
Siapa Pipiyapong sebelum dia meletup jadi kutu paling kacip di blogspera? Dia hanya seorang penerbit zine indie yang bertajuk Hilang Punca. Gua sudah ramal bakat kutu ni sejak dulu lagi, itu pasal gua beli zine Hilang Punca tu sebagai saham hari tua gua. Hilang Punca kepada Pipiyapong samalah macam Malay Dilemma kepada Dr. Mahathir atau Asian Renaissance kepada Anwar Ibrahim.
Lelong! Lelong! Lelong!
Gua berkira-kira kalau dia gah nanti, gua akan jual balik zine itu dengan harga melambung. Strategi gua sebenarnya adalah tunggu Pipi mati dan pastinya zine ini jadi rebutan. Lama sangat tunggu. Gua ada juga terdetik nak upah ninja bunuh dia tetapi mahal sangat. Ninja kata, "minyak pun dah naik, saya terpaksa caj ikut harga minyak kapalterbang." Oleh kerana orang tamak selalu rugi, maka gua batalkan niat.
Lelong! Lelong! Lelong!
Tetapi. Hari ini gua nak lelong sahaja zine Hilang Punca #4 Mei 2003 (Lihat gambar. Rokok dan Pipiyapong macam isi dengan kuku). Setelah buat dy/dx, kenaikan harga RM1 setahun, maka nilai Zine ini adalah RM7. Maka bida (bidding) bermula dengan RM7. Sesiapa yang menawarkan harga paling tinggi maka dia akan memiliki sebahagian dari sejarah sastera negara ini. Silakan tawaran harga.
Lelong! Lelong! Lelong!
Fakta: Hilang Punca #4 Mei 2003. Harga Asal RM1 + stem. 28 mukasurat termasuk kulit. Kualiti original zine fotostat. Bukan tujuan alat bantu mengajar di sekolah. Bida bermula RM7.