Isnin, Jun 23, 2008

RIMAU KLASIK

Setelah kembali bermain bola keranjang untuk sebulan lama, kemahiran lama aku datang semula. Ketepatan bola masuk ke dalam keranjang bertambah. Punyalah handal, sehingga lawan aku tercongak-congak cara-cara memperlahankan aku.

Sehinggalah pada suatu pagi yang cerah, aku disinggung jatuh ketika membuat lentingan. Aku hilang keseimbangan dan mendarat lutut kanan dulu. Aku bangun, sapu debu-debu yang melekat pada seluar. Terus meloncat-loncat seperti ada spring di bawah kasut.

Jimbo bertanya, "Boleh main lagi ke?"

Aku jawab macam jalak, "Bolehhhh." Gigi diketap menahan sakit.

Pagi itu kami bermain tiga pusingan. Ketiga-tiganya regu aku yang menang.

Pulang ke rumah, aku mula berjalan tempang. Lutut sedikit bengkak. Lutut itu tidak boleh tampung beban berat badan aku. Aku berjalan mengesot. Seminggu berlalu, belum hilang lagi sakitnya. Saham ketampanan aku menjunam jatuh ke paras paling rendah. Aku bukan lagi makhluk paling seksi. Aw! Aw! Aw! Aw! Ih! Ih! Ih!

Siti, perempuan Arab yang berhidung mancung, menyatakan simpati, "You ini sudah tua. Tulang you sudah reput. Kasihan."

Aku menyangkal, "I tidak tua la. I cuma jadi klasik. Macam Coke, I tetap relevan walau dimamah masa. Ha! Ha! Ha!"

Siti mengulang tegas, "Ha! Ha! Ha! Kasihan."


26 ulasan:

saudagar gaRAM.. berkata...

terimalah kenyataan, tok..

walau pahit..



hahahahhahaa...

Lily Abdullah berkata...

Rimau takkan mengaku yang dia hilang taringnya.

Ahaks!

Saya suka rimau sebab dia sekeluarga dan comel macam kucing hahaha!

Amiene Rev berkata...

Pesan Nek Kongkang, penunggu Zoo Afrika kepada saya:

Jika minum Coke selalu, tulang akan jadi reput.

Jika mahu tulang kuat, mesti selalu minum banana milkshake.

Yana Ismail berkata...

alahai, jatuh ke sahamnya?princess rasa tidak. Jangan risau,kancil clan sentiasa di sisi. cewah!kami sudah pulang ke tanah selatan:)jumpa tok nanti!

dugongsenyum berkata...

lutut goyah nak bagi nafkah pun payah.

hahahahha

Tanpa Nama berkata...

Ha ha. Klasik ni nilainya terlalu tinggi wo!

Kaktiny berkata...

alahai tok rimau..
walau taringnya semakin kurang tajam tapi 'ngaumannya' tetap 'menyerlah'... hihihihi..

klasik.. klasik.. takut rimau klasik, tempatnyer kat zoo negara jer tok..

tapi tok klasik tahap superb yer tok yer..

tasekM berkata...

tak pe tok, kalau tak boleh main bola keranjang sbb kaki bengkak tu... kita main congkak ye tok... :p

Rajuna berkata...

wah. Tok main bola keranjang dgn otai punk ulu tiram ke (jimbo)?

standard la.
tok, tolonglah terima kenyataan.lutut dah ketar rupanya..hmmmm

Tok Rimau berkata...

Garam,
aku akan hidup 1000 tahun lagi.

Lily,
Lily suka Rimau. Rimau pun suka Lily, sebagai lauk. Makan dgn nasi.

Amiene,
Sup tulang la banyak kalsium. Dan ratah kulit udang.

Liyana,
Kancil Klan licik. Selalu trick Rimau.

Dugong,
Iqbal kata, "Untuk hidup, insan perlu dua keping capati sahaja. Selebihnya ketamakan." Dia kata dalam Urdu.

Azzam,
Tapi aku tak dengar Klasik FM.

Tiny,
Dah klasik tak masuk zoo. Masuk muzium la.

Tasik,
Tak mahu main congkak. Ada hantu kata wayang.

Juna,
Bukan ulu tiram je ada Jimbo. Jimbo kawan Tok tak punk. Dia layan Modern Talking.

hEr namE is diEla berkata...

benda yg makin klasik makin mahal@ tinggi nilainya..

lutut sahaja yang sakit takkan boleh sesekali menjatuhkan saham tok. kerana saham seseorang itu bukan sahaja terletak pada kakinya tok.. hehe.. banyak lagi benda lain yang mempunyai 'nilai' yg tinggi.. haha!

sinaganaga berkata...

Klasik FM. Hi hi hi.

jiGOMorrison berkata...

Lu bukan klasik, lu antik.

yusrihashim berkata...

itu sebab la ana tak mau main lagi..

Nida Shaari berkata...

abang rimau masih ada cakarnya..

Nida Shaari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yana Ismail berkata...

Kancil clan memang terror bab trick2 ni:)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Itu baru main bola keranjang. Kalau main ragbi mau tanggal terus tulang agaknya. Hehehe!

Tok Rimau berkata...

Black,
Tok ikat badan dgn bengkong.

Liyana,
Tok mesti berhati-hati.

Lebah,
Rimau yang cedera jgn dekat. Kuat mengamuk.

Radio,
Jom lepak2 je kat McD. Gendutkan perut.

Jigo,
Antik pun orang cari juga.

Naga,
Wa layan Radio BBC.

Diela,
tapi kaki penting. Tok selalu kata, "tengok kaki la."

A t i Q a h berkata...

Refer to Ina - well, kami kan, kancil.

Tuam dengan ais tok. Kasi kurang bengkak.

azie berkata...

walaupun kau suda tua kerepot, jasamu angkut beg ku tadi tetap kuingati,harharhar

Yana Ismail berkata...

Jangan ingkar arahan Kancil Clan. Tuam dengan ais tau Tok. Baru cepat sembuh:)

Amyz! berkata...

Tok.. Entri ni mahu tunjukkan Tok masih gagah atau mahu tarik simpati si hawa untuk berkata,

"Kasihannya TokR. Nanti I bagi ubat.."

Hikhik.

roserose*MrsYusof* berkata...

Tok main bolakeranjang?


Jangan mata keranjang dah!

hEr namE is diEla berkata...

lepas ni kena tukar la, c the hand la.. hehe :)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

ini bukan klasik lagi dah..ini tak reti bahasa..ke lu masih belum sampai tahap kemuncak sejak mula bermain bola keranjang?

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...