Isnin, Jun 02, 2008

PAGI YANG CERAH

Aku hampir tidak kenal Man bila dia menegur aku di Masjid, selepas usai solat Jumaat. Badan Man sekarang tidak ubah macam ahli gusti. Kenapa boleh jadi begini? Setahu aku Man seorang yang aktif bermain bola keranjang. Aku mula berkawan dengan dia pun kerana sesi bola keranjang setiap pagi Ahad.

Man ajak aku bermain semula. Maka, pagi Ahad berikutnya kasut sukan aku menjenguk dunia setelah hampir tiga tahun bertapa dalam rak kasut. 7.00 pagi. Sebelum sarapan, aku sudah tercongok di gelanggang. Seseorang demi seorang pemain datang. Cukup 10 pemain untuk main gelanggang penuh.

Teknik dan gaya aku masih ada macam biasa. Dribble. No look pass. Lay up. Shooting. Sky hook. Defense. Cuma masalahnya adalah ketepatan lontaran sudah mengurang. Bola keranjang bukan jimnastik di mana gaya dan pakaian ada markah. Ha! ha! ha! Lantaklah. Yang penting adalah peluh keluar macam hujan pagi itu.

Habis sesi aku berlenggeng terbaring melepaskan lelah atas konkrit gelanggang sambil memandang awan berarak melintas langit biru. Titik-titik peluh macam embun di atas tubuh aku yang cokelat. Terasa bibit-bibit sengal mula meraba otot bahu dan pinggang. Peluh meleleh dari badan ke lantai. Buku lali kiri aku yang terseliuh juga mula menyengat. Peluh mula membasahkan lantai konkrit. Kasut aku pula menghadiahkan dendam cagu. No pain, no gain. Terperanjat agaknya tubuh ini bila liang-liang peluh berfungsi. Bintil-bintil peluh membias cahaya mentari membuat tubuh ini berkilat-kilat. Kalau aku istiqamah, tidak lama lagi, abdomen aku akan menampakkan ketak-ketak semula. Seksi tu. (Nota kepada pembaca wanita: Lap air liur selepas selesai baca perenggan ini.)

10 pagi, perut pun dah keroncong campur dangdut. Kami pun ke Restoran Ayub dan mula buat pesanan. Roti keju. Roti bom. Ayam Goreng. Roti Telur. Roti tampal. Roti planta. Roti tisu. Roti sardin. Roti pisang. Ha! Ha! Ha! Masuk kandang kambing, mengembek. Kandang harimau, mengaum. Kandang ahli gusti? Baham je lah. Hilang satu kilo, tambah dua kilo. Dan aku cuci tekak aku dengan milo ais kow-kow dua gelas. (Nota kepada pembaca lelaki: Lap air liur selepas selesai baca perenggan ini.)

21 ulasan:

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Mak aih...konfidennya dier...
Sampai nak kena lap air liur beb...
Pergh!!!.. Baik punya...

tasekM berkata...

tok.. kamu harimau berperut lembukah?.... banyak tu.... boleh sumbat ke tu..?

A t i Q a h berkata...

Ga ga ga! Boleh juga saya buat modal gelak pagi ni.

Tok kena tambah sepasang spek lagi untuk tambah ketepatan melontar. =D

Rajuna berkata...

haha.
tok tak "allahumabariklanafimarozaktana" ni haha..

Unknown berkata...

dah umur berdekad2 ni, pasrah je .. tak perlu optimistik sangat....

redah je order. hati misti mahu girang. nyum! nyum!

DeeN berkata...

Haha
Selagi boleh makan, jangan dok tahan2. Karang dah tak leh makan baru meleleh air liur tuh. Tp ToK, lenkali alang2 dah berpesta makan tuh, tibai nasi lemak pon 'world' jugak!! Hahahaha..!

artisticklytouch berkata...

hoh! main basketball...nak join bleh? moga-moga perutku akan berketak2 jua ha ha

kali terakhir main basketball semasa di uni dulu...itupun mengah

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! kepenatan bersenam perlu ditutup! :P

Max J. Potter berkata...

amusing~! hi. gomen lame tak dtg buat bacaan... kerja byk.. *^^*

siskinny berkata...

Ada sekali lecturer kami tanya,

Masuk kandang kambing...

seorang pelajar lelaki kelas kami dengan kuat dan konfidennya sambung,

KELUAR KANDANG LEMBU, ENCIK!!

& kami gelak sampai penat

en_me berkata...

wah, tiga tahun tak main.. power tewww

jagoan berkata...

Makan yang banyak kalau dibakar tak mengapa.

Manakala makanan yang dibakar tak perlu digantikan dengan banyaknya.

1. Membahayakan kesihatan.
2. menambah berat badan.

dugongsenyum berkata...

Gezek je lebih tuuu

MUWAHAHAHA

famia berkata...

Wohoo..!

tok slam dunk tak tok? lamanya tak layan basketball. kepingin ni.

duh.

Amyz! berkata...

Berketak-ketak ke? Hikhik..

yusrihashim berkata...

gua percaya aritu mesti lu dunk paling byk sekali..hahahaha

Tok Rimau berkata...

Husni,
Lepas makan, hisap rokok. Pus! Pus! Pus! Sihat banget.

Radio,
DUNKin donut ada la.

Amyz,
Nanti tok pakai baju senteng kasik tayang abs.

Famia,
Jemput. Every sunday morning.

Dugong,
Six pack kau dah jadi one barrel. Jgn cemburu okay.

Ahtok,
Sebenarnya gua ni underweight 5 kg. Kena banyak makan.

Enme,
3 tahun, kalau ada baby dah bercakap dah budak tu.

Sis,
masuk kandang rimau? Kena makan la jawabnya.

Potter,
Usaha tangga kejayaan. Teruskan.

Art,
Jom. Memang perlu ramai orang. Semua cepat mengah.

Deen,
Dah sakit nanti, orang bawak buah je ke wad. X selera la pulak.

Gunx,
Tok awet muda.

HJuna,
Mamak tu tolong doakan. Dia lekat kat dinding kasik borong doa utk semua.

atiqah,
Tok pakai teropong.

tasik,
Bukan tok makan sorang la. Satu team.

Abdullah,
Jawab salah tak apa. Yg penting konfiden.

izzati fuad berkata...

i nak join yang makan2 je,takmo yang main basketball tuh..boleh ke? hehe

Tok Rimau berkata...

Izzati,
Kalau tahan bau peluh. No problem.

azie berkata...

cerita u buat i teringat gambar zaman dolu2 u kat ofis hari tuh...ala, yang dengan Mr.K tuh,hehe

Yana Ismail berkata...

uhuhu. takpe!teringat dulu waktu matric.Lpas berjogging we all makan nasi lemak.lagi tak boleh blah:p
Tok kira ok la makan roti je.skit je kalori:p.uhuhu

selamat bermain bola keranjang.Pasni leh lawan kancil clan.haha:p

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...