.
Garam,
nanti aku hantar pegawai BPR ke majlis kau.
Juna,
Trick. masa salam kau pegang tisu. Tuan rumah kaut tisu yg disangka duit.
Dugong,
Tutup sebelah mata sudah la.
Liyana,
Lepas kahwin suami kena bagi rebet pulak.
Radiohed,
Tak pa. kau tak makan rasuah. Asap rokok tak jadi darah daging.
Semut,
Cam panggung wayang la pulak.
Atiqah,
nanti majlis kamu, bagi lah cabutan bertuah TV 24 inci.
Cerebrator,
Bagi $ masa raya pun rasuah gak.
Deen,
Apa nak jadi dgn dunia ini. Penuh dgn daki.
alan,
bukan melayu je, semua bangsa pun ada rasuah mereka tersendiri.
rasso,
Bersihkan hati. Ikhlaskan hati. Baru boleh jadi hibah.
amyz,
Tok setuju idea kau ni.
senang je tok... tok sah kawen ngan org johor.. he he... :P
orang melaka pun tol jugak wehh....
tok,
jahat!
teringat lak note anak kawan kaktiny bagi kat dia sempena father's day :
Baba.. I pray for your health and wealth.. I wish you get promoted and increament.. and you can spend more on me.. and I can have what I want with your money.. (ayat budak darjah 5..)
aduh.. Kapitalis nyer.. alahai..
agak2 klu pihak pengantin xbagi duit origami cantek2 semat kat dada, tok jadi tak penanggah?
Benda yang dulu tak ada, kemudian diadakan atau diada-adakan, bila dah jadi sebati, jadilah budaya. Hmmm....
Takkan suami bagi rebet je? Duit nak shopping barang2 rumah takde?;p
sepupu ipar aku cite kakak ipar die xnak bangun dari kerusi pelamin sampai die bagi rasuah.. baru kakak tu bagi pengantin perempuan duduk.. agak2 kalau tak bagi, die sanding dengan kakak ipar die lah jawabnye.. huhu
chayer,
sanding je bertiga. amik kerusi dari bawah balai tu.
princess,
ekon0mi merosot. minyak naik.
black,
Kita boleh ubah tak budaya?
kasut,
tahap tok sekarang dah tahap mandur. Kena bagi duit besar sikit.
kaktiny,
budak-budak ni patut kena kerah tenaga. ada kerja ada upah.
tasik,
contoh je. tempat lain pun ada rasuah mereka.
kalau tak beri rasuah makanya kau la pengantin, kau la mak andam, kau la orang rewang, kau la pesilat, kau la pemegang bunga manggar dan gala-galanya kau sorang buat.
p/s; kehadiran rasuah di johor hanya lah pemeriah.
Juna,
kau baru tahu tok jahat?
Kiah,
maksudnya, gear kerja tidak boleh berpusing tanpa pelincir rasuah?
Lebih rasuah, lebih meriah?
pada sy, salahkah kita berterima kasih di atas tenaga yg telah mereka beri. anggaplah ia sbg upah. adakah tok rasa sy merasuah tok dgn memberi coklat? huhu...
Dalam kursus induksi baru2 ini, ada penceramah dari BPR menyatakan situasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Tok itu bukan RASUAH. Ianya dipanggil SOGOKAN.
Sekian.
sekarang harga semua naik. Kesian pengantin L, byk kena guna duit:p
alahai..
situasi rasuah yang sebenarnya:
Bagaimana nak uruskan orang yang di rasuah supaya menjaga rahsia, tetapi telah memecahkan rahsia?
E'EH, ye lah~!
Asalnya kesan kecil tapi kesemua hal nanti nak dilibatkan rasuah. payah ni!
wat camna, dah jadi biasa..
Catat Ulasan