Telefon Salleh diam malam itu. Telefonnya tidak pernah sebisu itu. Salleh termenung kerana dia tahu kenapa telefon itu bisu. Aku, Ali dan Ahmad juga tahu.
Suasana riuh rendah sorak penonton perlawanan antara Perancis dan Belanda di restoran tidak sedikit pun memberi kesan kepada Salleh. Salleh terus diam. Dia hanya merenung ruang kosong di udara. Ahh! Parah Salleh ni.
Melihat Salleh diam, kami pun membuat sedikit bising.
"Aku ingat lagi. Hari raya. 3 hari sebelum kami sepatutnya bertunang. I call beberapa kali tapi busy. Tepat jam 7.33 baru dia angkat..." Ali memulakan cerita.
Apabila Ali habis bercerita, kami ketawa berdekah-dekah.
"Semuanya masih jelas dalam ingatan. Hari itu hujan. Aku rempit dari Skudai ke JB untuk jumpa dia..." Ahmad memulakan cerita.
Apabila Ahmad habis bercerita, kami ketawa berdekah-dekah.
"Masih terbayang di mata aku, lampu-lampu sepanjang jalan dari Ipoh ke Kuala Lumpur seolah-olah mengejek aku..." aku memulakan cerita.
Apabila aku habis bercerita, kami ketawa berdekah-dekah.
Salleh tersenyum sikit. Kemudian ia kembali resah. Kau juga mungkin tersenyum mendengar kisah-kisah kami. Meskipun kau tersenyum, namun orang pun tahu, apa isi hati mu tatkala kau lagukan. Lagu mu lagu sedih. Perjalanan hidup mu. Ditinggalkan kekasih. Ditinggalkan kekasih. (Eh lirik Kisah Seorang Biduan oleh Dahlan Zainuddin masuk sini pula.)
"Relaks la Salleh. Dunia belum kiamat. Bunga bukan sekuntum. Seperti kami,akan datang lu tengok hari ni dan lu akan ketawa," Ahmad memberi kesimpulan kepada kisah-kisah yang kami ceriterakan.
Salleh terus diam. Dia hanya merenung ruang kosong di udara. Ahh! Parah Salleh ni.
Sabtu, Jun 14, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
31 ulasan:
hahaha....
hari ini wa gelak paksa...
sakit otot muka...
Cakapla pada Salleh, mungkin dia ada buat salah pada bunga itu, tak g2 Tok?
Bunga memang bukan sekuntum, tapi mahu mencari bunga yang betul2 segar mewangi dan setia, bukan senang:)
Eh,lupa tanya Tok. Kenapa telefon itu bisu?sebab silentke:p.hahaha.
Kenapa Salleh tidak call,pujuk saja bunga itu:p. Kalau bunga itu merajukla. Kalau sebab lain tak dapek den nak nolong de. (kan dah keluar n9 i).hahaha
hahaha..aku rasa sampai hari nie salleh masih tgk telefon dia yang membisu tu...hahahaha.."tok nak dengar satu cerita tak?"
alahai salleh.
bunga bukan sekuntum.
3 kali dah i cakap kat salleh.
wahahahah!
Tok,
nak dengar satu cerita tak..masa kat Pangkor dulu...
1) Masa ice breaking,ada sorang tanya 'bila nak tukar rosram?' Ada sorang menjawab 'tukar jadi rosli!???Ingat tak?
2) Masa kat kedai mamak tu, India tu jawab 'Saya bukan doktor,saya cuma tau buat teh tarik aja!!'
Ketawalah Tok..
hari ini aku baru berjaya menukar profile rosram ke nama ntah apa2 pun!!!!
kehadapan saleh,
jgn pendam perasaan. sila buat kugiran utk lepaskan perasaan. atau kau jadi macam aku. selalu perasan!
saya faham masalah Salleh...buat Salleh, anda tak berseorangan.
"Relaks la brader Salleh. Dunia belum kiamat. Bunga bukan sekuntum. Seperti Tok dan kawan2,akan datang brader tengok hari ni dan brader akan ketawa!"
:)
seperti pernah kudengar cerita perjalanan dari ipoh ke KL itu.
ha ha...
Rasso,
Jangan gitu. Gelak mesti ikhlas.
Princess,
Nasi dah jadi bubur. Kesempatan yg datang telah dipersiakan.
Radio,
Nanti kita cerita lagi. Jangan meludah helmet orang lagi geng. Ha ha ha.
Atiqah,
Tempat jatuh terluka lutut lagi dikenang. Inikan pula terluka hati.
Ros,
Ahhh seperti semalam kita di Pulau Pangkor. Biarkan jadi kenangan.
Juna,
Salleh sudah merancang dendam terindahnya.
Amirah,
Kumbang bukan seekor.
Deen,
Jangn tunggu lusa. Ketawalah mulai sekarng.
Spyz,
Romantik komedi tu Spyz. Cerita dan teladan utk salleh.
maybe bunga tu adalah bunga idaman dia, yang memang salleh tidak menjangkakan akan kehilangan bunga tersebut....
salleh bermain dengan bunga atau dengan kumbang?
tok rimau darling,
cute la story ni! :)lagu sorang biduan tu touching..hehe
fazleens nak email tok..mau hantar flyers..udah siap!!
hmm.. pun rasa cam kurang nak gelak hari ni..
Kumbang pun bukan seekor, tak g2 Tok?
Eh, out of topic la plak. Kepada Salleh, janganla bersedih. Princess ada di sini. Princess pun bunga apa. haha:)
salleh,
bunga mmg bukan sekuntum... malah terlalu banyak... termasuklah bunga taik ayam yg dulu2 org tak suka tapi la ni... org makin gilakan dia... cantik seh....
sakit cinta mmg hebat... aku tak nafikan... tapi masa yang berlalu akan mengubat luka... sabor je salleh...
Tok buat saya nak download mp3 Dahlan Zainudin pulak~ :-)
Princess,
Dilarang menampal iklan di sini.
Kaktiny,
Jgn masam muka. Nanti cepat tua.
Fazlina,
Tok dah tinggalkan address kt ruang komen kamu. Lagu tu lagu fevret Tok.
Semut,
Jika hilang bunga, gantilah dgn bunga.
Diela,
Ada hikmah. Lain kali lebih berhati-hati.
Husni,
Milo ke hapa. Minum tak rasa. makan tak kenyang.
Tasik,
Pedih. Salleh tak boleh tidur malam tu.
Amyz,
Tok loop lagu ni. Sebak.
Apa khabar Dahlan Zainuddin sekarang ya...
Apa khabar Salleh? Dengar cerita dah jadi gay. Bha ha ha.
kesian si salleh ye? agaknya kalau gua bagi bunga kat dia, dia suka tak?
Kisah Seorang Biduan tu lagu favourite bapak. Tak pernah tinggal nyanyi masa karoke.
Meskipun kau tersenyum, Tok. Namun orang pun tahu. Apa isi hatimu.. Tatkala kau berlagu..
lagu kau sedih salleh?
ah!mak kompius nyah.
akekekeke
ya ya.. bunga tak sekuntum. batang kelapa tak sebatang.
memang parah salleh tu tok. hehe..
hahaha..aku ketawa bila aku ingat peristiwa yg sama.
aku rasa sebahagian orang pernah alami cam salleh tu.
gua pon lama dah tak dengar hp gua berbunyi..
phewww...
jimatnya bateri henpon gua..
hahahahahaa....
..dan riuhnya tepukan
dan riuhnya tepukan.
tok,
maka gugurlah panah drpd dada Arjuna...
Kesian Salleh.. mai utagha pekena teh sarbat ah..
ZAiDi
salleh, izinkan i ubati hati u..:)
Catat Ulasan