Rabu, Jun 11, 2008

RESEPI CENCARU SUMBAT


Atas permintaan ramai, Tok bagi juga resepi rahsia turun temurun ni kepada engkau. Jangan engkau bagi Colonel Saunders pula, nanti dia komersialkan di Amerika. Amerika juga yang kaya. Lepas tu dia serang negara Pak Arab. Kasihan Pak Arab.

Kawan-kawan yang budiman, Tok dapat ilmu mengurut dan membidan melalui mimpi. Ada seorang tua berjanggut putih dan berkuda putih datang turun dari Gunung Ledang datang ajar Tok. Kalau Puteri Gunung Ledang yang datang, seru la juga sesi pembelajaran. Pak Tua itu mengajar membosankan. Untuk hilangkan rasa mengantuk, Tok main sms masa dia mengajar.

Berbalik kepada mauduk kita yang sebenar, Resepi Ikan Cencaru. Buat karangan tidak boleh lari tajuk kata cikgu. Nanti kena tolak markah. Sebenarnya Tok dapat ilmu memasak ini bukanlah sama dengan cara Tok dapat ilmu mengurut dan membidan. Lepas mimpi masuk kuliah Pak Tua, Tok bangun tidur dan pergi dapur. Orang bangun tidur mesti lapar. Tok tengok orang tengah sibuk masak. Jurukamera sedang sibuk ambil gambar untuk segmen resepi untuk majalah. Nampaknya, hari itu makan tengah hari jejak jam 3 petang. Setiap langkah, ambil gambar. Ikan belum siang, snap! Ikan dah siang, snap! Alamat hilang siang jadi malam, menunggu lauk yang tidak masak-masak. Gila lapar.

Sambil Tok merungut lapar dan melayan dangdut dalam perut, Tok tengok la chef masak. Oleh kerana daya pemerhatian dan pengamatan Tok adalah tahap super dan lebih Bio-Zip, maka tahulah Tok cara memasak Cencaru Sumbat. Mula-mula sekali, bahan-bahan yang diperlukan boleh dibeli di pasar dengan harga pasaran. Biasak la.

3 ekor ikan cencaru saiz sejengkal setengah. Jangan suruh adik engkau yang tadika beli. Jengkal dia pendek. Nanti dia beli anak ikan.

Lagi pun, dia bukan tahu bezakan ikan cencaru, kembung, jeket, termenung dan ikan noorkumalasari. Nanti dia salah beli pula. Oh ya! Kalau engkau mahu macho, beli ikan yu. Mmm... tetapi ini resepi cencaru sumbat. Abaikan ikan yu.

4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 2 inci halia (5 cm bagi mereka yang lahir-lahir sahaja sistem dah metrik). Tumbuk bahan-bahan ini guna lesung. Kalau tiada lesung, guna batu giling. Kalau tidak ada batu giling guna pengisar elektrik. Kalau tidak ada juga, gunalah penumbuk taekwondo yang engkau belajar di Ko-Kurikulum tu. Tumbuk hingga lumat. Macho tu.

Kalau rajin, tumbuk dengan 10 biji cili merah. Dan jika malas, tambah sahaja 2 sudu besar cili boh dari paket. Tetapi kalau sakit perut, jangan ngadu kat Tok pula.

Campurkan garam secukup rasa. Kalau mahu lebih adventurous, masukkan Sunquick perasa limau nipis dan mayonaise secukup rasa. Tidak cukup adventurous? Masukkan serbuk kopi dan kayu manis serbuk secukup rasa. Amik engkau! Macho tu.

Masa aku di perantauan dulu, bila tiba giliran aku masak, aku bubuh ikut spontan je. Bahan-bahan yang ada dalam peti ais, aku kocok ikut suka hati. Di Texas susah cari bahan-bahan macam kat Malaysia ni. Jadinya kena kreatif bereksperimen. Selagi bahan itu bahan asas makanan, tidak matinya orang yang makan. Sekali itu, aku masukkan ubat gigi dua camca dalam resepi untuk mengurang asid dalam perut. Untuk pengetahuan, ubat gigi kaya dengan alkali dan garam floride. Lepas makan tidak perlu berus gigi. Jimat masa. Ha! Ha! Ha!

Alamak. Lari tajuk lagi.

Gunakan minyak secukup rasa untuk menggoreng bahan yang engkau sudah tumbuk lumat tadi. Bila bau dah naik kira dah siap la tu. Atau dua tiga orang dah bersin, kira mantap la tu. Angkat masukkan dalam mangkuk.

Kemudian, siang ikan tadi menggunakan pisau Rambo. Walaupun Tok buat kerja perempuan di dapur, kemachoan mesti di jaga. Hiris belah belakang ikan dan sumbat bahan-bahan yang berupa sambal bergoreng tadi. Engkau boleh pilih sama ada mahu goreng atau mahu bakar ikan itu. Kalau ikut Tok, bakar lagi seru. Lebih macho. Kita boleh main dengan api dan bara. Asap banyak. Kita boleh berfantasi tentang kombat. Masak secukup rasa.

Siap! Kalau mahu sedap lagi, sediakan cicah air asam atau kicap berbawang dan cili. Tetapi Tok layan TV masa chef bikin cicah ni. Jadi, tidak boleh kongsi dengan engkau cara-caranya. Pandai-pandai lah.

Bila semua sudah siap, hias ikan itu dengan baringkan dia atas daun salad. Snap. Dia atasnya letak hirisan lemon. Snap. Untuk lebih macho, letak atas daun pisang sahaja. Jangan tunggu sejuk nanti ikan tu dah keras. Elok makan masa panas. Baca doa makan dan baham dengan nasi putih. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Lepas makan jangan lupa, puji chef. Yang, masakan you memang sedap! Marvelous! Dia pun suka hati. Bila chef suka hati, engkau akan dapat extra bonus malam nanti. Yabedabedu!

34 ulasan:

kasut-gombak berkata...

memang macho r kalu masak cencaru sumbat nih..

budakbarublaja berkata...

first time jumpe chef yg macho lagi tak sotong...

Amyz! berkata...

Lagi best kalau chef lelaki yang masak.. Macho tuuu!!

tasekM berkata...

tok, entri kamu membuatkan aku lapar... ok aku nak pergi makan sekarang...

dugongsenyum berkata...

Siang sumbat ikan, malam sumbat.. err .. err... takpelah.

Pandai Tok masak... err.. maksud aku pandai Tok baca doa makan!

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Hehehehe....Yabedabedoo aje ko ni yer?...

Lily Abdullah berkata...

Tok,

Hari ni saya masak sup ayam. Jimat minyak. Tapi kalu resepi cencencaru tu lagi jimat kan?

Ubah gaya hidup la katakan.

Unsunghero berkata...

salam tok...ikan noorkumalasari? first time aku dengar. ikan Uji Rashid selalu gak aku dengar dulu-dulu...

Tok Rimau berkata...

kasut,
bukan masak je, kalau menjahit butang pun aku macho gak.

azuro,
tu belum tengok Tok potong ayam pakai chain saw lagi.

amyz,
take home chef.

tasik,
aku yg tulis pun lapar gak.

dugong,
at least mangkok basuh tangan, aku yg sediakan.

abdullah,
tuah badan.

lily,
sup ayam bagus utk selsema.

Unsunghero,
Ikan uji rashid? La salah beli la adik aku. Terbeli ikan noorkumalasari la pulak.

Yana Ismail berkata...

Sedapnye!huhu.nak rasa boleh?:)

rasso berkata...

tak leh blah.... ikan tu zaman kat sekolah mesti ikan kulit tebal kan?

wa rela machoo makan nasi putih tumpah air nes... atau teh o...

hahaha

jagoan berkata...

Tok, menu ni lagi sedap kalau ada minumanjus mangga bersama buah avocado Boleh dapat dua malam berturut-turut. Kalau nasib, nons-stop. Cuma rehat 15 minit macam EURO2008. Haha!

leez berkata...

trimas, kasi resepi..hehehe..ikan dibakar la, power..
pakai ikan cencaru murah sikit boleh dpt banyak..tapi saya tetap dgn ikan kerisi..peberet..

Kemat berkata...

tok..tumpang tanya, resepi nie sama tak ngan resepi ikan pais...

Rajuna berkata...

AKHIRNYA!!!!!!!!!!

*finger pointing to gambar ikan*

ini bukan resepi ikan pais tu ke?

mr.right berkata...

try sumbat ikan keli plak..asyik ikan cencaru jer..tipikal sgt..

DeeN berkata...

Aisey, waktu dok asrama dulu2, wa tak suka sangat ikan 'jaket' neh. Apa barangggg! Tp sejak zaman 'ubahLah gaya hidup', terpaksaLah ambik jugak resipi neh. Kompom jadik ka neh, tok? Haha.

rudy bluehikari berkata...

Bila masa pulak tok dah mula berblog dengan entri resipi ni. Muhahahaha ni skill nak tarik pembaca dikalangan kaum ibu. hahahahah

ok tok, sy punya resipi bahan tambahan saya ialah dengan campurkan oat untuk sumbat ikan itu. gaulkan bwg2,halia,cili etc tuh dgn oat sekali. Jadi makanan kesihatan, instead of letakkan kelapa parut bagi sesetengah chef.

cubalah, ia memang mengasyikkan!

sinaganaga berkata...

Anak ikan? Wo, Nida mesti suka.

adie berkata...

fuhh..macho betul resipi masakan nie.tiba² je aku rasa macho bile baca resipi nie.hehe..siap ada extra bonus lagi..

Tok Rimau berkata...

Husni,
Bila kau nak balik? Jangan jadi tanggang kat sana.

Penyu,
Romantik tu kalau sekali sekala kau masak pulak.

Naga,
Kau baca gak. Aku saja buat entri panjang utk test attention span kau. Syabas.

Rudy,
Terimakasih kerna bertukar resepi. Nanti kita buat blook resepi pulak.

Deen,
Konpom. Kalu buat tu, ajak jiran rumah makan sekali.

Raimi,
Kreatif tu. Apa la ikan keli, ikan yu la kalau berani.

Juna,
Bukan. Aku dah cek kad pengenalan, matrik kad, dan name tag dia.

Kemat,
Lain Kemat. Ikan Pais tu kau lumatkan ikan dan masuk dalam pai. Buat dua jadi plural. Pais.

Leez,
Tok bila balik dari Teaxas, 1st thing tok minta bonda masak adalah ikan bakar. Tok ni, simple je orangnya.

Ahtok,
Mangga aku habis buat kerabu.

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Berkuahkan neskafe? Memang macho tu.

Liy,
Noleh. Nak rasa, buka mulut. Bukan Tok nak suapkan, tapi Liy kena jilat jpeg kat skrin pc ni. ha ha ha.

Yana Ismail berkata...

Jilat?adoi..hehe,susah tu:P

yaabbna berkata...

Kat cafe uia.hari2 ada menu cencaru sumbat ni.Seminggu boleh dikatakan 3 hari layan cencaru sumbat.

sinaganaga berkata...

Resepi Baru Penduduk Stingarden: CENCURUT SUMBAT.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalau tukar pakai ikan lain ok tak tok? Ikan mayong atau kembung misalnya.

Ili Khalil berkata...

Tok..byknya lari tajuk. Hehehehehe. Lapar pulak..nak mkn!

A t i Q a h berkata...

Seriusli, bau ikan cencaru sumbat itu sampai rumah I. Owhh..

tasekM berkata...

tak boleh tahan betui dgn resepi bro naga... :) kah kah

woi... nak termuntah woi....

yusrihashim berkata...

gua teringin nak makan roti sumbat daging 4 lapis kat mekdi..ader berani?

saudagar gaRAM.. berkata...

".....Tetapi kalau sakit perut, jangan ngadu kat Tok pula.

Campurkan GARAM secukup rasa. Kalau mahu lebih adventurous, masukkan Sunquick perasa limau....."





APESAL PLAK NAK MASUKKAN GUA TOK??
pasal kalo tak letak gua,tak sedap ya??
ooooooo

Tok Rimau berkata...

Garam,
Lebuh Garam, buat darah tinggi.

Radio,
Jom.

Tasik,
Makan muntah dan jadi badang.

Atiqah,
Gi tangguk ikan kat taliair tu.

Ili,
Ubat lapar adalah makan. Go.

Black,
Tiada copyright. Kau boleh ubah sesuka hati.

naga,
Sodap tu. Cicah dengan kicap.

Yabna,
Aku rindu UIA. Udara bersih. Padang bola international. Ada orang hitam. Orang putih. Orang cokelat.

Liy,
:-)

Kaktiny berkata...

pheh.. nak baca resepi tok dan 'perjalanan" (cara-cara memasak) ikan cencaru belah belakang tok nih.. maunya dah 8 ekor ikan cencaru yang mak timah kantin dah siap goreng..

apapun tok.. cencaru belah belakang tu mmg best.. feveret tuh..

roserose*MrsYusof* berkata...

Tok,

Ni kau nak bagitau seantero dunia bahawa Tok R yang serba boleh la ni..
(macam jealous lah bunyi nya ni)

hahahah!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...