Khamis, Julai 24, 2008

HUJAN SALJI DI NEGERI ORANG

 
Foto Hiasan: Ehsan Koolgai Model Agency


Hidung kembang dapat naik kapal terbang untuk pertama kali. Pakai blazer dengan  name tag bertulis "STUDENT." Dari Subang terbang ke Dubai. Dari Dubai terbang ke Heathrow. Dari Heathrow ke Washington.  Tidak sangka naik kapal terbang pun sama macam naik bas South Johore. Ada berhenti-berhenti.



Di Washington, salji turun lebat sekali malam itu. Walaupun ini pertama kali aku jumpa salji, tidak ada langsung nafsu aku mahu bermain bina orang salji bulat atau bikin air batu kacang. Dingin teramat sangat sampai ke tulang sum-sum. Telinga membeku rasa macam hendak gugur. Selesema aku menjadi-jadi.  Aku jadi benci kepada salji. Maka, aku berkurung sahaja dalam bilik hotel. Aku tidur berselimut tebal dengan stokin, kasut, jaket, muffler, sarung tangan dan baju dalam panjang (thermal underware). Aku tidur mengigil-gigil. Aku rasa ada kemungkinan aku akan mati kerana pneumonia atau hypothermia.



Aku tiba-tiba rindukan suam matahari Malaysia. Malam itu aku mimpi jadi Yeti. (sila Google: Yeti) Tidur dengan hangat bulu-bulu tebal yang menggebu. Keesokan harinya aku terjaga dari tidur. Aku masih hidup.



Hari itu lain, aku sudah tidak pakai nametag  lagi. Aku pakai kaca mata hitam dan meronda-ronda di kedai majalah. Hi! Hi! Hi! Orang kampung pesan. Bukan aku yang kemaruk sangat.



Zasss! Bertolak ke El Paso, Texas. Sekolah aku di sana. Washington ni tempat  transit sahaja.  El Paso jauh di selatan benua Amerika Utara. Lama juga perjalanan tu.



"Amacam Washington?" tanya senior yang menjemput aku di lapangan terbang El Paso.



"Sejuk nak mampus. Macam hidup dalam peti ais. Tidur dalam hotel kena pakai kasut dan jaket," jawab aku beriya-iya.



"Engkau tak pasang heater ke?"



"Heater? Apa tu?"



Senior-senior ketawakan aku. Seronok sangat mereka. Penceramah BTN tidak ajar. Cikgu Ilmu Alam pun tidak ada sebut. Di Malaysia aku cuma tahu alat penghawa dingin. Mana aku nak tahu di negara beriklim sejuk, manusia menggunakan alat penghawa panas. Pelajaran yang amat mahal bagi aku. Hampir mati kerana kebodohan.



......................



LIVE ROCK

FURY yang dibintangi Pipiyapong dan Kumprinx

dalam ROTTW SOUNDSTAGE

Saturday, July 26, 2008

3:00pm - 7:00pm

Central Market

Kuala Lumpur, Malaysia



LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Filmmakers Anonymous

32 ulasan:

leez berkata...

hahaha...dpt ilmu dari kebodohan..kurang exposure la tok..

cermin mata macam harry potter..kul-lasik

rasso berkata...

wa tak reti gune selimut sejak berada di selatan malaya nie...

ha ha ha.... walaupun hujan..

Samurai berkata...

Tak ada unggun api?

Sir Mute Key Chicks berkata...

tok.
best nyer

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Er..tidur depan peti sejuk yang terbuka pintu, ada rasa sejuk macam kat El Paso tak tok?

Chika Chika berkata...

okek.
harini saya belajar apakah YETI.
mekasih.
:D

tasekM berkata...

nasib baik ko tak der resdung ke hape tok...

Tok Rimau berkata...

Tasek,
Ada resdung tetapi bila kat El Paso, resdung tu pulih. El Paso adalah gurun batu yang kering.

Chika,
Yeti: Bigfoot Himalaya.
Yati: Bigfoot Malaya.
(Urban dictionary)

Atiqah,
Nak rasa sejuk El Paso. Buka peti ais dan pakai topi koboi.

Semut,
Malaysia ni la syurga dunia. Pelancong datang berbondong-bondong lari dari salji.

samurai,
Mahu terbakar hotel tu kalau aku hidupkan unggun.

Rasso,
badan tu nak pakai lama. Reput tulang nanti.

Leez,
cermin mata tu dulu paling kool. Kononnya.

Nida Shaari berkata...

mesti bercakap keluar asap kan?

Ron97 berkata...

masih musykil
itu rambut betul atau palsu
lain mcm ja lebatnya
hahahaha

Lily Abdullah berkata...

"Hidung kembang dapat naik kapal terbang untuk pertama kali"

Kalau saya, akan ditulis macam ni "Hidung kembang dapat naik kapal terbang untuk pertama kali dan mungkin yang terakhir kalinya"

ps: Tok hidung orang Melayu mancung sangat ke? :p

Tiesha Chan berkata...

tok,
asal x terserempak pun kat El Paso?

SHIMI berkata...

El Paso tu sama ke macam kat Kayu Ara Pasong. Ha..Ha..Ha

Tanpa Nama berkata...

hahaha..
xpe tok, tu la kata org tua² (tok pun dah termasuk) jauh perjalanan,luas pengetahuan.hehe

rudy bluehikari berkata...

sekejap!!

dasar lawyer tak bertempat keh3x knp masa aku transit kat hotel di tokyo dulu, aku masuk bilik hotel tapi dah hangat? Hotel mesti dah ready central heater selalunya di setiap bilik. opssss...aku g oversea abad ke 21. tok abad berapa yach? woppssss eiouuuuu... keh3x

yusrihashim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yusrihashim berkata...

Lu mengingatkan gua pada sejarah silam...(naik bas South johore)

Tok Rimau berkata...

Tikus,
Bas Alec # 48 banyak awek.

Rudy,
Hotel gua murah. Jimat gas.

Husni,
Suis salji? Pegawai BTN juga tak ajar pasal suis salji. Banyak lagi yg aku tak tahu.

Penyu,
Aku tak jadi tua. Aku cuma jadi klasik.

Shimi,
El Paso adalah pekan sempadan antara US dan Mexico. Most people there speak spanish.

CT Chan,
Tok memang menyorok apabila kita selisih.

Waterlily,
Lubang hidung mu tetap jadi pujaan hati ku.

Ron,
Bukan gambar tok tu. Itu model professional centerfold playgirl dari Koolgai Model Agency.

Madulebah,
Kat Malaysia pun cakap keluar asap. Dengan syarat ada dunhill kat bibir.

syafeenamk berkata...

hahaaaa!! lawak la.
saya ni pulak teringin nak pergi ke seberang laut.

dugongsenyum berkata...

Aku pun pernah pergi Texas tapi naik teksi, Texas Tnstrument - kilang elektronic.

Kalau masuk mesin masa, aku nak kirim kat Tok Rimau pistol koboi sama kuda ya.

Kalau ada masa... scan upload gambar2 majalah tu, kelasik tuu.. sharing is caring haha

BuRuuj berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BuRuuj berkata...

hujan air di negara sendiri.

haha...bas south johore. terkonang den kenangan naik bas tue...

Danielle_Corleone berkata...

gua pegi cameron highland pun ada hotel kasi heater! hehe.

mr.right berkata...

banyak lah rambut tuk..huhu!! sejuk agak nyer ek?

Amiene Rev berkata...

kalau saya duduk dekat kawasan salji tu. kalau bukak kedai ABC ok jugak.

Yana Ismail berkata...

Alahai. Kat rumah ada pasang heater tak skrang?huhu:)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

gua tengok dalam TV itu orang amerika layan tong drum api kalau sejuk..lu tak layan ke??

Tok Rimau berkata...

Pong,
Yang bakar tong tu, diorang masak dodol sempena hari natal.

Liyana,
Water Heater pun tidak ada. Mandi air sejuk je.

Amiene,
Boleh buat francise tu cam Baskin Robin.

Raimi,
Gambar superimpose tu.

Dan,
kau bikin apa kat Cameron? Takkan cari teh kot.

Buruj,
baik lagi negeri sendiri.

Dugong,
Dulu tak ada Internet. Jakun la sikit. Sekarang dah melambak muak-muak nak muntah.

Ilya,
Pergi la ke Pualau Penang. Seberang laut gak tu.

azie berkata...

ohohoho..

sengal jugak u ni,ahaha

Ili Khalil berkata...

Tok memang hensem.

kasut-gombak berkata...

hahahaha.

seb bek x hipotermia.

hahahaha.

Danielle_Corleone berkata...

melawat kakak tok! hehe.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...